Pakej Jakarta+Puncak+Bandung 5h4m

ITINERARY

HARI 1: JAKARTA+PUNCAK (MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
Setibanya anda di Soekarno Hatta Airport–Jakarta, anda akan di sambut oleh pemandu kami di sana. Taklimat ringkas dan selepas itu terus ke Puncak dan check-in hotel di Puncak. Selepas makan tenhagari, melawat tempat-tempat menarik di Puncak seperti di Bogor, Taman Safari Park dan Masjid kubah emas. (Kalau nak masuk ke Taman Safari Park pun boleh – tiket kemasukan bayar terus di sana). Jam 8.00pm – makan malam.
 
HARI 2:  PUNCAK+BANDUNG (SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
Selepas sarapan di hotel, terus check-out hotel di Puncak dan selepas itu terus ke Bandung. Check-in hotel di bandung dan berehat seketika. Selepas makan tengahari, pergi pula ke Tangkubang Parahu iaitu melihat pemandangan puncak dan kawah gunung gunung berapi yang terkenal itu. Di perjalanan pulang, singgah pula Floating Market. Sebelah petangnya, pergi pula ke factory outlet sekitar jalan setiabudhi seperti Rumah Mode etc dan sekitar Ciwalks street dan Mall. Jam 8.00pm – makan malam
 
HARI 3 : BANDUNG (SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
Sarapan di hotel bersiar siar melawat bangunan/tempat bersejarah seperti Gedung Sate, Masjid Agung dan sekitar Jln Asia-Afrika dan selepas itu membeli belah di Pasar Baru iaitu tempat membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di Bandung. Selepas makan tengahari, pergi pula ke Jalan Cibaduyut iaitu pusat barangan kulit yang mempunyai pelbagai pilihan. Jam 8.00pm – makan malam.
 
HARI 4: BANDUNG+JAKARTA (SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
Selepas sarapan pergi pula ke Toko Tiga iaitu pusat Jeans & Denim yang berjenama. Makan tengahari dan selepas itu ke Kartika Sari pula untuk membeli ole-ole Bandung untuk dibawa pulang ke Malaysia. Sebelah petangnya, bertolak ke Jakarta dan Jam 8.00pm – makan malam (bermalam di Jakarta)
 
HARI 5: JAKARTA (SARAPAN/MAKAN TENGAHARI)
Selepas sarapan, pusing-pusing Kota Jakarta seperti Taman Mini, Merdeka Square, Masjid Istiqlal, Monas. Selepas makan tengahari pergi ke Mangga Dua/Tanah Abang untuk membeli belah. 2 atau 3 jam sebelum berlepas, mesti berada di airport untuk berlepas pulang ke Malaysia.

Hotel 2 3-4 5-7 8-12 13-18 19-26 >=27

Bandung - Unik
Jakarta - Studio One
Puncak - Surya

1,167 1,030 900 880 860 840 830

Nota:

  • Minima peserta adalah 2 orang
  • Harga dalam RM - harga untuk seorang
  • Harga yang ditunjukan adalah harga untuk seorang
  • Harga di atas adalah harga hari biasa - cuti sekolah/cuti umum harga lain (sila dapatkan quotation)
  • Hotel adalah seperti di atas atau yang setaraf dengannya (hotel bujet)
  • Jika mahu hotel yang lebih baik - boleh diuruskan (dengan tambahan kos hotel)

Pakej termasuk:

  • Penginapan selama 4 malam
  • Pengangkutan selama 5 hari
  • Pemandu pelancong & tip pemandu
  • 4 sarapan, 5 makan tengahari dan 4 makan malam
  • Tiket kemasukan ke Tangkubang Parahu, Cieter Hot Spring dan Ladang Strawberry

Pakej tidak termasuk:

  • Tiket penerbangan - semak harga tiket
  • Perbelanjaan peribadi
Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Kanak-kanak
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

Share