Aceh

Pakej Pelajar ke Aceh [4H3M]

Pakej Pelajar ke Aceh [4H3M] merupakan pakej yang direka khusus untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti. Untuk pelajar, kami menyediakan pakej khusus yang lebih murah dari pakej biasa. Pakej pelajar ke Aceh 4 hari, 3 malam adalah sangat berbaloi dengan kos yang diberikan. Sekiranya ada mempunyai program tersendiri seperti lawatan ke  sekolah atau universiti kami juga boleh aturkan. Jika anda ingin membuat sedekah amal seperti sedekah makan-makan atau derma wang ringgit ke sekolah anak-anak yatim boleh juga kami aturkan untuk anda.

Pakej Lawatan ke Aceh - 4 Hari/3 Malam

Pakej lawatan ke Aceh 4 hari 3 malam menawarkan pengalaman yang bermakna dengan lawatan ke tempat-tempat sejarah, melawat tempat-tempat yang mempunyai kesan Tsunami & kebudayaan Aceh.  Untuk pakej ini, semua kos yang terlibat sudah dimasukan ke dalam pakej, termasuklah kos Tipping untuk pemandu & pemandu pelancong. Oleh itu, anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos tambahan lagi bila sampai di sana, melainkan kos perbelanjaan peribadi anda sahaja.

Pakej Lawatan ke Aceh - 3 Hari/2 Malam

Pakej lawatan ke Aceh 3h2m ini walaupun singkat, tetapi anda masih sempat melawat tempat-tempat tarikan utama di seperti melawat kesan-kesan sejarah, kesan-kesan tsunami, kebudayaan dan kesenian dan sebagainya. Kos yang termasuk di dalam pakej sudah termasuk kesemua kos. Oleh itu, anda tidak lagi perlu mengeluarkan wang untuk kos tambahan bila di sana, kecuali kos untuk perbelanjaan peribadi anda sahaja.