Terma dan syarat lawatan

Penempahan Tiket Penerbangan
Setelah kami menerima bayaran (kalau dengan cek - sehingga cek 'clear'), kami akan membuat penempahan tiket dalam hari yang sama (untuk hari bekerja biasa). Sekiranya bayaran diterima jatuh pada hari Cuti Umum, maka penempahan tiket akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.
 
Adalah dimaklumkan bahawa jumlah harga tiket penerbangan yang kami berikan pada Borang Sebutharga/Quotation adalah berdasarkan kepada harga semasa Sebutharga/Quotation itu dikeluarkan dan sepertimana yang tuan-puan sedia maklum iaitu harga tiket boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu semasa kami membuat penempahan tiket dan sekiranya terdapat kenaikan harga, maka kami akan maklumkan kepada peserta dan peserta perlu menambah kos kenaikan harga tersebut. Begitu juga kalau terjadi penurunan harga tiket (seperti promosi semasa dan sebagainya), kami juga akan memaklumkan kepada peserta. 
 
Had maksima setiap kali membuat penempahan/booking tiket adalah 9 orang sahaja. Bagi peserta yang yang melebihi 9 orang, maka perlu dibuat booking yang kedua atau seterusnya dan kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kenaikan harga untuk booking yang seterusnya. Kami juga tidak bertangungjawab sekiranya tiket habis dijual dan sebagainya atau sebarang sebab yang diberikan oleh syarikat penerbangan. Bukti penempahan tiket akan kami berikan kepada peserta selewat-lewatnya dalam masa 2 hari bekerja. sekiranya jumlah peserta melebihi 20 orang, mungkin perlu membuat Tempahan Tiket Berkumpulan (group booking). Harga group booking biasanya tidak sama dengan harga yang dilihat di dalam laman web syarikat penerbangan. Untuk groop booking tiket, kami akan memaklumkan kepada anda jumlah kos tiket setelah kami mendapat harga daripada syarikat penerbangan. 
 
Peserta atau ketua peserta juga perlu memberikan Nama Penuh dan maklumat-maklumat peserta yang lain dengan tepat sepertimana yang tercatat di dalam dokumen pengenalan diri (passport). Sebarang kesilapan ejaan nama dan sebagainya yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat adalah menjadi tanggungjawab peserta dan peserta perlu menagung kos pembetulan tersebut.
 
Untuk menjimatkan masa check in di kaunter, anda digalakan membuat Web Check in. Apabila anda membuat Web Check in masukan maklumat dengan betul seperti yang tercatat di dalam passport anda.
 
Jadual Lawatan
Kami mempunyai hak untuk menukar jadual lawatan/itinerary sekiranya terjadi hal-hal di luar jangkaan kami misalnya masalah cuaca, nasihat daripada pihak berkuasa tempatan/pemandu pelancong atau atas apa sebab yang munasabah.
 
Tanggungjawab Peserta
Semua peserta memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk mengikuti segala peraturan dan undang-undang di negara yang dilawati. Kami iaitu Kembara Murni Travel & Tours Sdn Bhd (selepas ini disebut Kembara Murni) atau wakil kami hanya bertindak sebagai penganjur percutian/pengurus percutian (vacation orginezer/vacation planner) iaitu untuk mengurus penempahan tiket pesawat, pengangkutan, tempat tinggal/hotel, makan-minum dan sebagainya yang berkaitan dengan percutian/pengurusan acara. Sebarang kejadian luar jangka  seperti kemalangan, kematian atau perlanggaran undang-undang oleh peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.  Kami mungkin akan memberi perlindungan PA Travel secara percuma, walaubagaimanapun ianya bukanlah menjadi kewajipan kepada kami untuk memberikan secara percuma kepada anda.  Sekiranya ada di antara peserta yang sedang hamil, anda perlu berhati-hati dan jika perlu anda perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor anda. Sekiranya anda dihalang/tidak dibenarkan menaiki pesawat oleh pihak syarikat penerbangan yang disebabkan oleh kehamilan anda, ianya diluar tanggungjawab kami.  Sebarang masalah kandungan semasa lawatan juga adalah diluar tanggungjawab kami. 
 
