Pakej berkumpulan untuk lawatan ke Kuala Lumpur, Singapore, Melaka [4h3m]. Dengan pakej ini, anda boleh melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur, Genting Highland, Singapore dan Melaka. Pakej ini khusus untuk mereka yang dari negara Indonesia, Brunei, Thailand.
-
Kumpulan: 40 Orang
-
Harga: RM 730 seorang
-
Untuk Low Season (Untuk musim puncak - tertakluk kepada surcharge)
Pakej Termasuk:
- Penginapan 3 malam
- Pengangkutan - bas persiaran
- Pemandu Pelancong
- Tipping pemandu pelancong
- Air Mineral: 1 botol sehari/seorang
- Tiket Kemasukan ke skyway, Genting Highland
- 3 Sarapan, 4 Makan Tengahari, 3 Makan Malam
- Atucara lawatan seperti di bawah
Pakej Tidak Termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Insuran Perjalanan
- Pakej pilihan / optional
Nota: Untuk tempatan - tambahan kos bas dari tempat anda ke Singapore pada hari pertama & hari ke empat
JADUAL LAWATAN
HARI 1: Makan Tengahari (di Singapore) /Makan Malam (di Johor)
- Tiba di Singapore
- Lawatan seharian penuh di Singapore iaitu: Merlion Park, Raffles Landing Site, Free Duty Shop, Garden By The Bay, Bugis Street, Sentosa Island
- Makan malam dan bermalam di Johor
HARI 2: Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam
- Sarapan di hotel dan daftar keluar
- Bertolak ke Melaka dan lawatan ke tempat menarik di Melaka seperti: Stadhuys, Clock Tower, River Cruise (acara pilihan tidak termasuk tiket), Hard Rock Cafe, Jonker Walk, Bukit St. Paul, Kota A famosa, Dataran Pahlawan, dan Menara Taming Sari (acara pilihan & tidak termasuk tiket), Masjid Selat (masjid terapung)
- Selepas itu bertolak ke Kuala Lumpur
- Makan malam dan bermalam di Kuala Lumpur
HARI 3: Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam
- Sarapan di hotel & selepas itu lawatan ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti: Twin Tower (photo stop), Independent Square, National Monument, Leather shop, Cocoa boutique, National Palace, Batu Caves, Free Duty Shop, local product & barangan cenderamata
- Selepas itu ke Genting Highland (termasuk tiket skyway)
- Petangnya, pulang semula ke Kuala Lumpur
- Makan Malam dan balik ke hotel
HARI 4: Sarapan/Makan Tengahari
- Sarapan di hotel
- Berehat di hotel & mengemas barangan anda sehingga waktu daftar keluar
- Daftar keluar & makan tengahari
- Bertolak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk berlepas pulang
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan