Pulau Redang

Cara ke Pulau Redang

Untuk ke Pulau Redang, anda akan mengunakan sama ada Jeti Shahbandar atau Jeti Merang. Sesetengah resort hanya mengunakan sama ada Jeti Shahbandar atau Jeti Merang, manakala sesetengah resort pula boleh mengunakan ke dua-dua jeti tersebut. Jika anda mengunakan pakej kami, kami akan memberikan anda info-info berkenaan dengan perkara tersebut dan kos tiket feri sudah termasuk di dalam pakej lawatan.

Pakej Snorkelling 3h2m di Redang Mutiara Beach Resort

Redang Mutiara merupakan antara resort yang murah di Pulau Redang. Semua bilik dilengkapi dengan bilik saiz queen dan berhawa dingin. Redang Mutiara juga mempunyai kemudahan bilik mensyuarat dengan kapasiti 40 orang (kerusi & meja) atau 60 orang (jika berkerusi sahaja). Redang Mutiara juga mempunyai kemudahan kedai mini, jeti, beach volleyball dan sebagainya. Kemudahan karaoke juga ada disediakan

Pakej percutian ke Pulau Redang 3h2m - Redang Lagoon Chalet

Pakej Pulau Redang Lagoon Chalet merupakan antara resort yang paling bajet di Pulau Redang. Jika anda hendak mendapatkan pakej lawatan ke Pulau Redang yang bajet, maka Redang Lagoon Resort adalah sangat sesuai.  Lokasinya adalah sangat dekat dengan pantai yang cantik. Petang-petang nya, anda boleh rehat-rehat di bawah teduhan pokok-pokok sambil santai dengan hembusan angin petang yang damai dan bunyi ombak yang mendamaikan..sila dapatkan pakej ini..memang berbaloi dengan harganya. 

Pakej Redang Bay Resort

Terletak pada kedudukan yang baik di Pulau Redang, Redang Bay Resort adalah tempat yang sesuai untuk memulakan lawatan anda di Pulau Redang. Di Redang Bay Resort, segala usaha dilakukan untuk membuatkan tetamu berasa selesa. Oleh yang demikian, ianya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. kemudahan Wi-Fi percuma dalam semua bilik, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam, bilik keluarga, kemudahan BBQ untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.