Jangan terpedaya dengan pakej lawatan yang terlalu murah

Kita selalu dengar atau tengok di dalam surat khabar tentang kisah orang yang kena tipu berkenaan dengan pakej lawatan / pakej umrah. Rata-ratanya mereka yang kena tipu itu mendapatkan pakej lawatan yang nampaknya terlalu murah dan kadang-kadang tidak masuk akal.

Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan apa-apa pakej lawatan / umrah, seharusnya anda membuat kajian terlebih dahulu dan lihat berapakah angaran kos bagi pakej yang anda pilih. Memang ada syarikat pelancongan menawarkan harga yang sedikit berbeza dengan syarikat pelancongan lain untuk pakej yang hampir sama, walaubagaimanapun perbezaan itu tidak begitu ketara.

Apabila anda sudah membuat sedikit kajian, anda sudah mendapat angaran berapakah kos untuk sesuatu pakej dan anda boleh jadikan ianya sebagai panduan asas. Sekiranya anda terjumpa atau ditawarkan sesuatu pakej yang nampanya terlalu murah, anda seharusnya berhati-hati. Sebagai contoh; katakan angaran kos untuk pakej umrah yang bajet adalah sekitar RM5,000 seorang. Jika ada orang menawarkan pakej yang sama dengan harga RM1,000 - adakah masuk akal?. Di sini anda harus mengunakan logik dan disamping itu bandingkan kos pakej yang sama yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat pelancongan lain. Jika perbezaan harga tersebut begitu ketara, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena. Anda semua orang yang bijak. Oleh itu, buatlah keputusan yang logik dan tepat.

Add new comment