Pakej Lawatan ke Medan-4 hari/3 Malam (Medan-Brastagi-Lake Toba Tour)

Pakej lawatan Medan-Brastagi-Lake Toba Tour merupakan pakej lawatan ke Medan, Brastagi & Parapat/Lake Toba. Jika anda mahu melawat ketiga-tiga tempat tersebut, pakej ini sesuai untuk anda. Untuk pakej ini, 1 malam di Brastagi, 1 malam di Paraopat/Lake Toba, 1 malam di Medan. Pakej ini adalah merupakan pakej yang lengkap jika anda mahu melawat Medan.

ITINERARY

HARI 1 : MEDAN - BRASTAGI (Makan tengahari, Makan Malam)

Anda tiba di lapangan Terbang Kuala namu dan anda akan dijemput oleh pemandu/pemandu pelancong kami. Selepas itu terus dengan aktiviti 'City Tour' dengan lawatan ke Maimoon Palace, Masjid Al-Mashun, dan membeli-belah di pusat batik. Selepas itu, Makan Tengahari di restoran tempatan. Selepas Makan Tengahari, bertolak ke Brastagi. Sampai di Brastagi, lawatan ke Pasar Buah, di sini anda boleh membeli pelbagai buah-buahan tempatan yang segar. Selepas itu check-in hotel dan berehat seketika. Makan Malam dan balik ke hotel.

HARI 2: BRASTAGI-PARAPAT-PULAU SANOSIR (Sarapan, Makan tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan di hotel, terus check-out dan bertolak ke parapat. berhenti seketika di Rumah Bolon iaitu 'istana purba Raja Batak Simalungun'. Berhenti di Air Terjun Sipiso-Piso. Di sini anda boleh melihat pemandangan yang menarik dengan air terjun yang terkenal. Anda juga boleh ambil masa di sini untuk santai sambil minum teh halia, goreng pisang dan sebagainya (minum dan makab di sini di atas perbelanjaan sendiri) sambil melihat pemandangan yang indah dan udara yang nyaman. Lepas itu teruskan perjalanan dan sampai di Parapat, Makan Tengahari di restoran tempatan. Selepas Makan Tengahari, acara lawatan diteruskan dengan lawatan ke Pulau Samosir dengan bot. Di antara tempat lawatan ialah Kampung Tomok/Tomok Village. Di sini anda boleh melihat makan Raja Batak iaitu "Ompu Sidabuntar", lawatan ke Kampung Ambarita/Ambarita Village untuk melihat kampung tradisional Batak. Di sini juga ada jualan barangan dan pakaian untuk dibeli atau dibuat kenang-kenangan. Selepas iti, check-in hotel dan berehat seketika sehingga waktu untuk Makan Malam.

HARI 3: PULAU SAMOSIR/PARAPAT-MEDAN (Sarapan, Makan tengahari, Makan Malam)

Sarapan di hotel dan lepas itu terus check-out dan perjalanan di teruskan ke Medan melalui Tebing Tinggi. Di sepanjang jalan, anda boleh melihat pemandangan alam sekitar. Perjalanan dihentikan seketika di Pematang Siantar. Di sini anda boleh membeli produk-produk / makanan ringan tempatan seperti  "Ting Ting", "Teng Teng"dan sebagainya. Selepas itu perjalanan diteruskan dan sampai di Medan, Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas Makan Tengahari, disambung dengan aktiviti 'City Tour' dan membeli-belah di Bandar Medan seperti di Pusat Batik, Pasar Ikan, Medan Mall/Sun Plaza. Selepas itu, check-in hotel dan berehat. Makan Malam dan selepas itu anda boleh berjalan-jalan melihat pemandangan atau suasana malam di Bandar Medan.

HARI 4: HOTEL-AIRPORT (Sarapan)
Sarapan di hotel dan lepas itu anda bebas dengan aktiviti anda sendiri / free & easy sehingga waktu untuk bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang manis dari Medan.. 

 

HOTEL JUMLAH PESERTA & HARGA UNTUK SEORANG
2-3 4-8 9-12 13-15 16-19 20-24 25-29 >=30
3 Bintang 1,032 807 732 715 697 672 640 617
4 Bintang 1,107 882 808 790 772 752 718 697

Harga dalam RM - untuk seorang

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil tambahan 75% daripada harga dewasa 

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan 50% daripada harga dewasa Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil yang sedia ada caj kadar dewasa

HOTEL YANG DIGUNAKAN
Kelas Parapat Brastagi Medan
3 bintang Toledo hotel Samosir/Silitong Sinabung/Rudang Grand Impression/LJ Hotel
4 bintang Patra Confort Parapat/Atsari Mikie Holidays/Grand Mutiara Grandhika/Polinia

Harga di atas termasuk

  • Private trip - tak campur dengan kumpulan lain
  • Penginapan bilik hotel - Twin Share atau Triple Share
  • 2 kali Sarapan, 2 kali Makan Tengahari, 2 kali Makan Malam
  • Pengankutan berhawa dingin
  • Pemandu Pelancong berbahasa English/Melayu
  • Semua tiket kemasukan sepertimana yang terdapat dai dalam itinerary

Harga di atas tidak termasuk

Quotation
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Ada peserta kanak2
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket?
Naik Flight dari
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..
Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda untuk tujuan komunikasi