5D/4N Beijing Muslim Tour merupakan pakej lawatan yang ideal untuk anda. Di antara tempat lawatan ialah Tian An Men Square, Forbidden City, Masjid Niu Jie, Acrobatic Show, Great Wall, Wang Fu Jing Shopping Street, Xiu Shui Market, LED screen terbesar dan sebagainya
Jadual Lawatan
Hari 1: KL – Beijing
Bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 18.25 (MAS) atau jam 19.10 (Air Asia
Hari 2: Beijing (Sarapan / Mkn T.hari / Mkn Malam)
Sampai di Beijing pada jam 00.20 (MAS) atau jam 01.15 (Air Asia). Anda akan dijemput oleh pemandu kami dan daftar masuk hotel dan berehat.
Permulaannya, Food Massage percuma di Herbal Medicine Center, dengan itu anda merasa segar untuk berjalan di Tian An Men Square. Tian An Men Square merupakan city square yang terbesar di dunia yang bersempadan dengan Great Hall of People dan Chairman Mao’s Mausoleum.
Di sebelah utaranya pula terletak Forbidden City, iaitu komplek dan istana Empayar dinasti Ming dan Qing yang berusia lebih 500 tahun. Selepas itu, pergi pula ke Tea House dan Masjid Niu Jie, yang merupakan masjid yang terkenal di Beijing. Masjid tersebut telah berusia lebih dari 1000 tahun. Tidak jauh dari situ, terletak Muslim Supermarket, yang merupakan satu-satunya pasaraya muslim untuk penduduk tempatan di sekitar. Di sebelah petangnya, alami pertunjukan Acrobatic Show.
Hari 3: Beijing (Sarapan / Mkn T.hari / Mkn Malam)
Lawatan ke Silk Store untuk melihat kain sulaman China. Selepas itu, lawatan ke Great Wall. Great Wall pertama kalinya dibina pada 475-221BC. Ianya dibina sebagai pertahanan dari serangan musuh. Great Wall yang kita lihat sekarang adalah tingalan dari Dinasty Ming. Makan tengahari di restoran muslim yang berdekatan. Selepas itu pada petangnya, melawat Burning Cream Center. Selepas itu ke Wang Fu Jing Shopping Street. Balik ke hotel dan berehat
Hari 4 Beijing – Kuala Lumpur (Sarapan / Mkn T.hari / Mkn Malam)
Daftar keluar hotel awal pagi dan melawat Negative Ion Experience Center, 2008 Olympic Stadiums, The prestigious Bird’s Nest dan Water Cube dan bergambar. Solat di masjid tempatan dan ke Jewelry City. Singgah ke Xiu Shui Market, The Place & LED screen terbesar di Asia. Makan malam sebelum bertolak ke lapangan terbang Beijing
Hari 5 Beijing – Kuala Lumpur
Bertolak dari Beijing awal pagi ke Kuala Lumpur
Harga pakej untuk seorang (RM)
Jum | Kedai wajib | ||
Peserta | 6 kedai | 3 kedai | Tiada |
=>26 pax | 540 | 760 | 940 |
16-25 pax | 580 | 850 | 1,040 |
10-15 pax | 600 | 930 | 1,140 |
06-10 pax | 845 | 1,235 | 1,515 |
03-05 pax | 1,165 | 1,735 | 2,095 |
02 pax | 1,415 | 2,085 | 2,535 |
Nota:
Harga pakej berbeza mengikut berapa kedai yang wajib dikunjungi
- 6 kedai: Bermaksud wajib mengunjungi 6 kedai
- 3 kedai: Bermaksud wajib mengunjungi 3 kedai
- Tiada: Tidak wajib / tidak perlu mengunjungi apa-apa kedai
Syarat:
- Tarikh sah pakej: March - Oktober 2019
- Harga di atas tidak sah untuk kakitangan syarikat penerbangan, non Muslin & pelajar
- Kanak-kanak (2-18th) dengan tilam tambahan: 100%
- Kanak-kanak (2-18th) tanpa tilam tambahan: 75%
- Minima lawatan ke sebuah kedai tidak kurang dari 50 minit (jika kurang dari 50 minit surcharge USD50 seorang/setiap kedai)
Harga pakej termasuk:
- Penginapan dengan sarapan
- Makanan halal seperti di jadual lawatan
- 1 botol air mineral seorang / sehari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Semua Tiket Kemasukan ke tempat lawatan seperti di jadual lawatan
- Pemandu Pelancong berbahasa Melayu atau Ingeris
- Tipping Pemandu Pelancong
Harga pakej tidak termasuk:
- Pakej pilihan / optional tour
- Perbelanjaan peribadi seperti dobi, minuman tambahan dsbnya
- Tiket Penerbangan & bagasi
Pakej Pilihan / Optional Tours:
Package A: Chinese Kung Fu Show + Panda Hall
- Dewasa: RMB200
- Kanak-kanak bawah 12th: RMB120
Package B: Chinese Kung Fu Show + Panda Hall + Hutong Tour + Olympic Stadium Night Tour
- Dewasa: RMB300
- Kanak-kanak bawah 12th: RMB170
Panduan Musim di Beijing
- Musim Sejuk: November - March
- Musim Bunga: April - May
- Musim Panas: Jun - Ogos
- Musim Luruh: Sep - Oktober
Pautan / Link:
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan