Alami pengalaman pakej lawatan ke Hanoi-Halong-Fam coc 5 hari, 4 malam.
ITINERARY
HARI 01: (Makan Malam) |
KETIBAAN Setibanya anda di lapangan terbang antarabangsa Noi Bai, anda akan dujemput oleh pemandu pelancong kami dan terus ke hanoi melawat French Opera House. Selepas itu melawat masjid Al-Noor. Makan malam di Hanoi dan check in hotel di Hanoi |
HARI 02: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) |
HANOI CITY TOUR-HALONG Sarapan di hotel dan selepas itu terus check out. Teruskan aktiviti lawatan dengan melawat Rumah Ho Chi Minh, Muzium & Makam beliau (ditutup pada hari Isnin, Jumaat dan buan Oktober dan November). Teruskan lawatan ke One-Pillar Pagoda. Makan tengahari di restoran halal tempatan di Halong Bay. |
HARI 03: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) |
HALONG BAY Selepas sarapan, separuh hari lawatan dengan bot di Halong Bay. Melihat batu-batuan yang pelbagai bentuk dan melawat Dramaric Caves, Paradise Grotto, Perkepungan Nelayan, Chiken kissing Rock. Makan tengahari disediakan di atas bot dengan menu laut yang segar sambil minum kopi Vietnam. Di sebelah malam pula melihat pertunjukan Water Puppet Show dan seterusnya membeli-belah di Pasar Malam. Selepas makan malam, balik ke hotel di Halong Bay. |
HARI 04: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) |
HALONG - TAM COC - HANOI Selepas sarapan, bertolak ke dearah Ninh Binh dan melawat Bich Dong Temple. Makan tengahari di restoran halal. Selepas makan tengahari, alami pengalaman menaiki sampan untuk melawat Sungai Tamcoc. Selepas itu, pulang ke Hanoi dan melihat pemandangan di Hoan Kiem Lake, 36 Ancient Streets dan membeli-belah. Makan malam di restoran dan selepas itu balik ke hotel di Hanoi. |
HARI 05: (Sarapan) |
Selepas sarapan, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dengan kenangan yang manis dari hanoi-Halong-Tam Coc.. |
Harga pakej untuk seorang (RM)
Hotel | Pax | RM |
3 * Standard |
02-04 | 1,860 |
05-07 | 1,170 | |
08-10 | 1,080 | |
11-15 | 990 | |
16-25 | 950 | |
26-40 | 910 | |
4 * Standard Lan Vien + Halong Paradise Sunway + Golden Halong Hanoi Pearl + Halong Pearl |
02-04 | 1,840 |
05-07 | 1,390 | |
08-10 | 1,300 | |
11-15 | 1,210 | |
16-25 | 1,170 | |
26-40 | 1,130 |
Harga pakej kanak-kanak (3-11th)
- Dengan extra bed: 75%
- Tanpa Extra Bed: 50%
- 2 tahun ke bawah: Percuma
Harga pakej termasuk:
- 4 malam penginapan (Twin/triple) termasuk sarapan
- Makan seperti di dalam itinerary
- Pengangkutan
- Semua Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
- Private bot seperti di itinerary
- Private escorted dengan pemandu pelancong berbahasa English
- 2 botol Air Mineral sehari
- Tipping Pemandu Pelancong
Harga pakej tidak termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Insuran Perjalanan
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan