Online briefing

Assalamualikum & salam sejahtera.

Ini adalah 'online briefing' yang mana sedikit sebanyak untuk menerangkan cara-cara atau bagaimana urusan trip anda diuruskan. Ianya adalah biasa sahaja sepertimana yang anda pernah pergi lawatan ke mana-mana destinasi. Walaubagaimanapun, saya masih ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang cara-cara bagaimana urusan trip anda diuruskan. Di bawah adalah perkara-perkara yang anda harus lakukan.

Pastikan tarikh tamat passport anda masih sah

Untuk ke luar negara, passport mestilah masih sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan anda dari trip lawatan. Kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tarikh sah laku passport. Oleh itu, sila pastikan passport anda masih sah. Jika perlu dibuat pembaharuan, sila lakukan dengan segera.

Membuat check-in / Bording

Adalah lebih baik jika anda datang lebih awal ke airport untuk membuat check-in. Saya selalu sarankan supaya client datang paling lewat ialah 3 jam sebelum waktu penerbangan. Ini kerana kadang-kadang orang agak ramai di kaunter, oleh itu, jika anda datang 3 jam awal, biasaya ianya tidak membuatkan anda kesuntukan masa. Jika anda melancong secara berkumpulan, lebih-lebih lagi harus diambil perhatian dari segi pengurusan masa. Ketua kumpulan mestilah memberitahu atau memastikan semua peserta datang ke airport tepat pada masa dan jangan terlewat. Biasanya bagi yang melancong secara berkumpulan, ada yang datang secara asing-asing. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu semua peserta datang untuk membuat check-in. Teruskan membuat check-in dahulu dan bila peserta lain sudah sampai, bagi tahu mereka juga untuk terus membuat check-in. Check-in bagasi anda mengikut bagasi masing-masing. Jika anda tidak mempunyai bagasi, sila tanya staff kaunter sama ada dokumen perjalanan anda perlu disahkan atau tidak perlu. Selepas itu, terus sahaja masuk bording. Bording pass anda ada ditulis nombor gate yang berkaitan. Anda juga boleh membuat web check-in. Sebagai contoh web check-in Air Asia

Selepas itu, bila sudah membuat check-in, anda boleh terus masuk Bording dan menunggu di ruangan menunggu. Di ruangan menunggu terdapat semua kemudahan seperti bilik solat, bilik air, kedai untuk makan minum dan sebagainya. Tidak perlu membuang masa selepas check-in sebaliknya terus bording setelah masa untuk bording telah dibuka. Ini kerana kemungkinan pada masa tersebut terdapat ramai orang dan ianya akan memakan masa semasa proses pemeriksaan imigresen dan pemereksaan kastam. Jika anda mahu solat atau ke bilik air atau makan, boleh sahaja masuk dan semua kemudahan itu ada di tempat ruangan menunggu. 

Bila anda sampai di tempat tujuan

Apabila anda sudah sampai di tempat tujuan, pemandu atau pemandu pelancong kami akan menunggu anda di pintu keluar airort. Pemandu / pemandu pelancong kami akan memegang kertas /signage yang tertulis nama ketua kumpulan.  Sebelum anda bertolak, kami sudah berikan nama dan no hand phone pemandu / pemandu pelancong yang akan menunggu di airport. Oleh itu, jika ada apa-apa anda boleh menghubungi mereka dengan senang. No hand phone ketua kumpulan juga kami akan berikan kepada pemandu / pemandu pelancong. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir apabila sudah sampai di airport tempat tujuan. Setelah berjumpa dengan pemandu / pemandu pelancong, maka anda akan dibawa untuk memulakan atucara lawatan anda seperti yang terdapay di dalam itinerary / jadual lawatan yang telah kami berikan kepada anda. Anda juga (jika perlu) boleh menghubungi kami semasa berada di tempat lawatan anda pada bila-bila masa.

Ikuti arahan pemandu pelancong anda

Semasa lawatan atau sepanjang lawatan, sila patuhi nasihat yang diberikan oleh pemandu pelancong anda. Ianya mungkin berkaitan dengan kebajikan anda dan ahli rombongan yang lain secara keseluruhan. Pemandu pelancong anda adalah orang yang mahir dengan tempat lawatan anda, oleh itu sebarang arahan adalah untuk kebajikan anda juga. 

Itu sahaja taklimat ringkas secara dalam talian. Jika anda memerlukan atau ada apa-apa pertanyaan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa.

Anda juga boleh merujuk artikel lain di Panduan Pelancongan

Salam dan selamat melancong dari kami..

 

Add new comment