Cara ke Pulau Redang

Untuk ke Pulau Redang, anda akan mengunakan sama ada Jeti Shahbandar atau Jeti Merang. Sesetengah resort hanya mengunakan sama ada Jeti Shahbandar atau Jeti Merang, manakala sesetengah resort pula boleh mengunakan ke dua-dua jeti tersebut. Jika anda mengunakan pakej kami, kami akan memberikan anda info-info berkenaan dengan perkara tersebut dan kos tiket feri sudah termasuk di dalam pakej lawatan.

Jika anda mengunakan penerbangan atau mengunakan bas ke Kuala terangganu, anda boleh mengambil kereta sewa untuk ke jeti. Atau kami boleh juga mengaturkan kenderaan untuk anda dari lapanganterbang atau dari terminal bas ke jeti (dengan sedikit kos tambahan). 

Jeti Shahbandar

Jeti Shahbandar terletak di pusat bandar Kuala terangganu, bersebelahan dengan Pejabat Pos Kuala Terangganu. Terdapat banyak pasar, warung-warung, kedai dan sebagainya. Jika anda dari Terminal Bas Kuala Terangganu, anda boleh berjalan kaki sahaja (sekitar 15 minit) untuk ke Jeti Shahbandar. Manakala, jika anda dari lapangan Terbang Kuala Terangganu, ianya mengambil masa sekitar 25 minit dengan mengunakan kereta/kereta sewa. Perjalanan bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang pula mamakan masa kira-kira 1 setengah jam.

Jeti Merang

Jika anda dari Kuala Terangganu atau dari Terminal Bas Kuala Terangganu, anda boleh mengunakan Jeti Merang perjalanan dengan kereta mengambil masa sekitar 40 minit sahaja. Anda boleh parking kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan di situ. Jika anda dari lapangan Terbang Kuala Terangganu, perjalanan dengan kereta ke Jeti Merang sekitar 30 minit. Dari Jeti Merang, perjalanan bot ke Pulau Redang ialah sekitar 1 jam.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu

MAS, Air Asia dan Firefly mempunyai jadual penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu. Anda haruslah mengatur masa perjalanan anda dengan baik untuk mengelakan sebarang kelewatan untuk mengambil feri. Jika anda mengambil pakej dari kami, kami boleh mengaturkan kenderaan untuk transfer dari lapangan terbang ke Jeti. Biasanya perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu ke Jeti Shahbandar sekitar 30 minit, manakala ke Jeti Kerang sekitar 40 minit. 

Menaiki bas

Jika anda menaiki bas, adalah lebih baik anda mengambil bas malam dan sampai di jeti pada waktu pagi.


Dapatkan pakej-pakej lawatan ke Pulau Redang