Pakej Lawatan ke Ho Chi Minh, Vietnam-5 hari, 4 malam

HO CHI MINH CITY– CU CHI TUNNEL–MEKONG DELTA

Pakej lawatan ke Ho Chi Minh 5h4m ini sangat sesuai jika anda mahukan lebih masa sendiri untuk aktiviti anda sendiri seperti shooping dan sebagainya.

Hari pertama anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di bandar Ho Chi Minh, manakala hari kedua anda akan dibawa melawat ke My Tho, Sungai Mekong dan Pulau Thoi Son.

Pada hari ketiga pula anda akan melawat Cu Chi Tunnel yang terkenal dengan sejarah peperangan antara Vietnam dengan Amerika.

Manakala pada hari ke empat, anda boleh bebas melakukan aktiviti anda sendiri atau mahu shopping sepuasnya di Pasar Ben Thanh dan pasar-pasar lain di sekitarnya

ITINERARY

Hari 01: City Tour (Makan Malam)

  • Anda sampai di lapanganterbang Tan Son Nhat dan dijemput oleh pemandu kami
  • Teruskan dengan lawatan ke bandar Ho Chi Minh seperti Masjid Lamson, Notre Dame Cathedral, The Old Post Office dan People’s Committee Hall & ke Hard Rock Café
  • Membeli belah di District 7 seperti baju kurung, jubah dan sebagainya
  • Seterusnya sambung membeli-belah di kedai barangan kulit
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat seketika'
  • Makan malam & balik ke hotel

Acara pilihan / optional:

  • Saigon Cruise
  • Water Puppet Show

Hari 02: Sungai Mekong (Sarapan, Makan tengahari, makan malam)

  • Sarapan di hotel dan selepas itu bertolak ke My Tho
  • Sampai di My Tho, kita akan menaiki bot di Sungai Mekong dan menuju ke Pulau Thoi Son. Di sini anda akan dibawa melawat tempat penternakan lebah & kilang gula-gula kelapa. Selain itu, anda akan dijamu dengan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan nanyian tradisional Vietnam. Seterusnya anda akan dibawa dan alami pengalaman menaiki sampan di sungai kecil.
  • Selepas itu makan tengahari di restoran halal
  • Balik semula ke Saigon / Ho Chi Minh dan acara bebas
  • Makan malam & balik ke hotel

Hari 03: Cu Chi Tunnel (Sarapan, Makan tengahari, makan malam)

  • Sarapan di hotel & selepas itu bergerak pula ke Cu Chi Tunnel yang terkenal itu. Cu Chi Tunnel mempunyai kepanjangan sepanjang 200KM. Ianya dibina oleh pihak tentera Vietnam semasa perang dengan Amerika.
  • Makan tengahri di restoran halal tempatan dan balik ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di restoran halal dan balik ke hotel

Hari 04: Free & Easy (Sarapan)

  • Sarapan di hotel
  • FREE & EASY - anda boleh gunakan masa hari ini untuk aktiviti shopping sepuasnya. Hotel yang anda duduk itu berdekatan sahaja dengan pasar yang terbesar iaitu Pasar Ben Thanh. Anda juga boleh shopping di sekitar Malay Streat dan Saigon Square
  • Bermalam di Ho Chi Minh

Hari 05: Free & Easy (Sarapan)

  • Sarapan di hotel
  • Jika anda masih ada masa (bergantung kepada waktu penerbangan anda) - anda boleh teruskan shooping di Pasar Ben Thanh. Atau mahu berehat sahaja di hotel sambil mengemas barang-barang anda
  • Pemandu kami akan menjemput anda dari hotel ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang manis dari Ho Chi Minh...selamat & sehingga berjumpa lagi di lain masa..!

Harga pakej untuk seorang (RM)

Peserta Hotel Bajet Hotel 2.5-3* Hotel 4* Hotel 5*
02-04 1352 1395 1696 2449
05-07 908 994 1274 1919
08-10 822 908 1188 1833
11-15 758 822 1102 1747
16-25 693 736 1016 1704
26-43 650 693 973 1661

Hotel yang digunakan di Ho Chi Minh

Hotel Bajet Hotel 2.5 - 3 bintang Hotel 4 bintang Hotel 5 bintang
  • Lien Thanh Hotel
  • Song Anh Hotel
  • Thanh Long Tan Hotel
  • Blessing 1 Hotel
  • Blessing 2 Hotel
  • Bloom
  • Queen Central
  • Grand Silverland Hotel
  • Liberty Central Hotel
  • Golden
  • Saigon Royal Hotel
  • New World Hotel
  • Rex Hotel

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan 4 malam
  • Pengangkutan
  • Tiket kemasukan ke Cu Chi Tunnel, Bot, sampan & buah di Mekong
  • 4 kali sarapan, 2 kali makan tengahari, 3 kali makan malam

Harga Pakej tidak termasuk:

  • Tip pemandu / pemandu pelancong: USD3/seorang/sehari
  • Perbelanjaan peribadi seperti: dobi, pesanan makanan / minuman tambahan dsbnya
  • Tiket penerbangan & bagasi
  • Insuran perjalanan

Jika anda merasakan pakej 5h4m terlalu lama bagi anda, anda boleh pilih pakej 4h3m

Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Kanak-kanak
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

Share