Pakej Bandung 3 hari/2 malam

Trip Pakej Bandung [3h2m]

Pakej Bandung 3h2m ini merupakan pakej yang cuba diaturkan untuk pergi ke semua tempat yang menarik dengan masa yang agak suntuk. Jika anda tidak mempunyai banyak masa, maka pakej ini adalah sesuai untuk anda.

Kebanyakan tempat-tempat menarik sempat anda pergi dengan pakej bandung 3h2m seperti lawatan ke Tangkuban Perahu, Floating Market, Ladang Strawberry, Ladang Teh, dan beberapa tempat menarik di Lembang seperti The Lodge Maribaya,  Rumah Hobbit dan sebagainya.

Itinerary boleh disesuaikan dengan keperluan anda dan itinerary pakej bandung 3h2m di bawah adalah contoh atucara lawatan yang standard.

Cadangan Atucara Lawatan

HARI 1 : KL - BANDUNG (Makan Tengahari/Makan Malam) 
>Setibanya di Airport Hussein Sastranegara, anda akan di sambut oleh wakil kami
>Jika anda mahu sarapan dulu (kos sarapan hari pertama tidak termasuk di dalam pakej)
>Terus ke Tangkubang Parahu - melihat suasana puncak gunung berapi dan pemandangan di sekitarnya
>Makan tengahari
>Di dalam perjalanan pulang, singgah di Floating Market
>Check-in hotel & rehat seketika
>Petangnya, pergi pula sekitar sekitar Ciwalk Streetmall
>Makan malam & balik ke hotel
 
HARI 2 : BANDUNG (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam) 
>Sarapan di hotel
>Selepas itu membeli belah di Pasar Baru iaitu "destinasi wajib shooping" jika ke Bandung - anda boleh membeli-belah sehigga puas di sini.
>Makan tengahari
>Pergi pula ke Jalan Cibaduyut iaitu pusat barangan kulit, toko Tiga, membeli belah bermula di Factory Outlet di sekitar Jln Dago
>Makan malam & balik ke hotel
 
HARI 3 : BANDUNG (Sarapan/Makan Tengahari) 
>Selepas sarapan
>Ke Kartika Sari - membeli 'ole-ole' untuk dibawa pulang
>Check-out hotel (last check out jam 12pm) 
>Makan tengahari
>2 atau 3 jam sebelum berlepas, mesti berada di lapangan terbang.

Harga pakej untuk seorang 

JUM PESERTA HOTEL 2* HOTEL 3* HOTEL 4*
2 690 755 799
3 619 675 749
4 602 655 739
5 572 625 729
6 569 619 669
7-12 515 567 613
13-38 497 550 599
39-60 489 544 593
  • Hotel 2 Bintang: Nyland/Serena/atau yang setaraf(std)
  • Hotel 3 Bintang: Hotel Mitra/Cemerlang/Sukajadi/yang setaraf(std)
  • Hotel 4 Bintang: Arison Swiss-Bell/Golden Flower/yang setaraf(std)

Harga pakej termasuk:

  • Penginapan 2 malam
  • Pengangkutan sepanjang percutian
  • Tipping pemandu/pemandu pelancung
  • Makan seperti di atucara

Harga pakej tidak termasuk:

  • Tiket penerbangan
  • Tiket kemasukan ke tempat lawatan (rujuk jadual)
  • Insuran perjalanan (boleh ambil dengan kami - Etiqa Takaful)
TESTIMONIAL

Intan Anira, Datuk Keramat

Trip ke Brunei was soooo amazing! Mmg best. Agent baik. Arrangement semua okay. Harga okay. Xde bende yg sy nak complain. Semua bagus. Alhamdulillah. Lepas ni sy yakin nak guna Khidmat Kembara Murni. Mmg trusted agent

 

Rozita, Pulau Pinang

Pakej Kuching

Syukur Alhamdullillah saya dan rakan-rakan telah selesai bercuti selama 4 hari 3 malam ke Kuching Sarawak. Tour guide melaksanakan tugasnya dengan baik dan buat kami semua berasa selesa dengan perkhidmatannya. Insyaallah saya dan rakan-rakan akan memilih pihak kembara Murni untuk destinasi pelancongan yang lain pada masa hadapan

 

Nuur Fatihah

​​​​​​

Sy mewakili keluarga mengucapkn jutaan terima kasih kpd pihak Kembara Murni di atas khidmat dan layanan yg diberikan sepanjang 3 hr 2 mlm kami di Aceh..

Baca semua testimonial 

 

Nur A'in, Kajang

As salam en zailir..sy nk bg review ni psl trip ke padang tempoh hari..overall sy puashati dgn service trip ni..van pn selesa..supir pn best..peramah..klakar..inshaa Allah next trip kalo harga best sy leh amik pakej dr encik lg..tqsm

Baca semua testimonial 

Mohamad Faiszul

Assalamualaikum encik zailir,  terima kasih bebanyak dgn pakej diberikan. Kami sangat puas hati semasa holiday di aceh serta pulau weh  dan pemandu yang ramah. Sangat berbaloi

Baca semua testimonial

 

Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Kanak-kanak
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

Share