Uzbekistan dan Kazakhstan [8H6M]

Harga Pakej

  • RM5,580 (Dewasa: 12th - 45th)
  • RM5,525 (Wargaemas: 55th ke atas)
  • RM5,125 (Kanak2: 2-11 tahun)
  • RM900 (Bayi: 1 bulan - Bawah 2th)

Nota:

  • Cuti sekolah: Tambah RM200
  • Jika duduk seorang sebilik / single supplement: Tambah RM900
  • Deposit: RM500 sahaja untuk seorang
  • Bayaran penuh: 45 hari sebelum bertolak

Pakej termasuk:-

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Bagasi: 20kg
  • Hotel (duduk berdua/bertiga sebilik)
  • Sarapan, Mkn Tengahari, Mkn malam
  • Pengangkutan
  • Pemandu Pelancong berbahasa Ingeris
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan
  • Insuran kemalangan berkelompok
  • Tip pemandu pelancong & pemandu
  • Pengiring dari kami
  • Visa
  • Travel beg percuma
  • T-shirt percuma

Pakej tidak termasuk:-

  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di atas
  • Lebihan bagasi
  • Perbelanjaan peribadi
  • Tour pilihan

Hotel yang digunakan

  • Almaty, Kazakhstan: Kazakhstan Hotel
  • Samarkand, Uzbek: Malika Classic Hotel
  • Taskent, Uzbek: Grand Orzu Hotel

Pegenalan umum Kazakhstan

Sepertimana diketahui umum, dahulunya Kazakhstan berada di bawah Soviet Union,  ianya bersempadan dengan Russia, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Kazakhstan mempunyai sekitar 100 lebih etnik, antaranya ialah Kazakh (63%), Russian, Uzbek, Ukrainian, German, Uyghurs dan lain-lain.

Sumber ekonomi Kazakhstan ialah industri minyak & gas iaitu menyumbang 60% dari keluaran negara. Ianya merupakan ekonomi yang kuat di Asia Tengah.

Kazakhstan merupakan salah satu negara kesembilan terbesar di dunia mengikut saiz yang terletak di Asia Tengah.  Saiz negara ni kira-kira 2,724,900 km persegi tapi populasi cuma sekitar 18.3 juta (2018). Ianya merupakan negara yang ke-9 terbesar di dunia. Perbandingan antara jumlah penduduk iaitu 18.3 juta (2018) dengan keluaran negara, ianya merupakan sebuah negara yang lapang, iaitu 6 orang per km persegi (2018)

Mukabumi Kazakhstan terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu tanah rata, steppe, taiga, rock canyons, gunung, delta, gunung bersalji dan padang pasir.

Dari segi bahasa, mereka berkomunikasi dalam bahasa Kazakh atau Russian. Ada juga yang  boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala dari segi agama, majoritinya beragama Islam, namun ada juga yang beragama kristian dan beberapa agama yang lain.

Ibu negara Kazakstan ialah Nur Sultan (sebelumnya Astana). Mata wang yang digunakan ialah Tenge (KZT). Bagi rakyat Malaysia, visa tidak diperlukan untuk melawat Kazakhstan dan boleh tinggal di sana selama 30 hari.

Pengenalan umum Uzbekistan

Uzbekistan juga merupakan bekas negara Soviet Union dan ianya bersempadan dengan Kazakhstan, Kyrgystan, Tajikistan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Berkeluasan 447,400 km persegi dan merupakan negara yang 56 terbesar di dunia. Pada musim panas suhunya antara  40 °C, manakala pada musim sejuk antara -23 °C

Islam datang ke Uzbekistan pada abad ke-7 setelah orang Arab menguasai Uzbekistan. Sejak itu, kota seperti Samarkhand, Khiva dan Bukhara menjadi maju selaku Laluan Sutera, iaitu jalan perdagangan yang menghubungkan antara timur dan barat.

Uzbekistan mempunyai budaya yang pelbagai akibat dari sejarah dan lokasinya yang strategik. Bahasa pertuturan utama ialah bahasa Uzbek, manakala bahasa Rusia juga banyak digunakan. Manakala etnik yang terbesar ialah Uzbek yang merupakan lebih 80%. Etnik lain seperti Rusia, Tajiks, Kazakh dan lain-lain. 

Agama Islam (Sunni) merupakan agama yang dominan iaitu lebih 79%. Manakala agama lain seperti Ortodok Kristian dan lain-lain.
Dari segi ekonomi Uzbekistan, Uzbekistan merupakan pengeluar dan pengeksport kapas, juga gas asli dan emas (pengeluar ke-7 terbesar dunia)

Antara bandar yang terbesar di Uzbekistan ialah; Tashkent, Namangan, Samarkhand, Andijan, Nukus, Bukhara, Qarshi, Fergana, Kokand dan Margilan.


