Untuk ke Pulau Redang, anda akan mengunakan sama ada Jeti Shahbandar atau Jeti Merang. Sesetengah resort hanya mengunakan sama ada Jeti Shahbandar atau Jeti Merang, manakala sesetengah resort pula boleh mengunakan ke dua-dua jeti tersebut. Jika anda mengunakan pakej kami, kami akan memberikan anda info-info berkenaan dengan perkara tersebut dan kos tiket feri sudah termasuk di dalam pakej lawatan.
Jika anda mengunakan penerbangan atau mengunakan bas ke Kuala terangganu, anda boleh mengambil kereta sewa untuk ke jeti. Atau kami boleh juga mengaturkan kenderaan untuk anda dari lapanganterbang atau dari terminal bas ke jeti (dengan sedikit kos tambahan).
Jeti Shahbandar
Jeti Shahbandar terletak di pusat bandar Kuala terangganu, bersebelahan dengan Pejabat Pos Kuala Terangganu. Terdapat banyak pasar, warung-warung, kedai dan sebagainya. Jika anda dari Terminal Bas Kuala Terangganu, anda boleh berjalan kaki sahaja (sekitar 15 minit) untuk ke Jeti Shahbandar. Manakala, jika anda dari lapangan Terbang Kuala Terangganu, ianya mengambil masa sekitar 25 minit dengan mengunakan kereta/kereta sewa. Perjalanan bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang pula mamakan masa kira-kira 1 setengah jam.
Jadual Feri Jeti Shahbandar
Jeti Shahbandar - Pulau Redang (Pasir Panjang & Kampong Jetty) |
Pulau Redang - Jeti Shahbandar (Pasir Panjang & Kampong Jetty) |
09.00am, 10.30am, 03.00pm | 07.00am, 11.00am, 01.00pm |
Jeti Merang
Dari Kuala Terangganu atau dari Terminal Bas Kuala Terangganu
Aanda boleh mengunakan Jeti Merang. Perjalanan dengan kereta mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam sahaja. Jarak dari Jeti Merang ke Pulau Redang sekitar 30KM sahaja.
Dari lapangan Terbang Kuala Terangganu
Perjalanan dengan kereta ke Jeti Merang sekitar 30 minit. Dari Jeti Merang, perjalanan bot ke Pulau Redang ialah sekitar 1 jam.
Parking kereta di Jeti Merang
Anda boleh parking kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan di situ. Kos parking RM10 sehari. Jarak kawasan parking ke Jeti Merang adalah lebih kurang 200M sahaja. Parking di sini ada orang yang menjaga 24 jam.
Jadual Feri Jeti Merang
Jeti Merang - Pulau Redang |
Pulau Redang - Jeti Merang |
08.00am, 09.30am, 10.30am, 01.00pm, 03.00pm | 08.45am, 10.15am, 11.15am, 01.15pm, 03.45pm |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu
MAS, Air Asia dan Firefly mempunyai jadual penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu. Anda haruslah mengatur masa perjalanan anda dengan baik untuk mengelakan sebarang kelewatan untuk mengambil feri. Jika anda mengambil pakej dari kami, kami boleh mengaturkan kenderaan untuk transfer dari lapangan terbang ke Jeti. Biasanya perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu ke Jeti Shahbandar sekitar 30 minit, manakala ke Jeti Kerang sekitar 40 minit.
Menaiki bas
Jika anda menaiki bas, adalah lebih baik anda mengambil bas malam dan sampai di jeti pada waktu pagi. Bas dari TBS ke Kuala Terangganu mengambil masa perjalanan sekitar 6 jam lebih. Oleh itu anda mempunyai masa jika mengambil bas malam sebelumnya dan sampai awal pagi di terminal bas Kuala Terangganu.