4 Musim di Beijing

Beijing merupakan destinasi lawatan yang menarik untuk dilawati dan sekarang ini ramai orang Malaysia memilih Beijing untuk destinasi percutian mereka.  Beijing merupakan destinasi lawatan yang mempunyai 4 musim yang berbeza.  Oleh itu, anda boleh memilih musim yang sesuai dengan minat dan citarasa anda.

Antara 4 musim di Beijing ialah: -    

Spring/Musim Bunga (April - May)

Pada musim bunga, suhunya dalam lingkungan 12 darjah celsious pada waktu siang dan -14 darjah celcious pada waktu malam. Merupakan musim yang kering dan berangin. Sering juga dilanda ribut angin berpasir dan ribut berpasir itu kadang-kadang ianya boleh melambatkan perjalanan. Angin yang sejuk juga kerap bertiup pada musim ini dan pada awal musim bunga ini, suhu boleh atau kerap jatuh dengan tiba-tiba

Antara tempat atau aktiviti menarik untuk dilawati pada musim bunga ialah: -

  • Musim Bunga merupakan musim yang terbaik untuk melihat alam semulajadi di Beijing seperti pokok-pokok dan sebagainya
  • Xiaotangshan Telai Base yang terletak  di bandar Xiaotangshan (wilayah Changping) merupakan pusat tarikan pelancongan di mana banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dipetik oleh pelancong.
  • Nangong Tourist Area di dearah Fengtai pula dikenali sebagai "the No.1 Terrestrial Heat Village" di China.
  • Beihai Park pula merupakan sebuah taman yang terpelihara dengan baik di China dengan sejarahnya yang hampir 1000 tahun
  • The Cherry Blossom Festival di Yuyuantan Park juga merupakan yang menarik yang mana terdapat 199,500 specis tanaman di situ
  • Shijingshan Amusement Park yang terletak di selatan kaki gunung West Mountain Scenic Area merupakan tempat yang baik untuk keluarga

Summer/Musim Panas (Jun - Ogos)

Merupakan musim panas yang agak panjang dan seringkali terdapat hujan. Suhu purata pada musim panas ialah sekitar 24 darjah celcious, kecuali kawasan berbukit ianya lebih dingin. Suhu paling panas yang pernah dicatat ialah 43.5 darjah celciuos iaitu pada bulan Jun 1961. Yang peliknya ialah 70% hujan yang turun di Beijing ialah pada musim panas!. Biasanya hujan akan turun pada sebelah petang dan turunya pula tanpa amaran atau tanpa tanda-tanda awal. Untuk mengelak dari suhu panas, ramai orang memilih untuk duduk di Resort Musim Panas/Summer Resort

Autumn/Musim Luruh (September - Oktober)

Merupakan musim yang paling menarik di Beijing, di mana pada musim ini cahaya matahari lebih banyak dan suhunya lebih sejuk. Pada musim ini juga adalah musim menuai di mana buah-buahan sudah masak dan sayur-sayuran sudah boleh dituai. Aktiviti menarik yang boleh dibuat pada musim ini ialah memetik buah-buahan dan sayuran segar di kebun-kebun tempatan. Ianya juga dianggap sebagai cara yang baik untuk berehat sambil mendapatkan udara yang segar. Musim Luruh merupakan musim yang pendek iaitu hanya 2 bulan dan suhunya akan menjadi semakin sejuk pada penghujung musim di mana banyak hujan akan turun. Sepertimana pada musim bunga, di mana kita sesuai untuk memakai pakaian yang nipis seperti baju lengan panjang atau baju-T dan jaket atau sweater

Antara aktiviti yang manarik pada musim bunga ialah:

  • Fragrant Hills Park - yang mempunyai Maple Merah yang terbaik di Beijing. Apabila tiba musim luruh, bukit-bukit akan dipenuhi olah daun-daun yang terang dan cantik
  • Yudu Mountain di Yanqing County juga merupakan tempat yang baik untuk dikunjungi. Daun-daun pokok di sekeliling gunung akan bertukar kepada kuning atau merah dan ada juga yang kekal bewarna hijau dan berperingkat-peringkat seakan-akan sebuah lukisan yang cantik dan berwarna warni
  • Lake Widgeon yang berhampiran dengan Gunung Yudu juga harus anda kunjungi. 
  • Hongluo Temple di daerah Huanrou juga merupakan pilihan yang baik di mana terdapat Maple Merah. Di sini terdapat kuil Budha yang telah beribu tahun dan merupakan yang terbesar di utara China.
  • Gunung Wuling (Gunung katak) juga cantik di mana ada beberapa sungai di bawah gunung menjadikan pemandangan yang indah dengan bunyi air terjun 

Winter/Musim Sejuk (November - march

Pada musim ini suhunya adalah sejuk di mana suhunya di bawah 0 darjah celcious pada bulan Desember-Februari. Pada bulan Januari suhu purata sekitar - 4 darjah celcious. Pada musim sejuk jarang terjadi hujan, tetapi terdapat banyak cahaya matahari. Anda boleh menikmati keindahan pemandangan suasana salji di West Hill. Bagi mengurangkan kesejukan, ramai orang sketing/bermain kasut salji di Beihai Park dan selepas itu makan makanan berdaging dan sayur kukus yang dicampur dengan daging kambing. Bermain ski dan hot spring adalah aktiviti paling popular pada musim sejuk. Anda perlu memakai pakaian yang sesuai iaitu pakaian musim sejuk.

Destinasi yang baik untuk musim sejuk di Beijing ialah:

  • Resort Ski Badaling - Resort Ski Antarabangsa Yuyang (daerah Pinggu) mempunyai dewan penyewaan peralatan ski yang terbesar.
  • Manakala Resort Jundu Ski (dalam Xiaotangshan Hotspring Resort, di daerah Changping) merupakan yang paling hampir dengan pusat bandar. 
  • Resort Ski Antarabangsa Huaibei yang terletak di utara Tasik Yanxi merupakan pusat ski yang paling romantis di beijing

Lihat Pakej-pakej lawatan ke China/Beijing

Share