Senarai semak lawatan
Category
Senarai semak lawatan sebelum anda melakukan lawatan ke luar negara
Senarai semak lawatan adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat melawat / melancong dengan tenang. Di bawah adalah perkara yang wajib dan perkara yang digalakan.
Senarai semak umum - wajib
1) Sah Laku passport - melebihi 6 bulan dari tarikh kepulangan
2) Tiada halangan untuk keluar negara - Semak di sini
3) Visa - jika negara yang anda mahu lawati memerlukan visa, maka anda perlu mendapatkan visa terlebih dahulu
4) Semak adakah anda berurusan dengan Agensi Pelancongan yang berlesen - Semak di sini
5) Telah mendapat sekurang-kurangnya dos vaksin Covid-19 (nota: sudah banyak negara tidak memantau perkara ini)
Brunei
Mesti isi Borang E-Arrival card
Thailand
Bermula 01 Mei perlu isi borang Digital Arrival Card (TDAC) 3 hari sebelum masuk ke Thailand
Indonesia
Perlu isi Borang E-Visa & Borang Kastam seperti di bawah
borang kastam secara dalam talian.
- 
Borang E-VISA - Click Link Ini Diisi dalam masa 3 hari sebelum bertolak 
 Contoh cara isi borang E-Visa
 Soalan: I am traveling on a passport from
 Jawapan: MalaysiaSoalan: The main purpose of my visit to Indonesia is 
 Jawapan: General, Family or SocialSoalan: The sub purpose of my visit to Indonesia is 
 Jawapan: Tourism, Family Visit, and TransitSoalan: I want to explore & choose a visa 
 Jawapan: A1 - Visa Exemption TourismSoalan: I am planning to stay 
 Jawapan: 30 Days
 Personal Informationa) Muat naik Passport  b) Muat naik Photo  
- 
Borang Kastam - Click Link Ini Anda boleh mengisi borang tersebut paling awal ialah 2 hari sebelum bertolak. 
 Contoh cara isi borang kastam:
 Soalan: Passport Number
 Jawapan: Masukan No passportSoalan: Date of Arrival 
 Jawapan: Masukan tarikh ketibaan anda (tarikh akan keluar otomatik 2 hari sebelum bertolak)Soalan: Full Name 
 Jawapan: Masukan nama penuh anda (seperti di passport)Soalan: Flight / Voyage / Other Carrier Number 
 Jawapan: Masukan no penerbangan anda (rujuk tiket / boarding pass anda)Soalan: Occupation (Job) 
 Jawapan: Pilih yang sesuai dengan pekerjaan andaSoalan: Email (tidak wajib masuk) 
 Jawapan: Masukan email andaSoalan: Place of Arrival 
 Jawapan: Rujuk destinasi anda pada tiket penerbangan / boarding passSoalan: Date of Birth (DD-MM-YYYY) 
 Jawapan: Masukan Tarikh lahir AndaSoalan: Nationality 
 A: MY - MALAYSIASoalan: Address in Indonesia - hotel name / residence address 
 Jawapan: Masukan nama hotel anda di Indonesia..jawab soalan-soalan yg seterusnya 
Ianya bagus kerana dapat menjimatkan masa semasa ketibaan di lapangan terbang di mana anda tidak lagi perlu mengisi Borang Ketibaan & Borang Kastam secara manual. Hanya perlu scan sahaja bar code.
PENAFIAN: Info di atas benar setakat artikel ini ditulis - Anda hendaklah menyemak pautan di atas secara terus untuk memastikan maklumat adalah yang terkini.
Sangat Digalakan
1) Beli Insuran / Takaful perjalanan
2) Aktifkan Kad ATM anda untuk digunakan di luar negara (untuk tujuan keperluan luar jangka)
3) Tambah Had Limit sementara Kad Kredit (jika perlu). Ini sebagai tujuan pengunaan kecemasan / keperluan yang tidak diduga.
4) Membeli Pelan Data Roaming: * Celcom * Maxis * Hotlink * U Nobile
5) Menukar wang siap-siap sebelum bertolak. Semak kadar tukaran wang
6) Membawa pakaian yang sesuai & secukupnya (pakaian yang sesuai mengikut musim di destinasi lawatan)
7) Bagi yang mengunakan ubat-ubatan, pastikan anda membawa bekalan ubat yang mencukupi
Untuk Perhatian / lain-lain info
1) Pastikan jumlah berat bagasi anda tidak melebihi dari kadar bagasi yang anda beli
2) Pastikan jumlah berat & saiz bagasi hand carry tidak melebihi berat & saiz yang dibenarkan
3) Pastikan anda telah membuat Daftar Masuk / Web Check-in & mencetak Boarding Pass (ini untuk menjimatkan masa - terutamanya pada musim-musim puncak)
4) Pastikan anda tidak meletakan power bank ke dalam bagasi anda (letakan di dalam beg hand carry)
5) Sila datang ke kaunter paling lewat 3 jam sebelum waktu pesawat terbang berlepas (jika musim puncak, datang seawal 4 jam sebelum berlepas)
