Pakej Jakarta+Bandung 5H/4M

Pakej Jakarta+Bandung [5h4m] merupakan pakej lawatan yang ideal untuk lawatan ke dua-dua tempat iaitu lawatan ke Jakarta dan Bandung. Anda mempunyai masa yang cukup untuk lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandung dan Jakarta sekaligus. Untuk pakej Jakarta+Bandung, anda boleh memilih untuk mengambil penerbangan pergi dan balik dari Jakarta. Ataupun, lebih baik juga jika anda mengambil tiket pernerbangan masa pergi ke Jakarta, manakala masa balik penerbangan pulang dari Bandung. Ini kerana jika anda mengambil penerbangan pulang dari Bandung, anda boleh menjimatkan masa.

Jadual lawatan Pakej Jakarta+Bandung [5h4m] akan disesuaikan dengan masa tiket penerbangan anda. Atucara yang diberikan di bawah merupakan atucara yang biasa / standard tetapi ianya boleh disesuaikan dengan masa dan keperluan anda. 

Banyak tempat-tempat menarik di Bandung dan Jakarta untuk anda lawati untuk Pakej Jakarta+Bandung [5h4m] ini, misalnya kalau di Jakarta, anda boleh melawat tempat menarik seperti Monas, Masjid Istiqlal, Taman Mini Indah dan sebagainya. Untuk shopping pula ada dua tempat paling terkenal iaitu di Mangga Dua dan Tanah Abang.

Manakala kalau di Bandung, ada lebih banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Spring, Ladang Strawberry, Kawah Puteh, Floating Market, Angklong Udjo, Maribaya waterfall, The Lodge Maribaya, Farm House-Rumah Hobbit, Begonia, De'Ranch, Bandung Treetop, Djuanda Forest Park, Kota Mini Bandung, Rainbow Garden, Rainbow Waterfall, Bandung Trans Studio dan sebagainya. Manaka untuk shopping pula Bandung memang mempunyai banyak tempat shooping dan yang paling besar ialah Pasar Baru. Oleh itu, jika anda ingin melancong ke Jakarta dan Bandung, Pakej Jakarta+Bandung [5h4m] adalah sangat sesuai untuk anda. Isikan Borang Quotation di bawah dan kami akan emailkan quotation / sebutharga percuma untuk anda.

ITINERARY

HARI 1: JAKARTA + BANDUNG (MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
  • Soekarno Hatta Airport–Jakarta. Anda akan di sambut oleh wakil kami di sana. Taklimat ringkas dan langsung ke Bandung melalui highway
  • Jika anda sampai pagi dan mahu sarapan dulu, pemandu akan bawa untuk sarapan (kos sarapan hari pertama tidak termasuk di dalam pakej)
  • Makan Tengahari di R & R highway dan Langsung ke Hotel Bandung Check –in. 
  • Membeli belah di factory outletdi sekitar Jalan Dago + Jln Riau.
  • Makan Malam
HARI 2: BANDUNG (SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
  • Sarapan di hotel. Selepas itu bersiar siar melawat bangunan/tempat bersejarah seperti Gedung Sate, Masjid Agung dan sekitar Jln Asia-Afrika.
  • Meneruskan lawatan ke destinasi tarikan di bandung iaitu Tangkuban parahu-pemandangan indah puncak gunung berapi . 
  • Makan Tengahari
  • Pergi ke Floating Market
  • Aktiviti Membeli belah di factory outlet sekitar jalan setiabudhi seperti Rumah Mode etc dan sekitar Ciwalks street dan Mall.
  • Makan Malam
HARI 3 : BANDUNG(SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
  • Sarapan
  • >Membeli belah di Pasar baru; syurga membeli-belah jika ke Bandung.
  • Makan Tengahari
  • Ke Toko Tiga–pusat  Jeans & Denim etc branded
  • Membeli ole-oleBandung di Kartika Sari
  • Makan Malam
HARI 4: BANDUNG - JAKARTA(SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
  • Sarapan & Daftar Keluar Hotel Bandung
  • Membeli belahdi Jalan Cibaduyut (pusat barangan kulit original)   
  • Makan Tengahari
  • Terus ke Jakarta melalui highway
  • Daftar Masuk Hotel di Jakarta
  • Makan Malam
HARI 5: JAKARTA(SARAPAN/MAKAN TENGAHARI)
  • Sarapan terus Daftar Keluar
  • Membeli belah di Mangga Dua/Tanah Abang
  • Makan Tengahari
  • 2 jam sebelum bertolak berada di airport

 

Hotel 2 3-4 5-6 7-12 13-18 19-26 >=27
bujet 1,131 970 940 930 770 760 690
3 star 1,290 1,170 1,160 1,150 1,050 990 920
4 star 1,411 1,374 1,340 1,337 1,170 1,164 1,096

Nota:

  • Hotel seperti yang di atas atau yang setaraf dengannya
  • Harga dalam RM - harga untuk seorang
  • Harga di atas adalah harga hari biasa - cuti sekolah/cuti umum harga lain (sila dapatkan quotation)
  • Minima peserta adalah 2 orang
  • Hotel adalah seperti di atas atau yang setaraf dengannya (hotel bujet)
  • Jika mahu hotel yang lebih baik - boleh diuruskan (dengan tambahan kos hotel)

Pakej termasuk:

  • Penginapan selama 4 malam
  • Pengangkutan selama 5 hari
  • Pemandu pelancong & tip pemandu
  • 4 sarapan, 5 makan tengahari dan 4 makan malam
  • Tiket kemasukan ke Tangkubang Parahu, Cieter Hot Spring dan Ladang Strawberry

Pakej tidak termasuk:

  • Tiket penerbangan
  • Perbelanjaan peribadi
  • Insuran Perjalanan
paragraph--color paragraph--color--rgba-grey-slight
Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

The website encountered an unexpected error. Please try again later.