Jauhkan diri dari jurujual jalanan yang memaksa

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Tip melancongApabila anda melancong ke mana-mana biasanya anda akan berjumpa dengan jurujual-jurujual jalanan. Di setengah tempat mereka tidak memaksa dan ada juga di sesentengah tempat mereka nampak seperti memaksa kita untuk membeli barangan mereka. Bagi yang memaksa itu akan menjadi masalah sedikit di mana ianya membuatkan kita tidak selesa. Jurujual jalanan memang mahir dengan kebolehan melihat karekter seseorang ini mungkin kerana kerja mereka yang seharian yang bertemu dan berurusan dengan ramai orang. Biasanya mereka yang agak lembut lebih mudah dimanipulasi atau dipujuk oleh jurujual-jurujual jalanan, manakala bagi mereka yang agak tegas agak susah sedikit mereka mempengaruhi. 

Ada juga jurujual jalanan yang mengunakan teknik merayu seperti meminta bantuan kita membeli dengan alasan untuk rezeki seharian mereka. Kita tidak nafikan memang ada jurujual jalanan yang kerjanya cukup-cukup makan dan harus kita bantu dengan membeli sedikit barangan mereka. Tetapi kita juga harus hati-hati kerana di sesetengah tempat, bila kita membeli dari satu jurujual maka yang lain pun datang sama meminta kita membeli barangan dari mereka. Itu semua membuatkan kita tidak selesa. Saya membuat posting ini sebagai panduan kepada anda dan kepada client-client saya. Ini kerana saya ada beberapa kali diceritakan oleh client saya yang mereka telah 'dipaksa' untuk membeli barangan atau servis dan kosnya ada yang sampai ribuan ringgit. 

Misalnya, jika anda ke Bandung, antara tempat yang anda harus hati-hati ialah di Tangkuban Perahu & Kawah Putih. Jurujual jalanan di sana bersifat agak memaksa dan harganya pula adalah lebih mahal; oleh itu anda dinasihatkan supaya jangan mendekati mereka. Sekiranya mereka mendekati anda dan menawarkan barangan atau servis (kalau di Tangkuban Perahu biasanya servis untuk turun ke bawah kawah untuk melihat pemandangan di bawah), anda jangan layan mereka, jangan bertanyakan harga. Sebaliknya anda harus berlalu dan jangan melayan mereka. Walaubagaimanapun, jangan bercakap apa-apa yang boleh meniumbulkan kemarahan mereka. Cakap sahaja terima kasih dan terus berjalan menjauhi mereka. Di tempat-tempat lain pun lebih kurang sama sahaja.

Add new comment