5D/4N Beijing Muslim Tour

5D/4N Beijing Muslim Tour merupakan pakej lawatan yang ideal untuk anda. Di antara tempat lawatan ialah Tian An Men Square, Forbidden City, Masjid Niu Jie, Acrobatic Show, Great Wall, Wang Fu Jing Shopping Street, Xiu Shui Market, LED screen terbesar dan sebagainya

Jadual Lawatan

Hari 1: KL – Beijing

Bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 18.25 (MAS) atau jam 19.10 (Air Asia

Hari 2: Beijing (Sarapan / Mkn T.hari / Mkn Malam)

Sampai di Beijing pada jam 00.20 (MAS) atau jam 01.15 (Air Asia). Anda akan dijemput oleh pemandu kami dan daftar masuk hotel dan berehat.

Permulaannya, Food Massage percuma di Herbal Medicine Center, dengan itu anda merasa segar untuk berjalan di Tian An Men Square. Tian An Men Square merupakan city square yang terbesar di dunia yang bersempadan dengan Great Hall of People dan Chairman Mao’s Mausoleum.

Di sebelah utaranya pula terletak Forbidden City, iaitu komplek dan istana Empayar dinasti Ming dan Qing yang berusia lebih 500 tahun. Selepas itu, pergi pula ke Tea House dan Masjid Niu Jie, yang merupakan masjid yang terkenal di Beijing. Masjid tersebut telah berusia lebih dari 1000 tahun. Tidak jauh dari situ, terletak Muslim Supermarket, yang merupakan satu-satunya pasaraya muslim untuk penduduk tempatan di sekitar. Di sebelah petangnya, alami pertunjukan Acrobatic Show.

Hari 3: Beijing (Sarapan / Mkn T.hari / Mkn Malam)

Lawatan ke Silk Store untuk melihat kain sulaman China. Selepas itu, lawatan ke Great Wall. Great Wall pertama kalinya dibina pada 475-221BC. Ianya dibina sebagai pertahanan dari serangan musuh. Great Wall yang kita lihat sekarang adalah tingalan dari Dinasty Ming. Makan tengahari di restoran muslim yang berdekatan. Selepas itu pada petangnya, melawat Burning Cream Center. Selepas itu ke Wang Fu Jing Shopping Street. Balik ke hotel dan berehat

Hari 4 Beijing – Kuala Lumpur (Sarapan / Mkn T.hari / Mkn Malam)

Daftar keluar hotel awal pagi dan melawat Negative Ion Experience Center, 2008 Olympic Stadiums, The prestigious Bird’s Nest dan Water Cube dan bergambar. Solat di masjid tempatan dan ke Jewelry City. Singgah ke Xiu Shui Market, The Place & LED screen terbesar di Asia. Makan malam sebelum bertolak ke lapangan terbang Beijing

Hari 5 Beijing – Kuala Lumpur

Bertolak dari Beijing awal pagi ke Kuala Lumpur


Harga pakej untuk seorang (RM) 

Jum Kedai wajib
Peserta 6 kedai 3 kedai Tiada
=>26 pax 540 760 940
16-25 pax 580 850 1,040
10-15 pax 600 930 1,140
06-10 pax 845 1,235 1,515
03-05 pax 1,165 1,735 2,095
02 pax 1,415 2,085 2,535

Nota:

Harga pakej berbeza mengikut berapa kedai yang wajib dikunjungi

  • 6 kedai: Bermaksud wajib mengunjungi 6 kedai
  • 3 kedai: Bermaksud wajib mengunjungi 3 kedai
  • Tiada: Tidak wajib / tidak perlu mengunjungi apa-apa kedai

Syarat:

  • Tarikh sah pakej: March - Oktober 2019
  • Harga di atas tidak sah untuk kakitangan syarikat penerbangan, non Muslin & pelajar
  • Kanak-kanak (2-18th) dengan tilam tambahan: 100%
  • Kanak-kanak (2-18th) tanpa tilam tambahan: 75%
  • Minima lawatan ke sebuah kedai tidak kurang dari 50 minit (jika kurang dari 50 minit surcharge USD50 seorang/setiap kedai)

Harga pakej termasuk:

  • Penginapan dengan sarapan
  • Makanan halal seperti di jadual lawatan
  • 1 botol air mineral seorang / sehari
  • Pengangkutan berhawa dingin
  • Semua Tiket Kemasukan ke tempat lawatan seperti di jadual lawatan
  • Pemandu Pelancong berbahasa Melayu atau Ingeris
  • Tipping Pemandu Pelancong

Harga pakej tidak termasuk:

  • Pakej pilihan / optional tour
  • Perbelanjaan peribadi seperti dobi, minuman tambahan dsbnya
  • Tiket Penerbangan & bagasi

Pakej Pilihan / Optional Tours:

Package A: Chinese Kung Fu Show + Panda Hall

  • Dewasa: RMB200
  • Kanak-kanak bawah 12th: RMB120

Package B: Chinese Kung Fu Show + Panda Hall + Hutong Tour + Olympic Stadium Night Tour

  • Dewasa: RMB300
  • Kanak-kanak bawah 12th: RMB170

Panduan Musim di Beijing

  • Musim Sejuk: November - March
  • Musim Bunga: April - May
  • Musim Panas: Jun - Ogos
  • Musim Luruh: Sep - Oktober

    Pautan / Link:


    Quotation / Sebutharga percuma
    Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
    12th ke-atas
    Kanak-kanak
    Berumur 2th-11th
    Nyatakan umur setiap kanak-kanak
    Berumur bawah 2 tahun
    Kelas Hotel
    Termasuk tiket Penerbangan?
    Naik Flight dari
    Cth: Cheras, KL
    Sila masukan jika ada info tambahan..

    Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

    1. Kami menerima sebutharga anda

    Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

    2. Invoice

    Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

    3. Bayaran

    Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

    4. Tempahan

    Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

    5. Lawatan

    Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

    Share