Bali Romantic Honeymoon-3d/2n

Pakej ini direka khusus untuk pakej honeymoon 3H2M. Anda boleh pilih hotel di bawah mengikut citarasa anda, iaitu daripada hotel 2 bintang kepada hotel 5 bintang. Kedudukan hotel pula dibahagikan kepada 4 kawasan/kategori, iaitu kawasan Kuta, Seminyak, Nusa Dua & kategory Vila.

honeymoon

Itinerary

Hari 01: (Makan Malam)

  • Lapangan Terbang
  • Tanah Lot

Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Ngurah Rai, anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Selepas itu, anda akan dibawa melihat Tanah Lot, ianya merupakan sebuah binaan yang hebat, di mana sebuah kuil dibina kira-kira 200 meter di luar pantai. Makan Malam di Telaga Sari.

Hari 02: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Seharian penuh lawatan
  • Kintamani Volcano
  • Barong Dance
  • Ubud Village
  • Tampak Siring Kuil
  • 2 Jam Spa

Selepas sarapan pagi, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai budaya di Bali. Aktiviti bermula dengan melihat  tarian tradisional Barong & Kris, kemudian melawat perkampungan Celuk yang terkenal dengan hasil kerja emas & perak, perkampungan Mas, pusat ukiran kayu, dan tanah jajahan dan artist's colony di Ubud. Selepas itu anda akan melihat holy spring temple di Tampak Siring dan akhirnya ke kampung Kintamani, yang terletak di pinggir Batur Gunung Berapi lembangan. Pada sebelah petang kami akan membawa anda ke Puri Saren, istana Didaja Ubud. Sebelum makan malam, manjakan diri anda dengan 2 jam Spa di Arum. Makan tengah hari di Kintamani. Candle Light Dinner di Jimbaran

Hari 03: (Sarapan)

  • Hotel-Lapangan Terbang

Sarapan di hotel. Jika anda mempunyai masa (bergantung kepada jadual penerbangan), anda boleh lakukan aktiviti anda sendiri/Free & Easy. Check out hotel dan bersiap sedia untuk bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang indah dari Bali...


 

Harga pakej per pasangan

KUTA AREA RM
The Sunset*3 1804
Prime Biz*3 1804
Adi Dharma*3 1836
Kuta Station*3 1901
Eden Kuta*4 1933
Harper*4 1982
Risata*4 2030
Ramayana*4 2095
Bali Rani*4 2127
Bali Dynasty*5 2417
Holiday Inn Baruna*5 2514
NUSA DUA AREA  
Ayodya Resort*5 2643
Nusa Dua Beach*5 2804
VILLAS  
Uppala Seminyak 2104
S18 Villa 2385
Grand La Villais 2482
Daluman 2611

Jika trip anda jatuh pada Musim Puncak, surcharge akan dikenakan

Harga pakej termasuk:

  • Pengangkutan Deluxe berhawa dingin(Private)
  • Penginapan 2 Malam di hotel pilihan
  • Tiket kemasukan ke tempat-tempat yang terdapat di dalam itinerary
  • 2 Jam Spa di Arum
  • 'Welcome Flower' & Tuala Muka Sejuk semasa ketibaan
  • Air mineral & Snek semasa lawatan
  • 1 Botol minuman ringan semasa ketibaan
  • Sarapan , makan tengahari dan makan malam seperti Jadual Perjalanan (Halal)
  • Pemandu Pelancong berbahasa Melayu/Indonesia/Inggeris

Harga tidak termasuk:

  • Tiket Penerbangan
  • Cukai Lapangan Terbang = RP200,000 (bayar semasa pulang di airport)
  • Tipping pemandu & pemandu pelancong = RM10/sehari/seorang
  • Perbelanjaan peribadi
  • Kos aktiviti sukan air (jika anda mahu main sukan air) 
Quotation
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Ada peserta kanak2
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..
Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda untuk tujuan komunikasi