Cara ke Pulau Tioman

Cara ke Pulau Tioman

Cara ke Pulau Tioman anda boleh menaiki feri sama ada dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jika anda menaiki bas, lebih sesuai anda mengunakan Jeti Mersing, manakala jika anda meniki kereta lebih sesuai mengunakan Jeti Tanjung Gemok.

Jadual perjalanan feri Jeti Mersing lebih banyak darpada Jeti Tanjung Gemok. Oleh itu, bergantung kepada anda sama ada mahu mengunakan Jeti mersing atau Jeti Tanjung Gemok.

Walaubagaimanapun, sesetengah resort hanya mengunakan salah satu jeti sahaja manakala resort yang lain ada yang mengunakan ke dua-dua jeti tersebut.

Jeti Mersing

Jika anda menaiki bas ke Jeti Mersing, terminal bas hanyalah 10 minit perjalanan ke Jeti Mersing. Selepas itu, anda menaiki feri ke Pulau Tioman sekitar 1 setengah jam hingga 2 jam perjalanan.

Jika anda menaiki bas ke mersing dan sampai lewat petang, anda boleh juga bermalam dulu di Mersing dan mengambil feri keesokan pagi. Ada terdapat hotel-hotel bajet di sana. Jika anda membawa kereta, ada ruangan parking di sana.

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan turun di Terminal Bas Mersing. Perjalanan dengan bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Mersing mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam perjalanan.

Jika anda dari Johor, anda bertolak mengunakan Terminal Bas Larkin dan memakan masa hanya 2 setengah hingga 3 jam perjalanan.

Jeti Tanjung Gemok

Jeti tanjung Gemok
Jeti Tanjung Gemok

Jika anda dari Kuala Lumpur, jeti yang paling dekat ialah Jeti Tanjung Gemok. Anda boleh mengunakan Lebuhraya Pantai Timur (dari Kuala Lumpur > Kuantan > Pekan > Rompin > Tanjung Gemok) atau Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur > Seremban > bahau > Muadzam Shah > Rompin > Tanjung Gemok).

Jika anda mengunakan Lebuhraya Pantai Timur, anggaran masa perjalanan sekitar 4 jam, manakala kalau anda mengunakan Lebuhraya PLUS, anggaran masa perjalanan ialah 3 jam setengah. Jika anda dari Melaka, anda boleh mengunakan Lebuhraya PLUS ke Tanjung Gemok (Lebuhraya PLUS > Tangkak > Segamat > Muadzam Shah > Rompin > Tanjung Gemok).

Perjalanan sekitar 2 setengah hingga 3 jam. Kalau anda dari Kuantan, anda terus sahaja dari Kuantan > Pekan > Rompin > Tanjung Gemok. 

Hotel Jeti Tanjung Gemok
Hotel Jeti Tanjung Gemok

Jika anda datang sehari awal untuk tidak tergesa-gesa mengambil feri waktu pagi keesokan harinya, anda boleh bermalam di hotel yang berdekatan dengan Jeti Tanjung Gemok. Antara hotel yang paling dekat ialah Hotel Jeti Tanjung Gemok. Hotel Seri Malaysia juga ada tidak berapa jauh dari situ.

Restaurant di sekitar Jeti Tanjung Gemok
Restaurant di sekitar Jeti Tanjung Gemok

Di sini anda tidak perlu risau pasal makan kerana terdapat banyak kedai makan di sekitar Jeti Tanjung Gemok. Jika anda mahu makan ikan bakar juga ada yang tidak berapa jauh dari situ. Tandas awam juga bersih dan cantik. Ruangan parking kereta juga ada di situ (di dalam kawasan Jeti dan di luar).

Apabila sampai di Jeti

Sampai di Jeti Mersing atau Tanjung Gemok anda pergi ke kaunter tiket feri. Kalau di Jeti Mersing, pergi ke kaunter Blue Water Feri Express. Manakala kalau di Jeti Tg. Gemok, pergi ke kaunter Bestari Gemilang Shipping.

Anda harus mengatur jadual & masa perjalanan dengan baik, ini kerana kemungkinan bila anda sampai di sana dan hendak membeli tiket, kemungkinan tiket feri sudah habis dan anda terpaksa menunggu lama dan membazir masa.  Jadual perjalanan feri pula bergantung kepada air pasang surut.

Oleh itu, jadual perjalanan feri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Perjalan ke Pulau Tioman sekitar 2 jam dari Jeti Mersing & 2 jam lebih dari Jeti Tg. Gemok.

Untuk mengelakan terjadi seperti itu, anda boleh membuat booking dengan kami dan kami akan aturkan semuanya untuk anda. Jika anda membuat booking dengan kami, kami akan book tiket feri kepada anda siap-siap.

Bila anda sampai di sana, cuma bagi tahu nama anda untuk mendapatkan tiket feri. Bila anda sampai di hentian yang berkaitan (sesuai dengan tempat anda menginap), wakil kami akan menunggu di sana dan membawa anda ke chalet yang berkaitan. Lihat pakej ke Pulau Tioman

Feri akan berhenti di beberapa perhentian seperti berikut:-

  • Kampung Genting
  • Kampung Paya
  • Kampung Tekek
  • Kampung Air Batang
  • Panuba Jetty
  • Kampung Salang

Di hentian mana anda perlu berhenti bergantung kepada di mana anda hendak pergi/menginap. Jika anda tidak berapa pasti - tanya sahaja pada crew feri. Atau jika anda ambil pakej dengan kami, kami akan beritahu anda di mana anda perlu berhenti berdasarkan di mana/di chelat mana anda menginap. 

Semoga info di atas memberikan anda sedikit sebanyak tentang cara ke Pulau Tioman


PAKEJ-PAKEJ LAWATAN KE PULAU TIOMAN

PAKEJ LAWATAN KE TIOMAN 2H1M: 

Pakej Termasuk:-

  • Tiket feri pergi balik
  • Penginapan 2 malam
  • Makan (sarapan, makan tengahari, makan malam)
  • Snorkelling
  • BBD Dinner

Pakej tidak termasuk:-

  • Peralatan Snorkelling
  • Yuran Marine Park

Nota:

Hari minggu/Cuti Sekolah/Cuti Umum tertakluk kepada surcharge


Island Reef Resort (Sea View)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 290 seorang
     3 orang sebilik: RM 280 seorang
     4 orang sebilik: RM 270 seorang

Bayu Tioman Chalet (Deluxe Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 280 seorang
     3 orang sebilik: RM 270 seorang
     4 orang sebilik: RM 260 seorang

Dumba Bay Resort (Bilik Sea View)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 310 seorang
     3 orang sebilik: RM 300 seorang
     4 orang sebilik: RM 290 seorang

Sun Beach Resort (Standard Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 345 seorang
     3 orang sebilik: RM 335 seorang
     4 orang sebilik: RM 325 seorang

PAKEJ LAWATAN KE TIOMAN 3H2M:

Pakej Termasuk:-

  • Tiket feri pergi balik
  • Penginapan 2 malam
  • Makan (sarapan, makan tengahari, makan malam)
  • Snorkelling
  • BBD Dinner

Pakej tidak termasuk:-

  • Peralatan Snorkelling
  • Yuran Marine Park

Nota:

Hari minggu/Cuti Sekolah/Cuti Umum tertakluk kepada surcharge


Island Reef Resort (Sea View)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 350 seorang
     3 orang sebilik: RM 340 seorang
     4 orang sebilik: RM 330 seorang

Panuba Inn (SD Chalet)

Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 360 seorang
     3 orang sebilik: RM 345 seorang
     4 orang sebilik: N/A

Dumba Bay Resort (Sea View)

Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 370 seorang
     3 orang sebilik: RM 360 seorang
     4 orang sebilik: RM 350 seorang

Bayu Tioman Chalet (Deluxe Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 370 seorang
     3 orang sebilik: RM 360 seorang
     4 orang sebilik: RM 350 seorang

Marina Bay (Standard Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 388 seorang
     3 orang sebilik: RM 368 seorang
     4 orang sebilik: RM 358 seorang

Paya Beach (Standard Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 419 seorang
     3 orang sebilik: RM 349 seorang
     4 orang sebilik: RM 309 seorang

Sun Beach Resort (Standard Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 495 seorang
     3 orang sebilik: RM 475 seorang
     4 orang sebilik: RM 455 seorang

Juara Mutiara

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 450 seorang
     3 orang sebilik: RM 430 seorang
     4 orang sebilik: RM 400 seorang

Berjaya Tioman Resort (Sea View)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 590 seorang
     3 orang sebilik: RM 590 seorang
     4 orang sebilik: N/A

PAKEJ LAWATAN KE TIOMAN 4H3M:

Pakej Termasuk:-

  • Tiket feri pergi balik
  • Penginapan 3 malam
  • Makan (sarapan, makan tengahari, makan malam)
  • Snorkelling
  • BBD Dinner

Pakej tidak termasuk:-

  • Peralatan Snorkelling
  • Yuran Marine Park

Nota:

Hari minggu/Cuti Sekolah/Cuti Umum tertakluk kepada surcharge


Island Reef Resort (Sea View)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 410 seorang
     3 orang sebilik: RM 400 seorang
     4 orang sebilik: RM 390 seorang

Dumba Bay Resort (Bilik Sea View)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 430 seorang
     3 orang sebilik: RM 420 seorang
     4 orang sebilik: RM 410 seorang

Bayu Tioman Chalet (Deluxe Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 450 seorang
     3 orang sebilik: RM 440 seorang
     4 orang sebilik: RM 430 seorang

Sun Beach Resort (Standard Room)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 495 seorang
     3 orang sebilik: RM 475 seorang
     4 orang sebilik: RM 455 seorang

Panuba Inn (SD Chalet)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 510 seorang
     3 orang sebilik: RM 495 seorang
     4 orang sebilik: RM 420 seorang

Juara Mutiara

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 550 seorang
     3 orang sebilik: RM 530 seorang
     4 orang sebilik: RM 500 seorang

Paya Beach Resort (Standard Chalet)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 638 seorang
     3 orang sebilik: RM 588 seorang
     4 orang sebilik: RM 568 seorang

Berjaya Tioman Resort (Garden View Chalet)

    Dapatkan Quotatio Anda

     2 orang sebilik: RM 1,050 seorang
     3 orang sebilik: RM 1,050 seorang
     4 orang sebilik: RM 910 seorang