Panduan umum jika keluar negara

Jika anda merancang ke luar negara, anda haruslah membuat beberapa persediaan / check list yang anda perlu lakukan.

Persediaan sebelum bertolak:

  1. Semak tempoh tamat passport anda - mestilah melebihi 6 bulan dari tarikh pulang. Jika passport anda sudah tamat atau tidak cukup 6 bulan anda boleh semak kadar bayaran passport dengan Jabatan Imigresen Malaysia(link is external)
  2. Semak Visa - adakah negara yang akan anda lawati tersebut memerlukan visa?. Jika ya, dapatkan visa terlebih dahulu
  3. Perlindungan perjalanan. Ianya sangat penting kerana jika anda tidak mempunyai insuran perlindungan perjalanan, sebarang kemalangan dan jika anda dimasukan ke hospital - ianya memerlukan kos yang agak besar. Salah satu pelan perlindungan perjalanan ialah World Travel Care dari Etiqa Takaful. Anda mungkin telah mempunyai pelan insuran / takaful sendiri, walaubagaimanapun anda mestilah tahu apa yang di cover dan apa yang tidak di cover pada insuran / takaful anda tersebut. Dengan pelan perlindungan perlajanan, ianya sememangnya direka khusus untuk perlindungan perjalanan.
  4. Adakah anda disekat untuk ke luar negara? Sila semak di sini(link is external)
  5. Aktifkan akaun & Kad Kredit anda. Sebelum ke luar negara, pergi dan beritahu bank anda untuk mengaktifkan kad bank & kad kredit anda untuk digunakan di luar negara sepanjang tempuh perjalanan anda tersebut. Ini adalah penting terutamanya jika sesuatu yang tidak baik menimpa anda dan anda memerlukan wang tambahan. Misalnya, jika anda menyimpan kesemua wang anda di dalam dompet anda dan katakan jika anda keciciran dompet, maka kesemua wang anda sudah hilang!. Dengan kata lain, dengan mengaktifkan kad & kad kredit anda, anda telah mempunyai sumber wang jika keadaan memerlukanya. Bagaimana jika baki wang anda di bank & kad kredit tidak mencukupi keperluan kecemasan anda?. Untuk itu, anda mungkin boleh menghubungi saudara / keluarga / kawan anda di Malaysia untuk meminjamkan wang kepada anda dengan dimasukan wang tersebut ke dalam akaun anda.
  6. Jelaskan bil-bil utility anda jika perlu, terutamanya jika bill utility anda telah tertungak. Sekiranya anda terlupa menjelaskan bil utility anda, kemungkinan kemudahan utility anda akan dipotong dan semua itu akan menyusahkan keluarga anda atau pejabat anda. Lebih-lebih lagi jika bill hand phone anda sendiri!
  7. Bertanya dengan agensi pelancongan anda jika anda memerlukan apa-apa maklumat tambahan

Persediaan semasa perjalanan:

  1. Pastikan anda menyimpan wang anda dibeberapa tempat. Jangan hanya menyimpan wang anda di satu tempat sahaja, misalnya di dalam dompet anda. Sekiranya dompet anda tercicir atau dicuri, makan kesemua wang anda hilang!. Jangan meletakan dompet anda pada poket belakang - letakan di poket depan.
  2. Jika anda membawa beg sandang, letakan di bahagian depan - bukan disisi atau di belakang
  3. Simpan/jaga passport anda dengan selamat
  4. Membuat dan menyimpan salinan passport. Ini penting jika passport anda tercicir, anda perlu pergi ke kedutaan/perwakilan Malaysia untuk membuat salinan passport sementara. Dengan adanya salinan passport, pihak kedutaan/perwakilan kita di sana lebih mudah membuat semakan rekod.
  5. Jika anda membawa anak-anak yang masih kecil, pastikan anak-anak anda sepanjang masa bersama anda. Jangan terlalu leka dengan shopping dan sebagainya.
  6. Ikut arahan pemandu pelancong. Sekiranya anda ke luar negara / melancong dengan agensi pelancongan, sentiasalah patuh arahan yang diberikan oleh pemandu pelancong anda. Misalnya jika pemandu pelancong anda memberitahu supaya semua peserta berkumpul pada sesuatu tempat pada masa yang ditetapkan, maka anda haruslah mematuhinya. Perkara ini selalu terjadi di mana ada sesetengah orang tidak mengikuti arahan masa berkumpul. Oleh itu pemandu pelancong terpaksa pergi mencari manakala rakan-rakan yang lain sudah lama menunggu. Perkara seperti ini juga akan menyebabkan jadual lawatan akan terganggu kerana mungkin selepas itu ada lagi tempat-tempat lain yang akan dilawati. Begitu juga, jika pemandu pelancong anda melarang sesuatu, misalnya jangan pergi ke tempat-tempat tertentu dan sebaginya, anda haruslah patuh. Ini kerana pemandu pelancong anda memang sudah mahir dengan tempat mereka dan semua yang dilarang adalah demi keselamatan anda juga.
  7. Jaga masa anda di lapangan terbang. Semasa hendak bertolak atau semasa pulang, pastikan anda menjaga masa untuk check in dan memasuki balai berlepas. Jika anda melancong secara berkumpulan, berbincanglah dengan rakan-rakan anda yang lain supaya datang tepat ke lapangan terbang dan jangan terlewat.

Itu sahaja panduan ringkas jika anda hendak melancong atau keluar negara. Jika ada apa-apa yang terkurang, anda boleh menambahnya di ruangan Komen

Wassalam

Add new comment