Kenali Medan

Antara tempat menarik di Medan ialah Lake Toba atau Danau Toba. Tasik semulajadi ini, dahulunya merupakan sebuah kawah yang sangat besar yang berada di puncak gunung. Di tengah-tengah Danau Toba terdapat sebuah pulau yang menarik iaitu Pulau Samosir. Untuk ke Pulau Samosir, anda akan dibawa menaiki bot dan anda dapat melihat panorama yang sangat cantik. Selain Danau Toba, anda juga boleh melawat pekan Brastagi. Kawasan ini terkenal dengan Pasar Buah di mana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan segar. Sambil santai minum kopi di gerai-gerai yang berderetan, anda juga boleh cuba pengalaman menaiki kuda yang banyak terdapat di sana. Tempat lain yang anda pergi ialah melihat keindahan Air Terjun Si Piso-Piso. Di sini anda boleh melihat panorama yang menarik. Selepas penat berjalan, boleh minum kopi atau teh halia sambil santai melihat pemandangan di luar restoran yang menarik yang disertai dengan udara yang dingin.

Medan adalah bandar ke-empat terbesar selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Di luar Pulau Jawa, Medan merupakan bandar yang terbesar.  Medan sebelum itu tidak berkembang sehingalah kedatangan Belanda.  Pada tahun 1915, Medan dengan rasminya telah menjadi ibu kota wilayah Sumatera Utara. Mengikut sejarah, penduduk pertama yang menetap di Medan ialah bangsa Melayu yang berasal dari Tanah Melayu. Selain itu bangsa Mendailing dan Karonese yang berasal dari karo Hoghland. Pada masa ini  (data pada tahun 2000) penduduk Medan majoritinya ialah suku Jawa (33.03%), Suku batak (20.93%), Cina (10.65%), Minangkabau (8.6%) dan Melayu (6.59%). 

Pada masa ini masih terdapat bangunan-bangunan lama dan masih terkenal untuk objek pelancongan seperti Maimun Palace (Istana Maimun) yang dibina pada tahun-tahun 1887-1891, Masjid Besar Medan (Masjid Raya) Medan dibina pada tahun 1906 dalam gaya Maghribi oleh arkitek Belanda AJ Dingemans, Kuil tertua Budha dan Taosime iaitu Vihara Gunung Timur dan Kuil Sri Mariamman, yang merupakan kuil Hindu pertama dengan gaya Dravidia di Medan, yang dibina pada tahun 1881. Juga masih terdapat banyak bangunan-bangunan lama di Medan yang masih mengekalkan seni bina Belanda mereka. Ini termasuk Dewan Bandar Lama, Pejabat Pos pusat, Menara Air Tirtanadi , yang merupakan icon Medan City, dan Titi Gantung.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu

Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang moden yang mengantikan lapangan terbang Polinia. Ianya beroperasi pada tahun 2013 dengan kapasiti penumpang seramai 8.1 juta penunpang setahun. Berbeza dengan lapangan terbang lama iaitu lapangan terbang Polinia yang berada di tengah pusat bandar, lapangan baru itu berada agak jauh dengan bandar Medan iaitu sekitar 39 km.  Untuk akses dari lapangan terbang Kuala Namu dengan bandar Medan, ada beberapa jenis pengangkutan disediakan iaitu dengan keretapi, bas dan taksi. Perjalanan dengan keretapi sekitar 37 minit, manakala perjalanan dengan bas atau taksi sekitar 60 hingga 90 minit kerana terdapat masalah kesesakan jalanraya di sesetengah tempat. Untuk perkhidmatan bas, ada disediakan bas "Damri" yang berhawa dingin yang bertolak setiap 15 minit ke lapangan terbang. Manakala jika mahu mengambil taksi, disediakan taksi berpelekat seperti Puskopau, Blue Bird, Kokapura , Express, Maryam, dan Matra Nice.