Pakej lawatan ke Kota Kinabalu dan Taman Laut 3 hari 2 malam

Itinerary

Hari 1 : Santai di Kota Kinabalu ( City Tour –  Half Day )  

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan disambut oleh wakil  Hadigo Travel & Tours. Dimulakan dengan melawat Muzium Negeri Sabah & Kampung Budaya (Kebudayaan Sabah). Seterusnya, memulakan program City Tour Kota Kinabalu (Sight-seeing) dan melawat  beberapa tarikan pelancong seperti Masjid Negeri Sabah (Kubah Emas), Atkinson Clock Tower (Struktur Semenjak Perang Dunia ke-2), Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Masjid Terapung), Bangunan yayasan Sabah (Menara Tun Mustafa) dan akhir sekali menikmati angin laut di Pantai Tanjung Aru atau Oceanus Waterfront sambil menyaksikan matahari terbenam. Kemudian, daftar masuk ke Penginapan dan aktiviti bebas.

Hari 2 : Meneroka Taman Laut (TAR) Pulau Manukan & Pulau Sapi ( Island Hopping – Half Day )

Bertolak ke Jesselton Point (Jeti) dan menaiki bot untuk program Tunku Abdul Rahman Island Tour. Seterusnya, bertolak ke Pulau Manukan (20 min perjalanan). Disini, pelancong boleh membuat aktiviti bebas seperti Snorkeling, mandi dan berenang ( Snorkel mask dan life jacket disediakan) Jika mahu, kami boleh sediakan permainan Water Sport seperti Parasailing Boat, Banana Boat, Flyfish, Sea Walking, Scuba Doo & Jet Ski. Selepas itu, makan tengahari (BBQ Buffet) di Pulau Sapi (disediakan). Kemudian, menyambung aktiviti air dan akhir sekali menaiki bot untuk bertolak balik ke Jesselton dan kembali ke penginapan untuk berehat. 

Hari 3 :  Sabah Ole - Ole & Kraftangan (Handicraft Market - Half Day)

Daftar keluar penginapan. Kemudian, aktiviti dimulakan dengan membeli-belah di lokasi pilihan termasuk Pasar Budaya (Kota Kinabalu Central Market) yang terdapat barangan kraftangan, keropok dan kerepek tempatan serta pasar buah. Selain itu, melawat Sinsuran iaitu Kraftangan Tekstil & Kain Pasang serta Aksesori Wanita Muslimah. Kemudian melawat mutiara sabah di Jamilah Jewelry atau kedai borong perhiasan dan melawat Gaya Street Pasar Tamu Minggu (Sunday Market) *hanya hari ahad. Akhir sekali bersantai melihat pemandangan si Signal Hill (Kota Kinabalu Viewpoint – Van Persiaran Sahaja ) sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk pulang.

Pakej Apartment / Homestay

PAKEJ KAPASITI RM/GROUP KATIL
SILVER 6 Orang RM 2,730 3 bedroom (1 king, 4 single)
7 Orang RM 3,579 3 bedroom (1 king, 4 single, 1 Extra Bed)
8 Orang RM 3,892 3 bedroom (1 king, 4 single, 2 Extra Bed)
GOLD 6 Orang RM 2,910 3 bedroom (1 king, 4 single)
7 Orang RM 3,779 3 bedroom (1 king, 4 single, 1 Extra Bed)
8 Orang RM 4,112 3 bedroom (1 king, 4 single, 2 Extra Bed)

Silver: Likas Square Service Apartment
Gold: Marina Court Service Condominium

Pakej Standard / Hotel

JUM PESERTA BRONZE SILVER GOLD
2 Orang RM 1,025 RM 1,085 RM 1,125
3-4 Orang RM 790 RM 850 RM 890
5-6 Orang RM 630 RM 690 RM 730
7-8 Orang RM 695 RM 755 RM 795
9-10 Orang RM 713 RM 773 RM 813
11-13 Orang RM 660 RM 720 RM 760
14-16 Orang RM 609 RM 669 RM 709
17-20 Orang RM 637 RM 697 RM 737
21-30 Orang RM 614 RM 674 RM 714
31-40 Orang RM 554 RM 614 RM 654

Bronze:Tang Dynasty / Kinabalu Daya / Similar
Silver:The Klagan / Gaya Centre / Similar            
Gold:Promenade / Sabah Oriental / Similar

Pakej Termasuk:

  • Penginapan pilihan ( kecuali pakej tanpa penginapan )
  • Sarapan pagi di hotel ( kecuali pakej supervalue )
  • Pengangkutan kenderaan persiaran
    • 01 – 19 pax: Van Persiaran 
    • 20 – 40 pax: Bas Persiaran    
  • Aturcara dan tiket lawatan seperti dinyatakan di dalam aturcara    
  • Hidangan seperti dinyatakan di dalam aturcara
  • Pemandu pelancong
    • 01 – 06 dewasa: Pemandu merangkap pemandu pelancong
    • 07 dewasa ke atas: Pemandu pelancong professional
  • Air mineral dan snack di dalam kenderaan

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tiket lawatan selain yang dinyatakan
  • Tambahan hidangan
  • Makan tengahari : RM 25 / pax
  • Makam malam : RM 35 / pax ( 2 – 3 pax ), RM 25 / pax ( 4 pax ke atas )
  • Tiket penerbangan
  • Tipping - seiklas hati
  • Surcaj hotel RM50/blik/malam jika tarikh percutian pada waktu puncak.
  • Insurans Perjalanan
paragraph--color paragraph--color--rgba-grey-slight
Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

The website encountered an unexpected error. Please try again later.