    Tarikh Penerbangan Status
    01-08 March 2019 (End Winter) Penuh
    22-29 March 2019 (Musim Bunga) Penuh
    05-12 April 2019 (Musim Bunga) Penuh
    12-19 April 2019 (Musim Bunga) Penuh
    26 April - 03 May 2019 (Musim Bunga) Penuh
    28 Jun 2019 (Musim Buah) Penuh
    12 Julai 2019 (Musim Buah) 5 seat baki
    19 Julai 2019 (Musim Buah) 5 seat baki
    02 Ogos 2019 (Musim Buah) 19 seat baki
    30 Ogos 2019 (Musim Buah) 2 seat baki
    06 September 2019 (Musim Buah) Penuh
    20 September 2019 (Musim Luruh) 8 seat baki
    27 September 2019 (Musim Luruh) 24 seat baki
    06 Oktober 2019 (Musim Luruh) 24 seat baki
    18 Oktober 2019 (Musim Luruh) 24 seat baki
    24 Nov 2019 (Cuti Sekolah) 20 seat baki
    06 Dec 2019 (Cuti Sekolah) 18 seat baki
    13 Dec 2019 (Cuti Sekolah) 20 seat baki

    Sila isikan Borang Sebutharga di bawah dan masukan tarikh pilihan anda seperti tarikh di atas.. 


    Kod Pakej: KS-T-Kazak+Turk[8D6N]

    Jadual Lawatan

    HARI 01: Kuala Lumpur - Almaty, Kazakhstan (MOD/D)
    • Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas
    • 10.55: Penerbangan ke Almaty
    • 16.55: Sampai di Almaty - peserta akan berjumpa dengan wakil kami dan dibawa melawat Green BHazaar "Central Asean Bazaar" dan Panfilov Park, yang merupakan sebuah taman yang terkenal di Almaty.
    • Solat Asar dan Zohor di Masjid Central Almaty.
    • Makan Malam di restoran dengan menu Shafran Traditional Cuisine.
    • Selepas itu membelipbelah di Hard Rock Cafe dfan Walking Street Arbat.
    • Kemudiannya daftar masuk hotel - berehat & aktiviti bebas

    * Bermalam, di Almaty, Kazakhstan

    HARI 02: Almaty City Tour (B/L/D)
    • Sarapan di hotel
    • Menaiki Cable Car di Shymbulat Hill, di Pergunungan Talgar
    • Solat Jamak di MAsjid Nurzhaw
    • Makan Tengahari di rumah keluarga penduduk Kazakh (masakan kampung)
    • Makan Malam di restoran tempatan (BBQ dinner)
    • Bertolak pulang ke hotel untuk istirehat dan aktiviti bebas

    * Bermalam, di Almaty, Kazakhstan

    HARI 03: Almaty - Tashkent - Samarkhand (B/L/D)
    • Sarapan pagi di hotel
    • Melawat ke National Park
    • Kemudian ke lapangan terbang Almaty untuk penerbangan ke Tashkent dan berjumpa dengan wakil kami di sana.
    • Aktiviti dimulakan dengan melawat sekitar bandar lama Tashkent dan melawat Hast Iman Square yang terdapat monument-monument bersejarah serta pusat Islam
    • Seterusnya melawat Madrasah Barak-Khan, yang menjadi lambang kebesaran dan keagungan sejarah Bandar Tashkent.
    • Kemudian melawat Mesjid Tilya Sheikh yang terletak di hadapan Madrasah Barak Khan dan turut dibawa melawat Makan Abu Bakar Kaffal Ash-Shashi.
    • Melawat Kompleks Iman Al-Bukhari dan melawat MAdrasah Kukeldash.
    • Makan Tengahari di restoran tempatan
    • Membeli-belah di Chorsu Bazaar yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan cenderahati.
    • Setelah itu, peserta dibawa melawat ke Independence Square yang terletak di pusat Kota Tashkent
    • Acara lawatan diteruskan ke Opera andBallet Theatre, Television Tower dan Amir Temur Square
    • Makan Malam & daftar masuk hotel

    * Bermalam di Samarkhand, Uzbek

    HARI 04: Samarkhand City Tour & Shopping (B/L/D)
    • Sarapan pagi hotel dan terus daftar keluar
    • Peserta seterusnya dibawa ke stesen keretapi untuk ke Samarkhand pada jam 07.30 dengan menaiki keretapi laju Afrosiab. Dijangka tiba pada jam 09.40
    • Peserta dibawa melawat Kompleks Iman Al-Bukhary (12 km dari pusat bandar).
    • Kembali ke Samarkhand unutk makan tengah hari di restoran tempatan.
    • Kemudian daftar masuk hotel dan berehat
    • Petangnya, peserta dibawa melawat Registan Square yang terdapat 3 buah bangunan bersejarah iaitu Madrasah Ulughbek, Madrasah Sher-Der dan MAdrasah Tila-Kori.
    • Makan malam disediakan di rumah salah seorang penduduk tempatan dan anda boleh merasai makanan dan hidangan asli Uzbekistan.
    • Di samping itu, peserta juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan budaya Uzbek iaitu "Uzbek Bride".
    • Kembali ke hotel untuk berehat

