Pakej Lawatan ke Ho Chi Minh, Vietnam-5 hari, 4 malam

Ho Chi Minh

HO CHI MINH CITY– CU CHI TUNNEL–MEKONG DELTA

Pakej lawatan ke Ho Chi Minh 5h4m ini sangat sesuai jika anda mahukan lebih masa sendiri untuk aktiviti anda sendiri seperti shooping dan sebagainya. Hari pertama anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di bandar Ho Chi Minh, manakala hari kedua anda akan dibawa melawat ke My Tho, Sungai Mekong dan Pulau Thoi Son. Pada hari ketiga pula anda akan melawat Cu Chi Tunnel yang terkenal dengan sejarah peperangan antara Vietnam dengan Amerika. Manakala pada hari ke empat, anda boleh bebas melakukan aktiviti anda sendiri atau mahu shopping sepuasnya di Pasar Ben Thanh dan pasar-pasar lain di sekitarnya

ITINERARY

HARI 01: MAKAN MALAM

  • Anda sampai di lapanganterbang Tan Son Nhat dan dijemput oleh pemandu kami
  • Teruskan dengan lawatan ke bandar Ho Chi Minh seperti Masjid Lamson, Notre Dame Cathedral, The Old Post Office dan People’s Committee Hall & ke Hard Rock Café
  • Membeli belah di District 7 seperti baju kurung, jubah dan sebagainya
  • Seterusnya sambung membeli-belah di kedai barangan kulit
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat seketika'
  • Makan malam & balik ke hotel

Acara pilihan / optional:

  • Saigon Cruise
  • Water Puppet Show

HARI 02: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM

  • Sarapan di hotel dan selepas itu bertolak ke My Tho
  • Sampai di My Tho, kita akan menaiki bot di Sungai Mekong dan menuju ke Pulau Thoi Son. Di sini anda akan dibawa melawat tempat penternakan lebah & kilang gula-gula kelapa. Selain itu, anda akan dijamu dengan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan nanyian tradisional Vietnam. Seterusnya anda akan dibawa dan alami pengalaman menaiki sampan di sungai kecil.
  • Selepas itu makan tengahari di restoran halal
  • Balik semula ke Saigon / Ho Chi Minh dan acara bebas
  • Makan malam & balik ke hotel

HARI 03: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM

  • Sarapan di hotel & selepas itu bergerak pula ke Cu Chi Tunnel yang terkenal itu. Cu Chi Tunnel mempunyai kepanjangan sepanjang 200KM. Ianya dibina oleh pihak tentera Vietnam semasa perang dengan Amerika.
  • Makan tengahri di restoran halal tempatan dan balik ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di restoran halal dan balik ke hotel

HARI 04: SARAPAN

  • Sarapan di hotel
  • FREE & EASY - anda boleh gunakan masa hari ini untuk aktiviti shopping sepuasnya. Hotel yang anda duduk itu berdekatan sahaja dengan pasar yang terbesar iaitu Pasar Ben Thanh. Anda juga boleh shopping di sekitar Malay Streat dan Saigon Square
  • Bermalam di Ho Chi Minh

HARI 05: SARAPAN

  • Sarapan di hotel
  • Jika anda masih ada masa (bergantung kepada waktu penerbangan anda) - anda boleh teruskan shooping di Pasar Ben Thanh. Atau mahu berehat sahaja di hotel sambil mengemas barang-barang anda
  • Pemandu kami akan menjemput anda dari hotel ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang manis dari Ho Chi Minh...selamat & sehingga berjumpa lagi di lain masa..!

Harga pakej untuk seorang (RM)

Peserta Hotel Bajet Hotel 2.5-3* Hotel 4* Hotel 5*
02-04paxs 1352 1395 1696 2449
05-07paxs 908 994 1274 1919
08-10paxs 822 908 1188 1833
11-15paxs 758 822 1102 1747
16-25paxs 693 736 1016 1704
26-43paxs 650 693 973 1661

Hotel yang digunakan di Ho Chi Minh

Hotel Bajet:

  • Lien Thanh Hotel
  • Song Anh Hotel
  • Thanh Long Tan Hotel

Hotel 2.5 - 3 bintang:

  • Blessing 1 Hotel
  • Blessing 2 Hotel
  • Bloom
  • Queen Central

Hotel 4 bintang:

  • Grand Silverland Hotel
  • Liberty Central Hotel
  • Golden
  • Saigon Royal Hotel

Hotel 5 bintang:

  • New World Hotel
  • Rex Hotel

Pakej Termasuk:

  • Penginapan 4 malam
  • Pengangkutan
  • Tiket kemasukan ke Cu Chi Tunnel, Bot, sampan & buah di Mekong
  • 4 kali sarapan, 2 kali makan tengahari, 3 kali makan malam

Pakej tidak termasuk:

  • Tip pemandu / pemandu pelancong: USD3/seorang/sehari
  • Perbelanjaan peribadi seperti: dobi, pesanan makanan / minuman tambahan dsbnya
  • Tiket penerbangan & bagasi
  • Insuran perjalanan

Tambahan makan tengahari / makan malam (pilihan/optional): Jika anda mahu tambah makan tengahari atau makan malam - kos sekali makan ialah USD8/seorang

Quotation
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Ada peserta kanak2
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Kelas Hotel
Termasuk tiket Penerbangan?
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..
Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda untuk tujuan komunikasi