Pakej Lawatan ke Padang-Bukit Tinggi 3 hari/2 Malam walaupun nampak singkat tetapi ianya telah meliputi kesemua tempat-tempat lawatan utama di Padang & Bukittinggi.
ITINERARY (1 mlm Bukit Tinggi, 1 mlm Padang)
Hari 01: KETIBAAN - BUKITTINGGI (Makan Tengahari, Makan Malam)
Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan bertemu dan disambut oleh wakil pelancong kami. Bertolak ke Bukittinggi melalui Lembah Anai dan berhenti di Air Terjun Anai dan Pusat Dokumentasi Budaya Minangkabau di Kampung Minangkabau (PDIKM). Melawat Minang Kayo Souvenir yang terkenal dengan barangan kulit. Makan tengahari di restoran tempatan dan singgah di Istano Minang Embriodery. Singgah pula di Pandai Sikek. Kampung ini terkenal dengan tenunan dan ukiran kayu. Apabila tiba di Bukittinggi, daftar masuk hotel. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan dan balik ke hotel
Hari 02: LAWATAN KE MINANGKABAU & PADANG (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel dan acara city tour: Taman Panorama Lubang Jepang & Ngarai Sianok (tidak termasuk kos guide utk masuk ke Lubang Jepang). Meneruskan perjalanan ke Batu Sangkar melalui Kampung Tabek Patah. Anda boleh membeli makanan ringan/kerepek di Ummi Aufa Hakim. Dalam perjalanan ke Batu Sangkar, singgah di Kampung Baso & Hajah Rosmah Embroidery. Melawat industari kampung di KINIKO di mana terkenal dengan Pisang Salai & pembuatan kopi tradisional. Makan tengahari di Pagaruyung King Palace. Bertolak ke Padang dan melawat Jambatan Siti Nurbaya & Pantai Padang. Makan malam di Pondok Ikan Bakar. Daftar masuk hotel
Hari 03: PADANG-BERTOLAK PULANG (Sarapan)
Sarapan pagi di hotel. Acara bebas / berehat di hotel sehingga waktu untuk bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang
Nota:
* Jika ada mahu tambah makan tengahari: Tambahan kos RM17 seorang
*Jika penerbangan pulang sebelah petang - pergi pula ke Pantai Air Manis di mana anda boleh melihat Patung Malim Kundang. Anda juga boleh meenaiki ATV (dengan kos sendiri) atau santai di tepi pantai sambil minum kelapa di warong
Harga pakej untuk seorang (RM)
Jum Peserta/Hotel | Homestay | 2 Star | 3 Star | 4 star |
02-03 orang | 721 | 771 | 838 | 922 |
04-05 orang | 509 | 557 | 622 | 703 |
06-09 orang | 460 | 509 | 574 | 655 |
10-15 orang | 452 | 502 | 569 | 652 |
16-24 orang | 409 | 459 | 526 | 609 |
>=25 orang | 401 | 452 | 518 | 602 |
Harga pakej kanak-kanak (02-10 tahun)
- Kanak-kanak dengan extra bed 80 % dari harga dewasa
- Kanak-kanak tanpa extra bed 60 % dari harga dewasa
- bawah 2 tahun - percuma
Pakej termasuk:
- Private Trip - tidak joint dengan orang lain
- Bilik hotel ialah twin share
- Makanan seperti di dalam itinerary (halal)
- Deluxe coach dengan pendingin hawa
- Tour Guide berbahasa Melayu/English
- Semua tiket kemasukan
- Tipping pemandu
Pakej tidak termasuk
- Surcharge untuk cuti umum/cuti panjang
- Tiket penerbangan
- Bagasi
- Perbelanjaan peribadi
Kelas hotel
Kategori | Lokasi | Hotel |
Homestay | Bukit Tinggi | Salamah homestay |
Padang | Homestay | |
2 star | Bukit Tinggi | Hotel Bunda |
Padang | Rangkayo Baso | |
3 star | Bukit Tinggi | Grand Bunda |
Padang | Pangeran City | |
4 star | Bukit Tinggi | Grand Rocky |
Padang | Inna Muara |
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan