Pakej pelajar ke Aceh 3 hari, 2 malam adalah sesuai untuk pakej-pekaj pelajar sekolah atau pelajar universiti. Harga pakej pelajar adalah lebih murah dari pakej biasa tetapi tempat-tempat lawatan adalah sama dengan pakej biasa.
ITINERARY
HARI 01: MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM |
12:30-15:00 Anda tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda dan anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Acara lawatan pertama ialah lawatan ke Kuburan Massa (mangsa Tsunami). Selepas itu bertolak ke restoran untuk Makan Tengahari dan selepas makan tengahari, terus ke hotel untuk check in. 15.00-21.00: Melawat Muzium Tsunami, Stesen Elektrik Terapong (PLTD), Masjid Bauturrahim dan 'Escaped Building'. Seterusnya Makan Malam di restoran tempatan dan lepas itu balik ke hotel. |
HARI 02: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM |
07:00-08:30: Sarapan di hotel 08.30-12.00: Melawat Masjid Baitulrahman dan selepas itu lawatan ke Muzium negeri, Gunungan / Putroe Phang Park dan melawat Bot di atas bumbung. 12.00-13.30: Makan Tengahari di restoran tempatan 13.30-16.00: Membeli-belah di Pasar Cenderamata dan di Pasar Aceh, yang merupakan pusat jualan pakaian yang pelbagai jenis. 16.00-21.00: Melawat Kubah di Tengah Sawah, selepas itu ke Pusat Kek Aceh. Selepas itu lawatan diteruskan ke Pantai Lhoknga. Lawatan diteruskan ke Masjid Lam Puuk dan Pantai Lam Puuk. Makan malam di restoran tempatan dan selepas itu balik ke hotel |
HARI 03: SARAPAN |
07.00-09.00: Sarapan di hotel & check out. 09.00-10.00: Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dan acara selesai.. |
Harga pakej untuk seorang (RM)
PAX | HARGA SEORANG |
07-08 Orang | 405 |
09-10 Orang | 380 |
11-14 Orang | 370 |
15-20 Orang | 355 |
21-25 Orang | 345 |
26-30 Orang | 335 |
31-40 Orang | 325 |
Hotel Kuala Nangroe / yang setaraf
Harga pakej di atas termasuk:
- Penginapan di hotel Afaris selama 2 malam
- Sarapan di hotel
- Makan seperti di itinerary
- Pengangkutan
- Pemandu Pelancong
- Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
- Tipping pemandu pelancong
Harga pakej di atas tidak termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Insuran Perjalanan
Bagaimana kami menguruskan tempahan anda
1. Kami menerima sebutharga anda
Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda
2. Invoice
Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)
3. Bayaran
Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami
4. Tempahan
Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
5. Lawatan
Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan