Pakej lawatan ke Kota Kinabalu dan Kundasang 3 hari 2 malam

Itinerary

Hari 1 : Santai di Kota Kinabalu ( City Tour – Half Day )

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan disambut oleh wakil kami.
  • Dimulakan dengan melawat Muzium Negeri Sabah & Kampung Budaya (Kebudayaan Sabah). Seterusnya, memulakan program City Tour Kota Kinabalu (Sight-seeing) dan melawat beberapa tarikan pelancong seperti Masjid Negeri Sabah (Kubah Emas), Atkinson Clock Tower (Struktur Semenjak Perang Dunia ke-2), Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Masjid Terapung), Bangunan yayasan Sabah (Menara Tun Mustafa) dan akhir sekali menikmati angin laut di Pantai Tanjung Aru atau Oceanus Waterfront sambil menyaksikan matahari terbenam
  • Kemudian, daftar masuk ke Penginapan dan aktiviti Bebas.

Hari 2 : Jelajah Kundasang & Taman Kinabalu ( Mountain - Full Day Tour )-Makan T/hari

  • Bertolak ke Kundasang (2 jam perjalanan)
  • Seterusnya, memulakan program Kundasang Tour yang terdiri daripada beberapa tempat seperti Kinabalu Park (Timpohon Gate), melawat Desa Castle Farm (Malaysia New Zealand) , melawat undasang Memorial Park, Bermandi- manda di Poring Hot Spring (Sediakan baju mandi), Canopy Walk dan menuju ke Marakau Fish Spa di Ranau. Pada waktu tengahari, makan di restoran tempatan(disediakan) , Singgah di gerai sayur dan buah-buahan di Pekan Kundasang
  • Akhir sekali, bertolak balik ke Kota Kinabalu dan Kembali ke penginapan. 

Hari 3 : Sabah Ole - Ole & Kraftangan (Handicraft Market - Half Day)

  • Daftar keluar penginapan
  • Kemudian, aktiviti dimulakan dengan membeli-belah di lokasi pilihan termasuk Pasar Budaya (Kota Kinabalu Central Market) yang terdapat barangan kraftangan, keropok dan kerepek tempatan serta pasar buah
  • Selain itu, melawat Sinsuran iaitu Kraftangan Tekstil & Kain Pasang serta Aksesori Wanita Muslimah
  • Kemudian melawat mutiara sabah di Jamilah Jewelry atau kedai borong perhiasan dan melawat Gaya Street Pasar Tamu Minggu (Sunday Market) *hanya hari ahad
  • Akhir sekali bersantai melihat pemandangan si Signal Hill (Kota Kinabalu Viewpoint – Van Persiaran Sahaja ) sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk pulang

Pakej Apartment / Homestay

PAKEJ KAPASITI RM/GROUP BILIK
SILVER 6 orang RM 2,430 3 Bedroom ( 1 King, 4 Single Bed
7 orang RM 3,229 3 Bedroom ( 1 King, 4 Single, 1 Extra Bed
8 orang RM 3,492 3 Bedroom (1 King, 4 Single, 2 Extra Bed )
GOLD 6 orang RM 2,610 3 Bedroom ( 1 King, 4 Single Bed )
7 orang RM 3,429 3 Bedroom ( 1 King, 4 Single, 1 Extra Bed )
8 orang RM 3,712 Bedroom ( 1 King, 4 Single, 2 Extra Bed )

Silver: Likas Square Service Apartment
Gold: Marina Court Service Condominium

Pakej Standard / Hotel

JUM PESERTA BRONZE SILVER GOLD
2 orang RM 975 RM 1,035 RM 1,075
3-4 orang RM 740 RM 800 RM 840
5-6 orang RM 580 RM 640 RM 680
7-8 orang RM 597 RM 657 RM 697
9-10 orang RM 663 RM 723 RM 763
11-13 orang RM 610 RM 670 RM 710
14-16 orang RM 559 RM 619 RM 659
17-20 orang RM 587 RM 647 RM 687
21-30 orang RM 564 RM 624 RM 664
31-40 orang RM 504 RM 564 RM 604

Bronze: Tang Dynasty / Kinabalu Daya / Similar
Silver: The Klagan / Gaya Centre / Similar            
Gold: Promenade / Sabah Oriental / Similar    

Pakej Termasuk:

  • Penginapan pilihan ( kecuali pakej tanpa penginapan)
  • Sarapan pagi di hotel ( kecuali pakej supervalue )
  • Pengangkutan kenderaan persiaran:
    • 1 – 19 pax : Van Persiaran
    • 20 – 40 pax : Bas Persiaran
  • Aturcara dan tiket lawatan seperti dinyatakan di dalam aturcara
  • Makan (2 Sarapan d hotel, 1 kali Makan Tengahari)
  • Pemandu pelancong
    • 1 – 6 dewasa : Pemandu merangkap pemandu pelancong
    • 7 dewasa ke atas : Pemandu pelancong professional
  • Air mineral dan snack di dalam kenderaan

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tiket lawatan selain yang dinyatakan
  • Tambahan hidangan
    • Makan tengahari: RM 25 / pax
    • Makam malam: RM 35 / pax ( 2 – 3 pax ), RM 25 / pax ( 4 pax ke atas )
  • Tiket penerbangan
  • Tipping - seikhlas hati anda
  • Surcaj hotel RM50/blik/malam jika tarikh percutian pada waktu puncak
  • Insurans Perjalanan - boleh ambil dengan kami (Etiqa Takaful)
    • Pakej individu (18-70th): RM 25.37 seorang
    • Pakej pasangan (18-70th): RM 36.50 / pasangan
    • Pakej keluarga (anak sehingga umur 18th): RM 45.51 / keluarga
    • Pakej wargaemas (71-80th): RM 59.29 seorang

               * Info lanjut: World Travel Care

Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Kanak-kanak
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan