Panduan Pelancongan

Panduan umum untuk melancong

Taklimat Dalam Talian

KLIA 2

BERKENAAN PENERBANGAN

Web Check-in & Bording Pass
Web check-in boleh dibuat seawal 14 hari dari tarikh bertolak. Oleh itu sila buat web check-in & terus print Bording Pass. Anda boleh membuat web check-in sendiri atau boleh minta kami yang buat untuk anda. Digalakan membuat web checkin siap-siap untuk menjimatkan masa di kaunter (terutamanya pada musim puncak seperti cuti sekolah atau cuti umum)

Penguran Masa di lapangan terbang
Sila datang sekurang-kurangnya 2-3 jam awal dari masa berlepas. Jika musim puncak & orang ramai, digalakan datang lebih awal. Oleh kerana check-in bagasi boleh dibuat 3 jam sebelum waktu bertolak, anda digalakan datang 3 jam awal sebelum waktu berlepas.

Check-in Bagasi:
Penerbangan dari Kuala Lumpur – dibuka 3 jam sebelum waktu bertolak. 
Penerbangan selain dari Kuala Lumpur – dibuka 2 jam sebelum waktu bertolak.

Bording / Solat / Makan
Setelah selesai membuat check-in bagasi, terus masuk untuk urusan Imigresen & Kastam. Kemudian terus ke ruangan menunggu untuk boarding. Anda boleh solat di surau ruangan menunggu (jangan solat di surau di luar ~ ini untuk menjaga masa). Jika anda mahu makan atau minum juga ada di kawasan ruangan menunggu

Penting !! - 20 minit sebelum berlepas pintu ruangan menungu akan ditutup & tidak dibenarkan masuk pesawat. Oleh sebab itu penjagaan masa amat penting.

Ingat slogan ini selalu: “Biar datang awal daripada terlepas penerbangan”

KLIA2 - Perlepasan Luar Negara

DUKUMEN PERJALANAN

Passport
Pastikan tarikh sah laku passport anda sekurang-kluranynya 6 bulan dari tarikh pulang

PERSEDIAAN BARANG KEPERLUAN

International Plug Adapter
Sesetengah negara tidak mengunakan plug 3 pin seperti yang kita pakai di Malaysia, oleh itu anda boleh membelinya siap-siap (dari shopee dan sebagainya)

Ubat-ubatan
Jika anda mengambil apa-apa ubatan, jangan lupa membawanya & pastikan jumlahnya cukup untuk keperluan anda sepanjang lawatan. Masukan ubat-ubatan anda di dalam bekas / plastik dia yang asal (senang jika pihak kastam tanya). Anda juga mungkin perlu membawa minyak angin dan seumpamanya – mana tahu anda memerlukannya nanti.

Baju tebal / jaket
Di dalam pesawat kemungkinan hawa dingin adalah sejuk (terutamanya jika perjalanan mengambil masa yang lama), oleh itu adalah lebih baik jika anda membawa jaket / baju yang tebal . Jika destinasi yang anda tuju mempunyai musim dingin, anda semestinya menyediakan pakaian yang sesuai.

SEMASA LAWATAN

Barangan berharga / wang
Sentiasa mengamalkan kaedah yang selamat untuk menjaga barangan & wang anda. 
Letakan dompet anda pada poket depan. Jika anda membawa beg sandang dan anda menyimpan barangan berharga / wang di dalam beg sandang anda – letakannya di depan dada anda.

Passport
Oleh kerana passport merupakan dokumen yang amat penting, anda harus memastikan ianya tidak tercicir. Adalah lebih baik jika anda meletakannya di dalam beg silang didepan dada anda & jangan ubah / buka kecuali semasa diperlukan sahaja. Beg silang anda itu dipakai kemana sahaja anda pergi.