Trip Pakej Bandung [3h2m]
Pakej Bandung 3h2m ini merupakan pakej yang cuba diaturkan untuk pergi ke semua tempat yang menarik dengan masa yang agak suntuk. Jika anda tidak mempunyai banyak masa, maka pakej ini adalah sesuai untuk anda.
Kebanyakan tempat-tempat menarik sempat anda pergi dengan pakej bandung 3h2m seperti lawatan ke Tangkuban Perahu, Floating Market, Ladang Strawberry, Ladang Teh, dan beberapa tempat menarik di Lembang seperti The Lodge Maribaya, Rumah Hobbit dan sebagainya.
Itinerary boleh disesuaikan dengan keperluan anda dan itinerary pakej bandung 3h2m di bawah adalah contoh atucara lawatan yang standard.
Cadangan Atucara Lawatan
HARI 1 : KL - BANDUNG (Makan Tengahari/Makan Malam) |
>Setibanya di Airport Hussein Sastranegara, anda akan di sambut oleh wakil kami >Jika anda mahu sarapan dulu (kos sarapan hari pertama tidak termasuk di dalam pakej) >Terus ke Tangkubang Parahu - melihat suasana puncak gunung berapi dan pemandangan di sekitarnya >Makan tengahari >Di dalam perjalanan pulang, singgah di Floating Market >Check-in hotel & rehat seketika >Petangnya, pergi pula sekitar sekitar Ciwalk Streetmall >Makan malam & balik ke hotel |
HARI 2 : BANDUNG (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam) |
>Sarapan di hotel >Selepas itu membeli belah di Pasar Baru iaitu "destinasi wajib shooping" jika ke Bandung - anda boleh membeli-belah sehigga puas di sini. >Makan tengahari >Pergi pula ke Jalan Cibaduyut iaitu pusat barangan kulit, toko Tiga, membeli belah bermula di Factory Outlet di sekitar Jln Dago >Makan malam & balik ke hotel |
HARI 3 : BANDUNG (Sarapan/Makan Tengahari) |
>Selepas sarapan >Ke Kartika Sari - membeli 'ole-ole' untuk dibawa pulang >Check-out hotel (last check out jam 12pm) >Makan tengahari >2 atau 3 jam sebelum berlepas, mesti berada di lapangan terbang. |
Harga pakej untuk seorang
JUM PESERTA | HOTEL 2* | HOTEL 3* | HOTEL 4* |
2 | 690 | 755 | 799 |
3 | 619 | 675 | 749 |
4 | 602 | 655 | 739 |
5 | 572 | 625 | 729 |
6 | 569 | 619 | 669 |
7-12 | 515 | 567 | 613 |
13-38 | 497 | 550 | 599 |
39-60 | 489 | 544 | 593 |
- Hotel 2 Bintang: Nyland/Serena/atau yang setaraf(std)
- Hotel 3 Bintang: Hotel Mitra/Cemerlang/Sukajadi/yang setaraf(std)
- Hotel 4 Bintang: Arison Swiss-Bell/Golden Flower/yang setaraf(std)
Harga pakej termasuk:
- Penginapan 2 malam
- Pengangkutan sepanjang percutian
- Tipping pemandu/pemandu pelancung
- Makan seperti di atucara
Harga pakej tidak termasuk:
- Tiket penerbangan
- Tiket kemasukan ke tempat lawatan (rujuk jadual)
- Insuran perjalanan (boleh ambil dengan kami - Etiqa Takaful)
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan