Pakej Lawatan ke Medan-5 hari/4 Malam (Medan-Brastagi-Lake Toba Tour)

Jika anda mempunyai masa dan ingin berehat sambil melancong tempat-tempat menarik di Medan & Lake Toba, m aka pakej ini sesuai untuk anda. Untuk pakej ini, anda akan bermalam 1 malam di Parapat/lake Toba, 1 malam di Brastagi, dan 2 malam di Medan. Melalui pakej ini, anda akan dapat melawat ke semua tempat-tempat yang menarik di Medan, Parapat & Brastagi.

CATEGORY JUMLAH PESERTA & HARGA UNTUK SEORANG Single Sup
2-3 4-7 8-9 10-14 15-19 20-24 25-29 >=30
STANDARD 2* 1246 942 873 855 769 753 707 684 210
TOURIST 3* 1256 952 883 865 779 764 718 694 220
DELUXE 4* 1,370 1,066 997 983 893 880 836 812 323

Harga dalam RM - untuk seorang

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil tambahan 75% daripada harga dewasa 
Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan 50% daripada harga dewasa Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil yang sedia ada caj kadar dewasa
DESTINASI STANDARD TOURIST DELUXE
PARAPAT HOTEL SILINTONG / TOLEDO 2 HOTEL TOLEDO HOTEL GRAND MUTIARA /DANAU  TOBA COTTAGE
BERASTAGI HOTEL HORISON/DANAU   TOBA HOTEL SINABUNG / HORISON HOTEL MIKIE/GRAND MUTIARA
MEDAN HOTEL DHARMA  DELI/J- HOTEL MEDAN HOTEL  POLONIA / GARUDA PLAZA / KARIBIA HOTEL EMERALD GARDEN / SOECHI HOTEL/ TIARA

Harga di atas termasuk

  • Pakej ini adalah pakej private - tidak campur dengan kumpulan lain
  • Bilik hotel Twin/Triple sharing
  • 4 kali sarapan, 4 kali makan tengahari, 4 kali makan malam
  • Pengangkutan berhawa dingin (bas/van) - bergantung kepada jumlah peserta
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu
  • Semua bayaran masuk dan tempat letak kereta di mana yang berkenaan
  • Tips untuk Pemandu Pelancong dan Pemandu RM7/seorang/sehari

Harga di atas tidak termasuk

  • Tiket penerbangan

Itinerary

HARI 01: MEDAN - TEBING TINGGI - PARAPAT (MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Mamu dan akan dijemput oleh pemandu elancong kami
  • Kemudian anda akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari
  • Selepas makan tengah hari meneruskan perjalanan ke Parapat. Memandu sepanjang jalan yang menawarkan pemandangan yang tidak berkesudahan dengan pokok getah, pokok kelapa sawit dan ladang koko
  • Berhenti di Pematang Siantar untuk membeli-belah produk tempatan seperti Kacang Tumbuk, Ting Ting, Teng Teng dan lain-lain
  • Tiba di Parapat dan daftar masuk ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di hotel atau di restoran tempatan
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat kehidupan sebelah malam di Parapat atau anda boleh membeli cenderahati

HARI 02: SAMOSIR TOUR - PARAPAT - BERASTAGI (SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa melawat Pulau Samosir dengan bot : antara tempat yang akan dilawati ialah, Kampung Tomok untuk melihat makam Toba Batak Raja "Ompu Sidabutar " dan kampung Ambarita untuk melawat kampung Batak tradisional
  • Kembali ke Parapat untuk makan siang di Restoran tempatan
  • Teruskan pula perjalanan ke Berastagi - sebuah resort gunung dengan udara yang segar dan pemandangan gunung yang indah yang mempunyai banyak bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Dalam perjalanan, berhenti di Bukit Simarjarunjung, melawat Istana Raja Batak kuno Simalungun dan melihat air terjun Sipiso-Piso
  • Tiba di Berastagi, kemudian melawat Pasar Buah. Di Pasar Buah, anda boleh dapatiu banyak buah-buahan segar dan bunga. Jika sudah penat berjalan, anda boleh santai di gerai-gerai yang ada di tepi jalan sambil minum kopi dan melihat pemandangan sekitar seperti pemandangan ornag menungang kuda dan sebagainya.
  • Lewat petang mendaftar masuk ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di hotel
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat kehidupan sebelah malam di Berastagi atau anda boleh membeli cenderahati
  • TOUR PILIHAN: Berbasikal di pagi hari di sekeliling Pulau Samosir

HARI 03: BERASTAGI - MEDAN CITY TOUR (SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Selepas sarapan pagi di hotel, melawat Bukit Gundaling untuk melihat dua gunung berapi aktif, iaitu Gunung Sibayak (2.172m) dan Gunung Sinabung gunung berapi (2.417m)
  • Selepas itu, teruskan perjalanan lebih kurang dua jam perjalanan untuk kembali ke Medan
  • Tiba di Medan, kemudian dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari
  • Teruskan lawatan dengan melawat bandar Medan seperti melawat Istana Maimoon dan Masjid Besar
  • Mendaftar masuk ke hotel dan selepas itu, anda bebas dengan aktiviti anda sendiri
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat kehidupan sebelah malam di Berastagi atau anda boleh membeli cenderahati/membeli-belah
  • * TOUR PILIHAN: Mendaki Gunung Sibayak untuk melihak kawah gunung berapi yang masih aktif (kos berasingan). Ianya juga bergantung kepada kesesuaian dan keadaan semasa

HARI 04: MEDAN SHOPPING TOUR (SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Selepas sarapan pagi di hotel, seharian penuh lawatan ke bandar Medan dan membeli-belah di sekitar Medan seperti Batik House, Kedai handbroidery / sulam / telekung, Pasar Ikan, plaza Medan Mall / matahari , Kuil CIna Cemara Asri, Kuil Balazi India, Gereja velankani dan lain-lain
  • Petangnya kembali ke Hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat kehidupan sebelah malam di Berastagi atau anda boleh membeli cenderahati/membeli-belah

HARI 05: HOTEL - LAPANGAN TERBANG (SARAPAN)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Sekiranya ada masa, anda bebas melakukan aktiviti anda sendiri/free & easy
  • Check out dan bersiap sedia untuk bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Namu untuk berlepas pulang dengan kenangan yang indah di Medan, parapat & Rerastagi...

Share