    * Bermalam di Samarkhand, Uzbek

    HARI 05: Samarkhand - Tashkent, Uzbekistan (B/MOB)
    • Selepas sarapan di hotel, terus daftar keluar
    • Aktiviti lawatan diteruskan dengan lawatan ke Afrasiab Museum yang merupakan salah satu tapak arkeologi terbesar di dunia
    • Seterusnya peserta dibawa melawat Tomb of Saint Danial dan setelah itu bergerak terus ke Konigil Village untuk menyaksikan dan belajar cara-cara pembuatan kertas Samarkhand yang dibuat dari pokok Mulberrry
    • Kemudiannya, peserta dihantar ke stesen keretapi dan bertolak ke Tashkent pada jam 17.00. Tiba di Tashkent pada jam 19.10
    • Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel, berehat & aktiviti bebas

    * Bermalam di Tashkent, Uzbek)

    HARI 06: Tashkent (B/L/D)
    • Sarapan di hotel
    • Aktiviti lawatan diteruskan dengan melawat Gunung Chimgan. Di sepanjang perjalanan ke gunung tersebut anda akan disajkan dengan pemandangan perkampungan, taman dan ladang yang cantik dan indah.
    • Peserta juga berpeluang menaiki cable car sejauh 3km bermula dari Beldersay ke punkak Kumbel (bergantung kepad akeadaan semasa).
    • Peserta juga dibawa bersiar-siar di puncak gunung tersebut
    • Bergerak turun dari gunung untuk makan tengahari di restoran di sekitar kawasan tersebut.
    • Selepas makan tengahari, bergerak pula ke Tashkent dan makan malam disediakan di restoran tempatan.
    • Kembali ke hotel dan beristirehat

    * Bermalam di Tashkent, Uzbek)

    HARI 07: Tashkent - Almaty (MOB)
    • Sarapan pagi di hotel dan terus daftar keluar
    • City Tour berakhir di sekitar Tashkent dan dihantar ke Lapangan Terbang Tashkent untuk penerbangan ke Almaty pada jam 14.21 san diijangka tiba di Almaty pada jam 16.50 dan mengambil penerbangan dari Almaty ke Kuala Lumpur pada jam 23.30
    HARI 08: Almaty - Kuala Lumpur
    • Dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 09.40
    • Acara selesai dengan kenangan yang manis dari Uzbekistan & Kazakhstan..sehingga berjumpa lagi dilain masa

    Nota: Pakej lawatan ini adalah pakej joint group. Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan pakej individu atau kumpulan kecil. Jika anda berseorangan pun boleh mengambil pakej ini


    Untuk Booking diperlukan:

    1. Nama Penuh Peserta
    2. Salinan muka depan passport (jika sudah ada passport)
    3. Deposit: RM500 seorang
      Tempat menarik di Kazakhstan
      Almathy, Kazakhstan Almathy, Kazakhstan

      Tempat menarik di Kazakhstan
      Opera and Ballet Theatre, Tashkent-kazahkstan Opera and Ballet Theatre, Tashkent-kazahkstan

      Tempat menarik di Kazakhstan
      Samarkhant, kazakhstan Samarkhant, kazakhstan

      Tempat menarik di Kazakhstan
      Independence Square, Tashkent-kazahkstan Independence Square, Tashkent-kazahkstan

      Tempat menarik di Kazakhstan
      samarkhand-kazakstan samarkhand-kazakstan

      Tempat menarik di Uzbekistan
      Uzbekistan Uzbekistan

      Tempat menarik di Uzbekistan
      Uzbekistan Uzbekistan

      Tempat menarik di Uzbekistan
      Uzbekistan Uzbekistan

      Tempat menarik di Uzbekistan
      Uzbekistan Uzbekistan

      Jika 'pakej pilihan' di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
      Umur 12th ke-atas
      Berumur 2th-11th
      Nyatakan umur setiap kanak-kanak
      Berumur bawah 2 tahun
      Contoh: Cheras, Kuala Lumpur
      Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, sila nyatakan..
      Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda dan untuk tujuan komunikasi

      Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

      1. Kami menerima sebutharga anda

      Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

      2. Invoice

      Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

      3. Bayaran

      Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

      4. Tempahan

      Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

      5. Lawatan

      Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

      Share