Pakej Lawatan ke Medan-3 hari/2 Malam (Lake Toba-Brastagi Tour)

air terjun sipiso-piso

Pakej lawatan ke Medan [3H2M] ini merupakan salah satu trip ke medan yang popular. Jika anda tidak mempunyai banyak masa maka trip ke Medan 3H2M sudah mencukupi untuk melihat tempat menarik di Medan.

Di dalam pakej lawatan ke Medan ini, ada tida tempat utama yang akan dikunjungi iaitu; Lake Toba, Brastagi dan bandar Medan sendiri.

Hari pertama anda akan dibawa terus ke Parapat atau lake Toba dan bermalam di sana. Pada hari kedua, selepas mengadakan lawatan ke tempat menarik di Pulau Samosir, anda akan dibaw pula ke Brastagi iaitu kawasan tanah tinggi yang udaranya agak sejuk dengan pemandangan yang menarik.

Pada hari ke tiga, kita akan bertolak di awal pagi dari Brastagi ke Medan dan seterusnya mengadakan lawatan di bandar Medan dan selepas itu bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan pengalaman yang manis.. 

Itinerary

 HARI 01 :  MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND (L,D)
  • Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, anda akan disambut oleh pemandu pelancong kami yang peramah.
  • Selepas itu, perjalanan anda dimulakan ke Lake Toba atau Tasik Toba, yang merupakan sebuah tasik gunung berapi yang terbesar di dunia !..hebat bukan ?
  • Di dalam perjalanan ke sana, kita akan singgah makan tengahari di restoran tempatan.
  • Teruskan perjalanan ke Tasik Toba dan berhenti sejenak untuk berehat di Patent Shop. Di sini anda boleh membeli makanan ringan tempatan seperti: Ting-ting, Teng-teng, dll. Di samping itu, anda boleh mengambil kesempatan jika anda mahu ke tandas dan berehat seketika setelah beberapa jam di daam bas.
  • Apabila tiba di Parapat, anda kemudiannya menaiki feri / bot untuk ke Pulau Samosir yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Perjalanan ke Pulau samosir dengan feri / bot ini juga merupakan satu pengalaman yang menarik..Anda boleh mengambil gambar kenang-kenangan di pemandangan tasik toba itu.
  • Setelah tiba di Pulau Samosir, terus check in hotel dan anda boleh berehat seketika
  • Selepas itu makan malam disediakan di restoran tempatan.
  • Selepas makan malam, anda bebas dengan aktiviti anda sendiri atau free & easy di mana anda boleh milihat suasana 'nite life' di Pulau Samosir.
HARI 02 : SAMOSIR ISLAND TOUR – PARAPAT - BERASTAG (B,L,D)
  • Selepas sarapan di hotel, terus check out hotel dan kita akan mulakan lawatan ke Pulau Samosir dan melihat tempat menarik di sana seperti melawat Kampung Tomok untuk melihat Makam Raja Batak purba, Raja Sidabutar.
  • Selepas melawat Kampung Tomok, lawatan akan terus melawat kampung Ambarita, untuk melihat Kampung Batak dan kerusi batu terkenal dan tempat pelaksanaan Raja Sialagan.
  • Selepas lawatan ke Pulau samosir itu, kita akan merentasi semula Lake Toba dengan feri / bot kembali ke Parapat dan makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Selepas makan tengah hari, kita akan teruskan perjalanan ke kawasan tanah tinggi Berastagi dan kita akan berhenti sejenak di Simarjarunjung untuk menikmati snek khas, teh halia dan pisang goreng, atau ubi kayu (perbelanjaan peribadi). Di sini anda boleh enjoy dengan pemandangan yang menarik sambil minum teh dan goreng pisang panas..wow, santai dan enjoy ! 
  • Kemudian teruskan perjalanan dan kunjungi pula kawasan air terjun yang sangat terkenal iaitu Air Terjun Sipiso-Piso untuk melihat pemandangan tasik tasik dari sebelah utara. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar dengan sudut pemandangan yang menarik untuk dijadikan kenang-kenangan ! 
  • Selepas itu, teruskan perjalanan dan tiba di Berastagi. Kita akan singgah di Pasar Buah untuk membeli buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, dan sebagainya..semuanya segar-segar dan enak.
  • Check in hotel dan berehat seketika
  • Selepas itu makan malam akan disediakan di restoran tempatan.
  • Selepas makan malam, anda bebas dengan program anda sendiri - misalnya melihat 'nite life' di Berastagi.
DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN - AIRPORT(B)
  • Selepas sarapan di hotel, terus check out dan bertolak kembali ke Medan
  • Di dalam perjalanan, anda akan dibawa melawat ke Replika Shwedagon Pagoda di Taman Lumbini.
  • Setelah tiba di Medan, lawati pula tempat menarik di Medan seperti Istana Maimoon, Masjid Besar Al-Mashun, Pusat Batik, Sun Plaza / Medan Mall.
  • Setelah tiba waktunya, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu untuk berlepas pulang..pastinya dengan pengalaman yang indah dari sana..enjoy dan sehingga berjumpa lagi di lain masa.

    Harga pakej untuk seorang (RM)

    Jum Peserta 3 Star 4 Star
    02-03 885 919
    04-08 675 709
    09-12 626 661
    13-15 616 646
    16-19 578 611
    20-24 540 576
    25-29 511 547
    >=30 493 529
    • Kanak-kanak (ada extra bed): 75%
    • Kanak-kanak (tanpa extra bed): 50%
    • Kategori kanak-kanak: Umur 02-10 tahun
    • Bawah 2 tahun: Percuma
    Hotel yang digunakan
    Lokasi 3 star 4 star
    Parapat Hotel Toledo/Silitong Hotel Patra Confort/Atsari
    Berastagi Hotel Sinabung/Rudang Hotel Mikie/Grand Mutiara

    Harga pakej di atas termasuk:

    • Private Tour
    • Pengangkutan berhawa dingan dan selesa
    • Penginapan di hotel (TWN/DBL/TRIPLE)
    • Sarapan pagi harian di hotel
    • Pemandu pelancong (untuk 10 orang ke atas). Jika kurang 10 orang - gunakan pemandu sebagai pemandu pelancong
    • Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
    • Tiket feri pergi balik: Parapat – Samosir
    • Lake Toba Tour: 10 orang ke atas - guna bot. Jika kurang 10 orang - gunakan kenderaan
    • Makan seperti di dalam itinerary
    • Air mineral dalam bas setiap hari
    • Tipping pemandu/Pemandu Pelancong

    Harga pakej di atas tidak termasuk:

    • Perbelanjaan peribadi seperti:  Makan tambahan softdrinks, snacks, souvenirs, laundry, minibar, telephone, dsbnya.
    • Tiket Penerbangan
    • Insuran Perjalanan
    Quotation / Sebutharga percuma
    Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
    12th ke-atas
    Berumur 2th-11th
    Nyatakan umur setiap kanak-kanak
    Berumur bawah 2 tahun
    Naik Flight dari
    Cth: Cheras, KL
    Sila masukan jika ada info tambahan..

    Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

    1. Kami menerima sebutharga anda

    Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

    2. Invoice

    Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

    3. Bayaran

    Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami

    4. Tempahan

    Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

    5. Lawatan

    Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

    Google Maps
    parapat
    The website encountered an unexpected error. Please try again later.