Pakej Bandung 5 hari/4 malam

Jika anda mahu lawatan yang santai, pakej Bandung 5 hari/4 malam adalah sesuai kerana anda mempunyai banyak masa. Harga pakej adalah full board - termasuk makan, tiket kemasukan, tipping pemandu / pemandu pelancong dan sebaginya. Tiada apa-apa lagi kos tambahan yang perlu anda keluarkan. Itinerary dibawah adalah itinerary yang standard. Walaubagaimanapun itinerary tersebut boleh diubah mengikut keperluan anda.

ITINERARY

Hari-1: (Makan Tengahari/Makan Malam)
  • Setibanya di Airport Hussein Sastranegara, anda akan di sambut oleh  wakil kami
  • Check-in hotel dan berehat seketika. 
  • Membeli belah bermula di Factory Outlet di sekitar Jln Dago. 
  • Makan tengahari
  • Pergi pula sekitar sekitar Ciwalk Streetmall
  • Makan malam & balik ke hotel
Hari-2: (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
  • 07.00am-8.00am-Sarapan di hotel
  • Ke Tangkubang Parahu
  • Makan tengahari
  • Floating Market
  • Membeli belah di Pasar Baru iaitu 'destinasi wajib shopping' jika ke Bandung.
  • Makan malam & balik ke hotel
Hari-3: (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
  • 07.00am-8.00am-Sarapan di hotel
  • Ke Jalan Cibaduyut - pusat membeli-belah barangan kulit terbesar. 
  • Selepas itu ke Kartika Sari - membeli 'ole-ole' untuk dibawa pulang.
  • Makan malam & balik ke hotel
Hari-4:(Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
  • 07.00am-8.00am-Sarapan di hotel
  • Ke Jalan Cihampelas pula iaitu kawasan factory outlet. 
  • Makan tengahari
  • Selepas itu membeli belah pula di Jalan Setiabudhi dan Toko Tiga
  • Makan malam & balik ke hotel
Hari-5:(Sarapan/Makan Tengahari)
  • 07.00am-8.00am-Sarapan di hotel
  • Membeli belah di Bandung Mall, Paris Van Java dan lain-lain ATAU mahu berehat di hotel sahaja
  •  2 atau 3 jam sebelum berlepas pulang, mesti berada di lapangan terbang

JUM PESERTA HOTEL 2* HOTEL 3* HOTEL 4*
2 1028 1137 1259
3 896 1012 1109
4 863 972 1094
5 817 930 1049
6 808 917 1039
7-12 773 886 997
13-38 742 850 973
39-60 737 846 966

* Harga untuk seorang

  • Hotel 2 bintang : Hotel Serena/Hotel Malaka/Hotel Nyland/Victoria Guess House
  • Hotel 3 bintang : Hotel Cemerlang/Hotel Sukajadi/Hotel Mitra
  • Hotel 4 bintang : Hotel Harrison Swiss-Bell/Hotel Golden Flower

Harga pakej termasuk:

  • Penginapan
  • Pengangkutan 
  • Makan seperti di itinerary
  • Pemandu & Pemandu Pelancong (untuk group)
  • Tip Pemandu & Pemandu Pelancung
  • Tiket kemasukan ke tempat lawatan seperti di itinerary

Harga pakej tidak termasuk:

TESTIMONIAL

Rozita, Pulau Pinang

Pakej Kuching

Syukur Alhamdullillah saya dan rakan-rakan telah selesai bercuti selama 4 hari 3 malam ke Kuching Sarawak. Tour guide melaksanakan tugasnya dengan baik dan buat kami semua berasa selesa dengan perkhidmatannya. Insyaallah saya dan rakan-rakan akan memilih pihak kembara Murni untuk destinasi pelancongan yang lain pada masa hadapan

 

Nuur Fatihah

​​​​​​

Sy mewakili keluarga mengucapkn jutaan terima kasih kpd pihak Kembara Murni di atas khidmat dan layanan yg diberikan sepanjang 3 hr 2 mlm kami di Aceh..

Baca semua testimonial 

 

Nur A'in, Kajang

As salam en zailir..sy nk bg review ni psl trip ke padang tempoh hari..overall sy puashati dgn service trip ni..van pn selesa..supir pn best..peramah..klakar..inshaa Allah next trip kalo harga best sy leh amik pakej dr encik lg..tqsm

Baca semua testimonial 

Mohamad Faiszul

Assalamualaikum encik zailir,  terima kasih bebanyak dgn pakej diberikan. Kami sangat puas hati semasa holiday di aceh serta pulau weh  dan pemandu yang ramah. Sangat berbaloi

Baca semua testimonial

 

Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Kanak-kanak
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami. Deposit adalah 50% daripada harga pakej (jika pakej anda sekali dengan kos tiket penerbangan, maka kos tiket penerbangan hendaklah dibayar penuh). Bayaran baki harga pakej paling lewat ialah 14 hari sebelum tarikh bertolak

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

Share