Maksud Pakej Keseluruhan (All –in)
Pakej All-in bermaksud termasuk semua kos iaitu: tiket penerbangan (pergi-balik, penginapan, pengangkutan, makanan, tip pemandu, tiket lawatan, upah kerja lebih masa pemandu dll.  **(sepertimana di nyatakan di dalam sebut harga/surat tawaran)
 
Pakej Keseluruhan (All-in) - Tidak Termasuk:
 
Cukai/Airport taxes (Semasa pulang), kos VISA (bagi negara yang memerlukan visa), passport, lebihan cukai barangan (excess baggage charges), Insuran barangan peribadi, tempahan tempat duduk/pick-up seat, makanan di dalam penerbangan dan lain-lain.
** (sepertimana di nyatakan di dalam sebut harga/surat tawaran)
 
Maksud Ground Cost/Pakej Asas
Pakej Ground Cost termasuk: penginapan, pengangkutan, makan-minum, tip pemandu, upah kerja lebih masa pemandu, tiket lawatan dan sepertimana di nyatakan di dalam sebut harga/surat tawaran.

Pakej Ground: tidak termasuk-tiket penerbangan (pergi balik), Airport taxes dan lain-lain seperti di nyatakan di atas)

Hotel/Banglo/Apartment/Resort atau sebarang bentuk penginapan

  1. Pihak Kembara Murni/agen yang di lantik berhak meminda/mengubah/menukarkan tempat penginapan (tanpa atau dengan notis) sekiranya perlu dan tidak dapat di elakkan seperti tiada kekosongan bilik atau sebagainya.
  2. Sekiranya peserta memerlukan tambahan tilam/extra bed (yang tidak termasuk di dalam surat tawaran), maka pihak kami boleh menambahkannya dengan kos ditanggung oleh peserta.
  3. Sarapan pagi/breakfast untuk 1 bilik di sediakan untuk dua peserta sahaja untuk sehari. Sekiranya anda menginap lebih dari 2 orang untuk satu bilik dan sekiranyan pihak hotel meminta tambahan kos sarapan, maka kos tersebut adalah menjadi tangungjawab peserta.
  4. Lain-lain perkhidmatan yang di guna pakai oleh peserta seperti fax, internet, telepon atau sebagainya adalah atas tanggungjawab sendiri untuk membuat pembayaran.
  5. Pihak kami tidak akan membuat pertukaran hotel, bilik atau sebagainya sekiranya peserta tidak berpuas hati dengan pilihan hotel yang kami sediakan, namun jika di sebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat di elakkan, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan peserta (bergantung budi bicara pihak kami/kekosongan bilik)

Makan–minum sepanjang tempoh percutian

  1. Pihak kami berhak meminda/mengubah restoran untuk (makan tengahari atau malam) tanpa atau dengan notis.
  2. Sekiranya peserta terlepas atau tidak mengikuti jadual makan (tengahari/malam) di sebabkan tidak mengikuti rombongan/kumpulan, maka pihak kami tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan kos tambahan. Itu menjadi tanggungan para peserta sendiri.
  3. Sekiranya peserta memerlukan makanan lain seperti fast food atau sebagainya yang tidak terdapat di dalam pakej, maka kos tersebut adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  4. Setiap pakej makanan adalah telah di tetapkan, peserta tidak boleh menambah pakej makanan yang telah di tetapkan seperti tambahan jus, air botol atau sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya memerlukan tambahan makanan-minuman, peserta harus menanggung kos tersebut.
  5. Sekiranya peserta tidak dapat menerima pakej makanan yang kami sediakan, sila maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu untuk pihak kami mecari penggantian makanan lain dan sekiranya ada tambahan kos adalah atas  tanggungan peserta.
  6. Sekiranya ada permintaan untuk ke restoran pilihan peserta sendiri, bergantung kepada budi bicara pihak kami/pemandu dan sekiranya terdapat perbezaan harga, peserta harus menanggung kos tersebut.

Tempat-tempat lawatan & kos tiket

  1. Tempat-tempat lawatan adalah seperti yang di nyatakan di dalam surat tawaran di mana tiket kemasukan adalah atas tanggungan pihak kami (kecuali dinyatakan berlainan seperti di dalam surat tawaran), sekiranya terdapat permintaan dari peserta untuk ke tempat lawatan yang lain, itu adalah atas tanggungan peserta untuk membuat tambahan kos.

Cukai Airport, lebihan barang-barang, penempahan tiket

  1. Cukai air-port adalah atas tanggungan peserta untuk masa penerbangan pulang, (**rujuk surat tawaran).
  2. Cukai Lebihan barangan adalah atas tanggungan peserta mengikut peraturan harga pihak syarikat penerbangan.
  3. Tambahan kos akan di kenakan untuk pemilihan tempat duduk (pick –up seat), pesanan makanan dalam penerbangan dan sebagainya (kecuali telah termasuk di dalam penempahan tiket sebelumnya)

Pengangkutan (transportation)

  1. Pihak kami berhak menukar jenis pengangkutan sekiranya perlu, jika terdapat kerosakan, kemalangan atau perkara yang tak dapat di elakkan (dengan/tanpa notis kepada peserta). Namun pihak kami akan memastikan keselesaan peserta sepanjang percutian.
  2. Waktu perkhidmatan pengangkutan adalah dari jam 8 pagi ke 8 malam, tambahan RM 5 untuk seorang di kenakan  jika melebihi waktu tersebut. Walaubagaimanapun, bergantung kepada budi bicara pemandu kami.
  3. Sekiranya peserta ingin mengubah haluan tempat lawatan, adalah bergantung kepada budi bicara pemandu kami dan pemandu kami berhak mengubah jadual tempat lawatan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tak dapat di elakkan.

Aktiviti Malam/jadual sendiri

  1. Peserta boleh membuat aktiviti tersendiri selepas waktu yang pihak kami aturkan (8.00pagi-8.00malam), namun sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan atau isu-isu keselamatan ianya adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.
  2. Peserta boleh mendapatkan khidmat pemandu kami dan kos tambahan bergantung perbincangan antara peserta dan pemandu kami.

Deposit, pembayaran penuh & cara bayaran

  1. Selepas membuat pengesahan penyertaan, peserta haruslah membayar deposit di dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja) sebanyak  50 % dari jumlah Ground Cost atau RM500 (mengikut mana yang lebih besaqr) dan dicampur dengan kos tiket penerbangan (jika anda mengambil pakej all-in) atau sejumlah yang dipersetujui antara pihak kami dengan anda.
  2. Pembayaran selebihnya/baki keseluruhan kos hendaklah di bayar selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh  lawatan.
  3. Kegagalan membuat pembayaran penuh akan menyebabkan secara otomatik urusan percutian di batalkan & deposit tidak di kembalikan.
  4. Pembayaran deposit adalah untuk penempahan tiket (pergi-balik), penginapan, pengangkutan dan sebagainya.
Caj-caj pembatalan/Pengembalian (refund) wang deposit
Sekiranya pembatalan di buat oleh peserta di dalam tempoh waktu seperti di nyatakan di bawah (kadar seorang) :
  • 1-7  hari (90 % dari jumlah bayaran deposit di kembalikan)
  • 8-14  hari (50 % dari jumlah bayaran deposit di kembalikan)
  • 15-29 hari (25 % dari jumlah bayaran deposit di kembalikan)
  • 30 hari ke atas (wang deposit tidak di kembalikan)

Walau bagaimanapun, jumlah atau kadar bayaran balik (refund) wang deposit adalah bergantung kepada budi bicara pihak kami dengan anda.

Caj-caj pembatalan/Pengembalian (refund) sekiranya pembayaran penuh telah di buat
Sekiranya pembatalan di buat oleh peserta (kadar seorang) di dalam  tempoh seperti di nyatakan di bawah :
  • 1-7 hari (90 % dari jumlah bayaran akan di kembalikan)
  • 8-14 hari (50 % dari jumlah bayaran  di kembalikan)
  • 15-29 hari (25 % dari jumlah bayaran di kembalikan)
  • 30 hari ke atas (wang deposit tidak di kembalikan)
Kos yang telah dikeluarkan
Sekiranya peserta ingin membatalkan lawatan sedangkan pihak kami telah pun mengeluarkan kos perbelanjaan seperti kos penempahan hotel, pengangkutan, kos penempahan tiket penerbangan dan sebagainya - kos tersebut tidak akan dipulangkan.
 
Kos yang belum dikeluarkan
Sekiranya pembatalan di lakukan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan seperti berlaku kemalangan/kematian peserta/ahli keluarga peserta, sakit kritikal dan sebagainya, pembayaran penuh akan di buat oleh pihak Kembara Murni. (selepas di tolak kos perbelanjaan yang telah di keluarkan  & bergantung kepada budi–bicara pihak Kembara Murni).
 
Sekiranya pembatalan adalah di sebabkan masalah VISA/PASSPORT atau lain-lain hal bersangkutan undang-undang keluar masuk negara dan sebagainya, pihak kami tidak boleh dipertangungjawabkan dalam hal-hal sebegini.

Dokumen Perjalanan (Passport Antarabangsa)

  1. Setiap peserta harus memastikan tempoh sah Passport Antarabangsa melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh kembali dari lawatan.
  2. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan semuanya seperti yang ditetapkan atau yang di benarkan undang-undang Malaysia dan undang-undang negara yang dilawati.
  3. Sekiranya peserta tidak dapat berlepas semasa di lapangan terbang yang disebabkan oleh tempoh sah passport kurang dari yang dibenarkan, maka pihak Kembara Murni tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana perkara tersebut adalah menjadi kewajipan peserta sendiri.

VISA

  1. Peserta di galakkan/di nasihatkan membuat urusan sendiri berkenaan hal-hal VISA (bagi negara yang memerlukan visa). Walau bagaimanapun, pihak kami akan membantu sekiranya khidmat kami di perlukan dengan di kenakan caj perkhidmatan yang sewajarnya.
  2. Bagi sesetengah negara, visa tidak diperlukan. Peraturan visa kemasukan mungkin berubah bagi setiap negara dari masa ke semasa, oleh itu anda sepatutnya mendapatkan pengesahan berkenaan perkara tersebut.

Insuran Perjalanan

  1. Semua peserta di sarankan membeli insuran perjalanan samada secara individu/berkumpulan.
  2. Sekiranya anda memerlukan insuran perjalanan, pihak kami boleh menguruskan untuk anda.
  3. Anda juga mungkin boleh membeli insurans perjalanan dengan syarikat penerbangan semasa anda membuat penempahan tiket.
  4. Kami mungkin akan memberikan Insuran Perjalanan/PA Travel secara percuma, walaubagaimanapun ianya bukan tanggungjawab kami untuk memberikan secara percuma.

Permintaan Istimewa

  1. Sebarang permintaan peribadi/istimewa seperti alahan makanan, jadual diet, bilik istimewa, masalah kesihatan dan sebagainya, haruslah memaklumkan kepada pihak Kembara Murni sebelum proses penempahan di lakukan dan semua permintaan bergantung kepada pengesahan pihak berkenaan dan di sediakan (availability).

Tanggungjawab Peserta

  1. Pihak KEMBARA MURNI hanya menguruskan urusan penempahan penginapan, pengangkutan, urusan makanan, pengurusan acara dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang di benarkan oleh pihak berkuasa.
  2. Tiket-tiket penerbangan, “voucher” dan dokumen-dokumen lain yang bersangkutan adalah di luar bidang kuasa pihak Kembara Murni dan bergantung kepada syarat-syarat dari pihak-pihak yang berkenaan.
  3. Semua peserta yang terlibat dalam  siri Kembara Murni yang di anjurkan oleh pihak Kembara Murni adalah tertakluk kepada tanggungjawab sendiri di mana pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, akibat di rompak, di culik, kematian, kemalangan dan sebagainya.
  4. Pihak Kembara Murni tidak bertanggungjawab sekiranya peserta melakukan kesalahan/terlibat seperti: -
    1. Salah memberi maklumat, terlepas penerbangan atau mengubah sendiri jadual lawatan (itinerary)
    2. Penambahan kos yang tak dapat di elakkan di sebabkan kelewatan, pertukaran haluan penerbangan,  peperangan, kuarantin atau sebab-sebab lain.
    3. Tambahan hari untuk penginapan di sebabkan kelewatan/pembatalan penerbangan yang di lakukan/di buat  oleh pihak syarikat penerbangan atau pihak-pihak berkenaan.
    4. Sebarang kerosakan, kehilangan barang-barang atau bagasi, kemalangan atau lain-lain dan itu menjadi tanggungjawab peserta untuk membuat tuntutan dari pihak berkenaan seperti syarikat Insuran/syarikat penerbangan dan sebagainya.
    5. Sebarang masalah yang timbul di Imigresen (dalam & luar negara) yang di sebabkan oleh peserta melanggar undang-undang Imigresen seperti membawa barang larangan, dadah,  senjata api dan sebagainya adalah menjadi tanggungajawab peserta. Begitu juga sekiranya peserta membuat pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagainya.
    6. Sebarang masalah yang timbul di sebabkan peserta melanggar undang-undang negara yang di lawati seperti kesalahan mencuri, menipu dan sebarang kesalahan serius yang lain adalah menjadi tanggungjawab peserta.
    7. Sebarang kesalahan/melanggar undang-undang mana-mana negara/mana-mana pihak yang tidak tercatat  di atas oleh pihak peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri juga.
  5. Tiada pengembalian wang (refund) sekiranya peserta tidak mahu melibatkan diri dalam perjalanan, makanan, penginapan dan sebagainya di tempat lawatan atau tidak mengikut itinerary seperti yang pihak kami tetapkan.
  6.  Kos tambahan berserta caj perkhidmatan di kenakan/di kehendaki untuk sebarang penambahan/ pindaan/ pembatalan pada tiket penerbangan atau sebagainya.
  7. Sebarang permintaan istimewa di dalam penerbangan tertakluk dan bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan sebarang kos adalah atas tanggungan peserta.
  8. Tiket penerbangan yang telah di beli/di keluarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dari pihak syarikat penerbangan dan sebarang permintaan penambahan/pembatalan dan sebagainya adalah bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan pihak kami tidak terikat untuk sebarang urusan sebegini.
  9. Sekiranya berlaku perubahan masa penerbangan (delay/reschedule earlier) yang dibuat oleh syarikat penerbangan juga adalah di luar bidang kuasa kami.
  10. Sekiranya terdapat sebarang pemindaan terhadap tiket penerbangan seperti kesalahan ejaan nama, nombor Kad Pengenalan, passport (yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat), maka pihak peserta perlu menanggung kos perubahan tersebut termasuk kos pentadbiran.
  11. Semua agenda percutian & pengurusan acara dari pihak Kembara Murni seperti harga pakej percutian,  perkhidmatan, syarat-syarat percutian adalah tepat pada masa ianya di keluarkan/cetakan dan perubahan boleh di lakukan oleh pihak Kembara Murni pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Nota :

Semua peserta yang mengikuti program pakej lawatan kami dianggap telah membaca, memahami dan menerima semua terma dan syarat di atas.

Share