Pakej Saigon-Mui Ne-Da Lat [4H3M]

Alami pengalaman lawatan pakej Saigon-Mui Ne-Da Lat 4 hari , 3 malam. Saigon popular dengan aktiviti shopping, manakala Mui Ne dan Da Lat pula popular dengan pemandangan dan keadaan alam semulajadi. Dengan pakej ini, selain shopping, anda juga dapat melihat keindahan di Mui Ne dan Da Lat.. 

ITINERARY

HARI 01: (Makan Malam)

HO CHI MINH CITY - MUI NE

Setibanya anda di lapangan terbang Tan Son Nhat, anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami dan terus check in hotel.  Selepas itu lawatan ke Bandar Ho Chi Minh iaitu melawat Masjid Lamson, Notre Dame Cathedral, Pejabat Pos Lama dan The People Commitee Hall. Selepas itu ke Hard Rock Cafe. Shopping di District 7, di sini anda boleh shopping baju kurung, jubah dan sebagainya. Selepas itu makan malam di restoran tempatan. Selepas makan malam, teruskan ke Pantai Mui Ne dan daftar masuk hotel.

HARI 02: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)

PANTAI MUI NE - BANDAR DA LAT

Selepas sarapan, acara lawatan diteruskan ke Pantai Mui Ne. Pantai yang cantik dan anda boleh melihat pemandangan matahari hari terbenam. Anda juga boleh melihat aktiviti penduduk setempat seperti penternakan ikan. Seterusnya singgah ke Fairy Stream yang merupakan tempat yang cantik untuk dilihat. Balik ke hotel sekitar jam 12 tengahari dan check out. Selepas itu bertolak ke Da Lat yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Sampai di Da Lat dan terus check in. Sebelah malam, anda boleh berjalan-jalan di Pasar malam dan Tasik Xuan Huong.

HARI 03: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)

Da LAT CITY TOUR - HO CHI MINH CITY

Selepas sarapan, aktiviti seterusnya ialah Da Lat City Tour dan melihat tempat-tempat menarik seperti nCity Flower Garden, Truc Lam Zen Monastery, Tuyen Lam Lake, Dalat Sculpture Tunnel dan Dantala Waterfall.  Selepas itu makan tengahari di Bich Cau Foffee Garden dengan menu vegetarian. Selepas itu check out hotel dan bertolak pulang ke Saigon (bandar Ho Chi Minh). Acara bebas dan anda boleh enjoy shopping di pasar malam. 

HARI 04: (Sarapan)
Selepas sarapan, teruskan shopping di sekitar hotel dan Pasar Ben Thanh, iaitu pasar yang paling popular di kalangan pelancong di bandar Ho Chi Minh. Check out jam 12 tengahari dan bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang indah dari Saigon - Muki Ne dan Da Lat.. 
Hotel Pax RM
3 * HOTEL
Dalat: la Vie/Similar
Mui Ne: Ocean Front/similar
02-04 1,920
05-07 1,399
08-10 1,303
11-15 1,207
16-24 1,164
24-40 1,121
Single 280
4 * HOTEL
Da Lat: Du Pae/similar
Mui Ne: Resort/similar
02-04 2,221
05-07 1,700
08-10 1,647
11-15 1,551
16-24 1,508
24-40 1,465
Single 516

Nota: Harga pakej tertakluk kepada kadar tukaran ringgit semasa

Harga pakej kanak-kanak:

  • 02 tahun ke bawah: Percuma
  • 03-06 tahun: 50%
  • 07-11 tahun: 100%

Harga pakej termasuk:

  • 3 malam penginapan di hotel (Twin/Triple) dengan sarapan halal
  • Makan seperti di itinerary
  • Pengangkutan
  • Semua Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
  • Private bot seperti di itinerary
  • Private escorted dan pemandu pelancong berbahasa English
  • 2 botol Air Mineral setiap hari
  • Free WiFi di dalam bas

Harga pakej tidak termasuk:

  • Tipping pemandu pelancong: USD4/seorang/sehari
  • Tiket Penerbangan
  • Insuran Perjalanan
paragraph--color paragraph--color--rgba-grey-slight
Quotation / Sebutharga percuma
Ruangan 'Pilihan Pakej Anda' di isi secara otomatik mengikut Tajuk Pakej. Jika Pilihan Pakej di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
12th ke-atas
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Naik Flight dari
Cth: Cheras, KL
Sila masukan jika ada info tambahan..

Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

1. Kami menerima sebutharga anda

Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

2. Invoice

Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

3. Bayaran

Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami

4. Tempahan

Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

5. Lawatan

Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

The website encountered an unexpected error. Please try again later.