Pakej Jakarta+Puncak+Bandung: 4 Hari/3 Malam

ITINERARY 

Hari-01 : JAKARTA+PUNCAK (Makan Tengahari/Makan Malam)
  • Soekarno Hatta Airport, Jakarta. Anda akan di sambut oleh wakil kami di sana. 
  • Taklimat ringkas dan langsung ke Puncak dan makan tengahari di dalam perjalanan (R & R) atau di Puncak.
  • Check-in hotel di Puncak dan berehat seketika
  • Melihat pemandangan Puncak dan melawat tempat-tempat menarik di Puncak seperti di Bogor, Taman Safari Park dan Masjid Kubah Emas.
  • Makan Malam
Hari-02 : PUNCAK+BANDUNG  (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
  • Selepas sarapan di Hotel, terus ke Bandung dan check-in hotel di Bandung.
  • Destinasi seterusnya ke Tangkuban Parahu…nikmati pemandangan indah gunung berapi
  • Makan Tengahari
  • Membeli belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln  Setiabudhi & Toko Tiga  dan banyak lagi
  • Makan Malam
HARI-03 : BANDUNG+JAKARTA  (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
  • Sarapan di hotel
  • Membeli-belah di PASAR BARU…ke destinasi “wajib Membeli belah“ jika ke Bandung…..
  • Makan Tengahari di restoran padang    
  • Membeli belah di Jalan Cibaduyut iaitu tempat barangan kulit asli dengan harga berpatutan. Selepas itu membeli ole-ole di Kartika Sari untuk di bawa pulang ke Malaysia.
  • Sebelah petangnya, terus ke Jakarta dan makan malam serta bermalam di Jakarta
HARI-04 : JAKARTA (Sarapan/Makan Tengahari)
  • Selepas sarapan, bersiar-siar di sekitar kota Jakarta dan melihat tempat-tempat menarik seperti Monas, Merdeka Square, Masjid istiqlal, Taman Mini (Bergantung masa) 
  • Selepas Makan Tengahari, terus Membeli belah di MANGGA DUA, TANAH ABANG (bergantung masa)      
  • 2 atau 3 jam sebelum berlepas pulang perlu berada di Airport

Hotel 2 3-4 5-7 8-12 13-18 19-26 >=27

Bandung - Hotel Unik
Jakarta - Hotel Studio One
Puncak - Hotel Surya

970 850 830 810 790 770 750

Nota:

  • Minima peserta adalah 2 orang
  • Harga dalam RM - harga untuk seorang
  • Harga yang ditunjukan di atas adalah harga untuk seorang
  • Harga di atas adalah harga hari biasa - cuti sekolah/cuti umum harga lain (sila dapatkan quotation)
  • Hotel adalah seperti di atas atau yang setaraf dengannya (hotel bujet)
  • Jika mahu hotel yang lebih baik - boleh diuruskan (dengan tambahan kos hotel)

Pakej termasuk:

  • Penginapan selama 3 malam
  • Pengangkutan selama 4 hari
  • Pemandu pelancong & tip pemandu
  • 3 sarapan, 4 makan tengahari dan 3 makan malam
  • Tiket kemasukan ke Tangkubang Parahu, Cieter Hot Spring dan Ladang Strawberry

Pakej tidak termasuk:

  • Tiket penerbangan - semak harga tiket
  • Perbelanjaan peribadi
Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Kanak-kanak
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan