Jika anda tidak mempunyai banyak masa, pakej Hanoi-Halong 3 hari, 2 malam sesuai untuk anda. Walaupun pakej ini hanya 3 hari, 2 malam, anda masih boleh melawati ke dua-dua tempat iaitu di Hanoi & Halong
ITINERARY
HARI 01: (Makan Malam) |
KETIBAAN DI HANOI-HALONG Anda tiba di lapangan terbang antarabangsa Noi Bai dan dijemput oleh pemandu pelancong kami di sana. Lawatan bermula di French Opera House, lawatan ke masjid Al-Noor dan selepas itu makan tengahari di restoran halal tempatan. Selepas makan tengahari, teruskan perjalanan ke Bandar Halong. Halong Bay telah diwartakan oleh UNESCO sebagai tempat natural heritage pada tahun 1994. Perjalanan ke Halong Bay memakan mas asekitar 4 jam dan di sepanjang perjalanan yang dilewati dengan pemandangan sawah-sawah padi. Anda juga boleh melihat kepelbagaian perkampungan vietnam di bahagian utara. Sebelah petangnya, check in hotel dan makan malam di Halong Seafood Restaurant. Selepas makan malam, balik ke hotel di Halong Bay. |
HARI 02: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) |
HALONG-HANOI Selepas sarapan, separuh hari lawatan dengan bot di Halong Bay dan melihat pemandangan batu-batuan yang pelbagai bentuk, melawat Dramatic Caves, Paradise Grotto dan Wooden Stakes CAves, Perkampungan Nelayan, Chiken Kissing Rock. Makan tengahari di dalam bot dengan menu makanan laut yang segar. Selepas itu, kembali ke Hanoi dan melihat pemandangan di Hoan Kiem Lake, 36 Ancient Streets da membeli-belah. Nikmati minuman kopi vietnam dan makan malam di hanoi halal Restaurant dan selepas itu balik ke hotel di Hanoi |
HARI 03: (Sarapan) |
Selepas sarapan, bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang manuis dari Hanoi-Halong Bay.. |
Harga pakej untuk seorang (RM)
Hotel | Pax | RM |
3 * Standard |
02-04 | 1,156 |
05-07 | 786 | |
08-10 | 696 | |
11-15 | 646 | |
16-25 | 606 | |
26-40 | 586 | |
4 * Standard Lan Vien + Halong Paradise Sunway + Golden Halong Hanoi Pearl + Halong Pearl |
02-04 | 1,276 |
05-07 | 986 | |
08-10 | 856 | |
11-15 | 766 | |
16-25 | 686 | |
26-40 | 646 |
Harga pakej kanak-kanak (3-11th)
- 07th ke atas: 100%
- 03-06 tahun: 50%
- 2 tahun ke bawah: Percuma
Harga pakej termasuk:
- 2 malam penginapan di hotel (Twin/triple) dengan sarapan
- Makan seperti di dalam itinerary
- Pengangkutan
- Semua Tiket kemasukan ke tempat lawatan
- Private bot seperti di itinerary
- Private escorted dan pemandu pelancong berbahasa English
- Tipping pemandu pelancong
- 2 botol Air Mineral setiap hari
- WiFi percuma di dalam bas
Harga pakej tidak termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Insuran Perjalanan
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan