Tempat Menarik Pulau Langkawi

Pulau Langkawi memang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk di lawati dan ianya merupakan antara 10 pilihan pulau-pulau di Asia (rangking TripAdvisor Survey 2013).  Jika anda bercadang untuk bercuti di dalam negara bersama keluarga atau kawan-kawan, Pulau Langkawi boleh dijadikan pilihan.  Antara tempat menarik atau aktiviti yang anda boleh lakukan ialah; Langkawi Cable Car, underwater world langkawi, Island Hopping, Mangrove Eagle Feeding, Snorkling dan banyak lagi.

Sungai Kilim Geoforest Park

Sungai Kilim Park terdiri dari sungai paya bakau yang asli dan belum tercemar. Pasir pantainya yang memutih dan disertai dengan lagun yang membiru. Di sepanjang sungai yang berliku-liku tersebut, anda boleh melihat alam semulajadi yang cantik dengan flora dan fauna yang merupakan kawasan asal bagi habitat-habitat di sini.

Di sini juga anda boleh berhenti sekejap untuk merasai sendiri acara memberi makan kepada burung helang @ eagle feeding yang banyak terdapat di kawasan ini. Antara spesis burung helang yang banyak terdapat di sini ialah  white-bellied fish, brahminy kite dan gigantic sea.  Kita akan merasa teruja melihat burung-burung helang liar ini menyambar makanan yang dileparkan di atas permukaan air. Pemandangan seperti ini sukar didapati di tempat-tempat lain dan sungguh menyeronokan.

Bagi peminat burung, anda boleh melihat dan memerhati burung yang terdapat banyak di sini terutamanya pada musim penghijrahan burung iaitu pada bulan september dan march.

Di sini juga kita boleh melihat suasana penternakan ikan dalam sangkar. Bagi mereka yang tidak pernah melihat aktiviti atau cara-cara orang menternak ikan dalam sangkar, maka ianya merupakan satu pengalaman yang baru.  Ada pelantar khusus di mana pelancong boleh datang dan melihat dari dekat.

Satu lagi tempat yang biasa orang pergi ialah Gua Kelawar.  Di dalam gua ini gelap, oleh itu kita hendaklah membawa lampu suluh. Jangan risau jika anda tidak membawa lampu suluh kerana kita boleh menyewa di situ dengan hanya RM1 sahaja. Di dalam gua kelawar itu memang disediakan laluan khusus. Di dalam gua kita boleh melihat kelawar bergayutan di di bahagian atas gua. Selain itu, di dalam gua kelawar itu terdapat banyak stalagtide dan stalagmite.

Sekiranya anda peminat kepada alam semula jadi, Sungai Kilim Geoforest Park memang patut anda kunjungi.

kilim geoforest park, pulau langkawi

Taman Laut Pulau Payar
Taman Laut Pulau Payar merupakan antara taman laut yang tercantik di Malaysia dengan airnya yang jernih sehingga anda boleh melihat sehingga ke dasar laut.  Taman laut ini terdiri dari Pulau payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca.

Taman laut ini dipenuhi dengan pelbagai jenis kehidupan laut yang mempersonakan.  Oleh itu, kawasan ini sesuai untuk aktiviti snorkeling. Manakala jika anda mahu berkelah, ada juga pantai-pantai yang sesuai di sini.   

Island Hopping
Ianya sangat sesuai terutamanya kepada mereka yang meminati alam semula jadi. Aktiviti island hopping akan melalui beberapa buah pulau seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basar dan Pulau Singa Besar. Antara penorama yang menarik ialah pemandangan aksi burung-burung helang yang terbang rendah untuk mendapatkan makanan yang dilemparkan/eagle feeding.
Langkawi Water World
Ianya merupakan sebuah akuarium laut yang besar terletak di Pantai Cenang di mana terdapat pelbagai kehidupan laut yang diletakan di dalam kaca. Anda boleh dapat melihat bermacam-macam kehidupan laut kerana terdapat lebih dari 5 ribu jenis hidupan laut yang ditempatkan di dalam lebih seratus tangki kaca.

Antara ikan yang terdapat ialah ikan jerung, ikan pari, anjing laut, penyu dan sebagainya. Anda dan terutamanya anak-anak pasti akan teruja dengan melalui terowong kaca di mana kita akan boleh melihat ikan berlegar-legar di sekeliling.

Dataran Helang
Merupakan hasil idea Tun Dr. Mahathir untuk memperkenalkan lagi Pulau Langkawi. Dataran Helang ini mempunyai sebuah arca burung helang yang besar. Burung helang dengan Langkawi memang sinonim dan mempunyai kaitan yang rapat. Ini kerana nama Langkawi itu sendiri berasal dari perkataan "Lang" yang bermaksud atau nama pangilan ringkas bagi burung helang dan "Kawi" pula bermaksud coklet.  Wujudnya nama Langkawi itu mungkin kerana sejak dari zaman dahulu kala lagi kawasan ini mempunyai banyak burung helang yang berwarna merah/coklet sehinggalah ke hari ini.

Di siti juga terdapat sebuah tasik yang indah dan juga terdapat jejambat yang berbumbung.Restoran juga terdapat di situ. Kedudukan Dataran Helang yang strategik iaitu berdekatan dengan pantai yang cantik menjadikan ianya sangat sesuai untuk bersantai. Jika anda mahu makan malam di sini, ianya merupakan satu suasana yang menarik dengan pemandangan yang indah.

Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi
Ianya dibina khusus untuk mempromosikan industri kraf negara yang terletak di Teluk Yu. Terdapat pelbagai produk kraftangan yang diperbuat dari gangsa dan tembaga yang bermotifkan alam semulajadi. Juga terdapat produk hasil dari rotan dan mengkuang seperti bakul dan sebaginya dengan hasil buatan yang halus.  Hasil dari ukiran kayu juga banyak terdapat di sini.

Selain itu, terdapat juga barangan ceramik dan juga batik buatan tangan dan juga kain songket yang terdiri dari pelbagai warna. 

Produk-produk hasil seni daripada buluh, kayu dan manik juga terdapat di sini dan ianya kebanyakan dibawa dari Sabah dan Sarawak yang merupakan hasil seni kaum Iban dan Bajau.

Kemujudan kompleks kraf dan kebudayaan ini sangat baik terutamanya untuk mengekalkan hasil seni tradisi buatan tangan agar ianya tidak pupus ditelan masa dan pemodenan.  Jika anda merupakan peminat hasil-hasil seni, anda boleh membeli di sini untuk dijadikan perhiasan di rumah anda.

Taman Lagenda
Berhampiran dengan pantai dan hanya 400 meter dari Pekan Kuah. Taman Lagenda ini dibina bertujuan untuk menceritakan sejarah Langkawi. Taman ini berkeluasan 50 ekar yang dibina khusus mengenai cerita, sejarah, lagenda dan sebagainya.

Terdapat 4 buah tasik buatan dan terdiri dari 17 monumen yang mempunyai cerita yang tersendiri. Antara monumen-monumen tersebut ialah mencaritakan kisah perlawanan antara Mat Cincang dengan Mat Raya.  Terdapat juga beberapa tempat rehat yang dibuka untuk orang awam dan setiap sudut laman ini dihiasi engan langskap yang indah.

Laman Padi Langkawi
Terletak di kawasan pantai peranginan terkenal iaitu Pantai Cenang. Laman padi Langkawi memaparkan ataumenceritakan tentang sejarah, warisan, kemajuan dan industri penanaman padi negara.

Penanaman padi merupakan antara industri tertua di Malaysia, oleh itu laman ini sangat sesuai dibuka untuk ilmu dan pengentahuan terutamanya kepada generasi muda yang mungkin tidak pernah terlibat secara langsung dengan aktiviti penanaman padi.

Terdapat juga muzium beras yang mempamirkan artifek, carta dan gambar-gambar yang mencaritakan tentang kepentingan padi kepada negara.

Di sini anda boleh mencuba sendiri untuk mendapatkan pengalaman sebenar tentang bagaimana aktiviti menanam padi secara tradisional

Galeri Perdana
Galeri Perdana langkawi dibina khusus untuk menempatkan atau mempamerkan anugerah-anugerah atau hadiah-hadiah bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir yang diterima oleh beliau.

Galeri tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya bahagian yang menempatkan hadiah atau cenderamata yang diperbuat daripada kayu, kristal dan alat musik. Manakala bahagian lain mempamerkan tekstil, alat permainan, senjata, seramik dan hasil seni yang bercirikan keislaman.

Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah yang diperbuat daripada gangsa, tembaga dan pewter dan juga terdapat beberapa jenis kenderaan buatan luar negara turut dipamerkan di situ.

 Waktu kunjungan di galeri perdana ialah bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang. Manakala bayaran masuk ialah RM3.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah adalah percuma. 

Taman Buaya Langkawi
Lebih kurang 32km dari Pekan Kuah, terdapat sebuah taman buaya yang menempatkan lebih dari 1 ribu ekor buaya yang terdiri dari pelbagai spesis. 
 
Makam Mahsuri
Merupakah satu tempat yang memang popular di Pulau Langkawi kerana kemashuran kisah lagenda seorang gadis jelita bernama Mahsuri yang telah dibunuh tanpa dosa.  Kisah yang penuh tragis itu berlaku pada penghujung kurun ke 18 iaitu semasa Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803).  Sumpah Mahsuri sudah pun berlalu dan kini Langkawi telah berkembang pesat dan dikunjungi ramai pelancong.
 
Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat mungkin diambil nama sempena dengan wujudnya kolam air hangat di kawasan tersebut. Kolam air hangat itu kononnya telah terhasil akibat dari kisah lagenda perlawanan Mat Cincang dengan Mat Raya. Kolam air hangat tersebut dipercayai dapat menyegarkan minda dan merehatkan tubuh badan.

Di Kampung Air Hangat ini juga ada dipersembahankan aktiviti kebudayaan seperti tarial tradisional dan persembahan musikal kumpulan tradisional Melayu. Sementara itu, pengunjung juga boleh mempelajari cara-cara membuat kraftangan yang akan diajar oleh pembuat kraftangan yang mahir seperti melukis batik, menganyam bakul, membuat kuih-kuih tradisional dan sebagainya.

Selain itu, urutan tradisional juga boleh didapati di sini dan ianya memang sesuai jika anda ingin merehat dan menyegarkan tubuh badan setelah penat berjalan-jalan. 

Jika anda mahu merasakan masakan tradisional dengan dihiburkan dengan tarian tradisional, anda boleh pergi ke Hot Spring Cafe yang dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Hari selasa dibuka hanya untuk makan malam sahaja.

Pulau-pulau

Kepulauan langkawi sebenarnya mempunyai banyak pulau-pulau lain di pesisir pantainya dan di antara yang popular ialah Pulau Dayang Bunting. Ianya merupakan pulau yang terbesar di sini yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang menghijau dengan bukit-bukau. Nama Pulau Dayang Bunting diambil sempena dengan corak bukit-bukau di situ yang nampak seakan-akan tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring. Selain Pulau Dayang Bunting, terdapat lagi beberapa pulau yang menarik seperti:-

  1. Pulau Payar
  2. Pulau Singa Besar
  3. Pulau Beras Basah

Pantai-pantai

Pantai Tanjung Rhu

Mungkin kerana banyaknya pokok rhu di pantai ini, maka ianya dinamakan Pantai Tanjung Rhu. Di sepanjang pesisir pantai kita boleh melihat pemandangan yang indah. Di pulau ini juga terdapat sebuah gua yang dinamakan sebagai Gua Cerita; entah bagaimana terhasilnya nama tersebut tidak diketahui tetapi mungkin juga berkaitan dengan terdapatnya tulisan kuno yang terdapat di dinding gua tersebut. tulisanya menjadi mesteri kerana masih belum difahami sehingga kini...

Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan pantai yang popular di Pulau langkawi. Di sini mempunyai suasana perkelahan yang cantik dan mendamaikan. Chalet dan hotel banyak terdapat di sini, begitu juga dengan tempat-tempat makan untuk menjamu selera. Selain itu, terdapat banyak lagi pantai-pantai yang tidak kurang cantiknya seperti:-

  1. Pantai Teluk Datai
  2. Pantai Teluk Burau
  3. Pantai Tengkorak
  4. Pantai Tengah
  5. Pantai Kok

Selain itu, juga terdapat air terjun, antaranya ialah:-

  1. Air Terjun Perangin
  2. Air Terjun Telaga Tujuh
  3. Air Terjun Lubuk Semilang
  4. Air Terjun Temurun

Kalau mahu makan tidak perlu risau kerana memang banyak terdapat tempat makan dan antara tempat makan yang menarik ialah:

  1. Restoran Haji Ramli
  2. Restoran Nelayan
  3. Ibu Restoran Lemak
  4. Jom Ikan Bakar
  5. Restoran Kelong Seri Melayu
  6. Restoran Wan Thai

Shopping bebas cukai di Pekan Kuah

Jika kita pergi kemana-mana tempat, antara aktiviti yang wajib ialah membeli-belah. Begitu juga di Pulau Langkawi ini; Pekan Kuah merupakan antara tempat shopping utama yang mempunyai berbagai barangan untuk dibeli.

Berkenaan dengan tempat tinggal, di Pulau langkawi memang terdapat banyak tempat tinggal. Anda boleh pilih sama ada mahu menginap di homestay, resort bahkan sehingga ke hotel bertaraf 5 bintang pun ada.

Cuma yang menjadi masalah ialah jika anda tidak membuat perancangan awal. Oleh itu, jika anda mahu ke Pulau Langkawi, anda sebaiknya membuat tempahan awal terutamanya pada musim-musim cuti sekolah dan hari cuti umum lain atau musim-musim tertentu seperti musim LIMA dan sebagainya kerana jika anda membuat perancangan saat-saat akhir, anda mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat penginapan kerana penuh!. 

Dapatkan pakej lawatan ke Langkawi

Share

Comments

Add new comment