Pakej umrah 2017-2018

Harga pakej umrah untuk Hari Biasa & Cuti Sekolah

BILIK BIASA CUTI SKLH.
6 ORANG SEBILIK RM6,590 RM6,990
4 ORANG SEBILIK RM7,190 RM7,590
3 ORANG SEBILIK RM7,590 RM7,990
2 ORANG SEBILIK RM8,590 RM8,990

Harga Pakej Umrah Untuk Kanak-kanak & Bayi

  • Kanak-kanak 2 tahun - 10 tahun ; diskaun RM300 dari harga pakej diatas .
  • K­anak-kanak yang berumur lebih dari 10 tahun akan dikenakan tambang penuh seperti orang dewasa
  • Bayi yang berumur kurang dari 2 tahun (0 tahun - 23 bulan) akan dikenakan harga RM1500 (untuk visa & tiket shj.)
TARIKH PENERBANGAN:
Penerbangan (01) 
16-Nov-17 / MH 8208 
26-Nov-17 / MH 8001
Penerbangan (04)
8-Feb-18 / MH 8206
18-Feb-18 / MH 8213
Penerbangan (02)
27-Dec-17 / MH 8204   
6-Jan-17 / MH 8011
Penerbangan (05)
07 Mac 2018 / MH 8204  
17 Mac 2018 / MH 8011
Penerbangan (03)
9-Jan-18 / MH 8002  
19-Jan-18 / MH 8209
Penerbangan (06)
26-Apr-18 / MH 8006
6-May-18 / MH 8009
  Penerbangan (07)
9-May-18 / MH 8204
19-May-18 / MH 8011

PAKEJ INI TERMASUK

> 04 malam penginapan di Medinah     
> 06 Malam penginapan di Mekah    
> Tiket penerbangan kelas ekonomi.    
> Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api
> Visa Umrah     
> Penginapan, Makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara.     
> Pengangkutan dengan Bas  untuk lawatan dan perjalanan Jeddah / Mekkah / Medinah     
> Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)     
> Umrah 3 kali bersama mutawwif.    
> Beg pakaian, beg sandang & buku panduan umrah     
> Insuran Berkelompok ( Bagi jemaah berumur 18 - 65 tahun sahaja pada hari penerbangan) dan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.    

Notis: Perlindungan takaful ini tidak melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. Selaras dengan Jadual Akta ke-4, Akta Industri Pelancongan, Jemaah /anggota pelancongan dinasihatkan membeli perlindungan insuran perjalanan.    

HOTEL:

> MADINAH:     Concorde Dar Al Kha     atau seta (+-70m)
> MAKKAH:     Hotel Towr     ata setaraf (+-50m)

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK:

> Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.    
> Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.    
> Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.    
> Tambahan kos visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.    
> Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan

CARA PENEMPAHAN:

> Deposit RM 1,000
> Bayaran penuh selewat-lewatnya 45 sebelum tarikh perlepasan

ITINERARY

HARI 0: KUALA LUMPUR -  MADINAH

> Berlepas dari Kuala Lumpur (KLIA) Ke Madinah, Arab Saudi. Jemaah dikehendaki berada di lapangan terbang KLIA sekurang-kurangnya 4 Jam sebelum berlepas. Jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Madinah pada waktu yang ditetapkan. Jemaah akan disambut oleh wakil kami (mutawif) dan dibawa terus ke hotel di Madinah (check in Hotel) dengan menaiki bas berhawa dingin. 

HARI 02: MADINAH / ZIARAH DALAM 

> Jemaah dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Makam Rasulullah dan perkuburan Baqi‘. Seterusnya jemaah akan di bawa ke dalam Raudhah (jemaah wanita akan dipimpin oleh ustazah untuk masuk ke Raudhah). (Ziarah Dalaman). 

HARI 03: MADINAH / SOLAT JUMAAT / TAZKIRAH 

> Selepas sarapan pagi jemaah boleh melakukan ibadah sendiri & acara Bebas  (Banyakkan beriktiqaf/solat sunat di Masjid)
> Tazkirah bersama Ustaz (Di Tsaqifah Bani Sa‘adah)

HARI 04: MADINAH / ZIARAH

> Selepas sarapan pagi, Program lawatan disekitar Kota Madinah – Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, (Jemaah tidak akan turun dari bas kerana bas hanya akan melalui dan berhenti seketika sekadar mengambil gambar) Jabal Uhud , Medan Khandak dan Ladang Kurma atau Pasar Kurma. 

HARI 05: MADINAH – MEKAH / MIQAT BIR ALI (UMRAH PERTAMA)

> Jemaah dikehendaki mengeluarkan barang/bag dan meletaknya dihadapan pintu bilik masing-masing (mengikut waktu yang ditetapkan oleh Mutawif).
> Selepas solat Zohor, Jemaah akan berangkat ke Mekah menaiki bas (Jemaah dinasihati mengenakan pakaian Ihram). Bas akan singgah di Masjid Bir Ali untuk jemaah berniat ihram. Setibanya di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel (check in). Setelah berehat seketika jemaah akan dibawa Masjid Al Haram untuk melaksanakan ibadah umrah (dipimpin oleh mutawif).

HARI 06: MEKAH / TAZKIRAH

> Selepas sarapan pagi Jemaah boleh melakukan ibadah sendiri & Acara Bebas  (Banyakkan beriktiqaf/solat sunat di Masjid)
> Tazkirah bersama Ustaz (Di Hotel)

HARI 07: MEKAH / ZIARAH

> Selepas sarapan Jemaah akan dibawa ziarah sekitar Kota Mekah – Jabal Nur, Jabal Thur (Jemaah tidak akan turun dari bas kerana bas hanya akan melalui dan berhenti seketika sekadar mengambil gambar), Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah dan Mina. Dan seterusnya jemaah akan dibawa ke  Masjid Ja’ranah untuk berniat ihram.

(Umrah Kedua)
*Sila bawa ihram untuk ibadah umrah dari  JA’RANAH.

HARI 08: MEKAH / TAZKIRAH 

> Selepas sarapan pagi, Jemaah boleh melakukan ibadah sendiri & Acara Bebas  (Banyakkan beriktiqaf/solat sunat di Masjid)
> Tazkirah bersama Ustaz (Di Hotel)

HARI 09: MEKAH / ZIARAH

> Selepas sarapan jemaah akan dibawa ziarah sekitar Kota Mekah – Hudaibiyah dan Muzium (Tertakluk pada Kelulusan) Sila Bawa Ihram untuk Ibadah Umrah

(Umrah Ketiga)
*Sila bawa ihram untuk ibadah umrah.

HARI 10: MEKAH / TAZKIRAH

> Selepas sarapan pagi Jemaah boleh melakukan ibadah sendiri & Acara Bebas  (Banyakkan beriktiqaf/solat sunat di Masjid)
> Tazkirah bersama Ustaz (Di Hotel)

HARI 11: MAKKAH - JEDDAH  KUALA LUMPUR

> Jemaah dikehendaki mengeluarkan barang dan meletakkan barang di hadapan pintu hotel masing-masing (mengikut waktu yang ditetapkan oleh mutawif) sebelum melakukan Tawaf Wida’. 
>  Mutawif akan membawa jemaah dari Hotel ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah dengan menaiki kenderaan dan waktu yang ditetapkan untuk berangkat pulang ke Malaysia (KLIA).

HARI 12: LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KLIA, KUALA LUMPUR

> Jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang pada waktu yang ditetapkan.  Semoga mendapat umrah yang “MABRUR”.

*Makkah ke Jeddah (1 – 2jam)
*Madinah ke Makkah (6 – 7jam)

Quotation

Add new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.