Pakej Pelajar ke Aceh [4H3M]

Pakej Pelajar ke Aceh [4H3M] merupakan pakej yang direka khusus untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti. Untuk pelajar, kami menyediakan pakej khusus yang lebih murah dari pakej biasa. Pakej pelajar ke Aceh 4 hari, 3 malam adalah sangat berbaloi dengan kos yang diberikan.

Sekiranya ada mempunyai program tersendiri seperti lawatan ke  sekolah atau universiti kami juga boleh aturkan. Jika anda ingin membuat sedekah amal seperti sedekah makan-makan atau derma wang ringgit ke sekolah anak-anak yatim boleh juga kami aturkan untuk anda.

Lawatan ke Aceh sesuai untuk pelajar untuk mempelajari masyarakat setempat dan melihat kesan-kesan sejarah di Aceh. Kami selalu membuat program lawatan pelajar ke Aceh dan mendapat maklumbalas yang baik. Jadual lawatan boleh disesuaikan mengikut keperluan program pelajar atau mahu ikut atucara biasa pun boleh. Pakej Pelajar ke Aceh ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah & universiti kerana kos yang diberikan adalah murah berbanding dengan kos pakej yang biasa. Sila isikan Borang Quotation dibawah untuk mendapatkan quotation / sebutharga percuma untuk anda..


ITINERARY/JADUAL LAWATAN

HARI 01: MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM

12.30-15.00: Anda tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda dan anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Acara lawatan pertama ialah lawatan ke Kuburan Massa (mangsa Tsunami). Selepas itu bertolak ke restoran untuk Makan Tengahari dan selepas maka tengahari, terus ke hotel untuk check in.

15.00-21.00: Melawat Muzium Tsunami, Stesen Elektrik Terapong (PLTD), Masjid Bauturrahim dan 'Escaped Building'. Seterusnya Makan Malam di restoran tempatan dan lepas itu balik ke hotel.

HARI 02: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM

07:00-08:30: Sarapan di hotel

08.30-12.00: Melawat Masjid Baitulrahman dan selepas itu lawatan ke Muzium negeri, Gunungan / Putroe Phang Park dan melawat Muzium Tsunami.

12.00-13.30: Makan Tengahari di restoran tempatan

13.30-16.00: Membeli-belah di Pasar Cenderamata dan selepas itu melawat Bot di Atas Bumbung, melawat Universiti Kuala Syiah. Selepas itu (jika anda mahu) nikmati minuman Kopi Aceh (kos sendiri). Selepas itu Makan Malam di restoran tempatan dan balik ke hotel untuk berehat

HARI 03: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM

07.00-08.30: Sarapan di hotel

08.30-12.00: Shopping di Pasar Aceh, yang merupakan pusat jualan pakaian yang pelbagai jenis dan selepas itu melawat Kubah di Tengah Sawah. 

12.00-13.30: Makan Tengahari di restoran tempatan

13.30-21.00: Melawat Rumah Cut Nyak Dhien dan selepas itu ke Pusat Kek Aceh. Lawatan diteruskan ke Pantai Lhoknga dan lawatan ke Masjid Rahmatullah. Lepas itu ke Pantai Lam Puuk. Makan malam di restoran tempatan dan selepas itu balik ke hotel

HARI 04: SARAPAN

07.00-09.00: Sarapan di hotel & check out. 

09.00-10.00: Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dan acara selesai.


Harga pakej untuk seorang (RM)

PAX HARGA SEORANG
07-08 Orang 500
09-10 Orang 480
11-14 Orang 470
15-20 Orang 455
21-25 Orang 445
26-30 Orang 435
31-40 Orang 425
Lebih 40 orang Tanya kami..

Hotel: Hotel Kuala Nangroe / yang setaraf


Harga pakej di atas termasuk:

  • Penginapan di hotel Afaris selama 3 malam
  • Sarapan di hotel
  • Makan seperti di itinerary
  • Pengangkutan
  • Pemandu Pelancong
  • Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
  • Tipping pemandu pelancong

Harga pakej di atas tidak termasuk:

  • Tiket Penerbangan
  • Insuran Perjalanan

Jika Pakej Pilihan di atas bukan pilihan anda, sila click di sini
Contoh: Cheras, Kuala Lumpur
Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, sila masukan..)
Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda & untuk tujuan komunikasi 

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan