Skip to main content

Terma dan syarat pakej pelancongan ke luar negeri

Category

Terma dan syarat pakej pelancongan ke luar negeri

Terma dan syarat pakej pelancongan ke luar negeri di bawah adalah berdasarkan Jadual Keempat Subperenggan 6(1)(m)(ii)), Akta Industri Pelancongan 1992. Ianya adalah terma seragam yang diguna pakai untuk pakej pelancongan ke luar negari.

1. Deposit Pelancongan

Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk memenuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.


2. Caj Pindaan

2.1 Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)

2.1.1 Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM 50.00 seorang bagi setiap perubahan

2.1.2 Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

2.1.3 Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 - untuk pakej pelancongan FIT).

2.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan

2.2.1 Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.

2.2.2 Walau bagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.

2.2.3 Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.


3. Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan

3.1 Bagi Pakej Pelancongan FIT

3.1.1 Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.

3.1.2 Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

Pembatalan Diterima Caj pembatalan Bagi Setiap Orang
15-29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 50% daripada deposit Pelancongan
08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 20% daripada tambang pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 40% daripada tambang pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas 100% daripada tambang pelancongan

3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.1.2 (Catatan: tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana penumpang adalah semata-mata atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, apa-apa bayaran
balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari
perjalanan bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada anggota pelancongan selepas ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan).

3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

Pembatalan Diterima Caj pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas Pelucuthakan deposit pelancongan
05-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 35% daripada deposit pelancongan
08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 50% daripada tambang pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 75% daripada tambang pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas 100% daripada tambang pelancongan

3.2.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan:Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula,tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung).


4. Pembatalan Oleh Syarikat

4.1 Pakej Pelancongan FIT
4.1.1 Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

4.1.2 Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.

4.2 Pakej Pelancongan Berkumpulan
4.2.1 Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

4.2.2 Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.

4.2.3 Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut:

Pembatalan Diterima Caj pembatalan Bagi Setiap Orang
08-14 hari bekerja sebelum
tarikh berlepas
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan
sebanyak RM 50.00
01-07 hari bekerja sebelum
tarikh berlepas
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan
sebanyak RM 75.00
Pada hari berlepas Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan
sebanyak RM 1000.00 seorang

5. Dokumen Perjalanan

5.1 Tanggungjawab Anggota Pelancongan
Anggota pelancongan mestilah mempunyai-
(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal.

(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.

5.2 Tanggungjawab Syarikat
Syarikat mengakui janji untuk-
(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan;

(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3 Fi dan Caj Yang Relevan
Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan

5.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan
Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.

5.5 Penolakan Kemasukan
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika manamana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.


6. Maklumat Lawatan dan Harga

(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia memberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

(2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

(a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.

(b) Penginapan hotel, berdasarkan:
(i) dasar berkongsi (dua orang sebilik):-
(ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian - orang itu hendaklah membayar tambahan seorang); dan
(iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama). 
Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik dimana-mana berkenaan.

Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.

(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:

(a) dobi;

(b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;

(c) Rombongan pilihan;(d) upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan

(e) Semua perkara persendirian


7. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.


8. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut dipakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli perlindungan insurans yang mencukupi.


9. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.


10. Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tenpahan yang telah dibuat untuk pelangan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.


11. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.


12. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.


Terma & syarat tambahan

Pakej termasuk & tidak termasuk

Sila rujuk Inbois yang kami berikan kepada anda. Apa yang termasuk dan tidak termasuk telah diterangkan dengan jelas di dalam inbois tersebut.


Penempahan tiket penerbangan

Tempahan dibuat setelah bayaran diterima
Setelah kami menerima bayaran (kalau dengan cek - sehingga cek 'clear'), kami akan membuat penempahan tiket dalam hari yang sama (untuk hari bekerja biasa). Sekiranya bayaran diterima jatuh pada hari Cuti Umum, maka penempahan tiket akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.

Kemungkinan perubahan harga tiket penerbangan & kekosongan tiket
Adalah dimaklumkan bahawa jumlah harga tiket penerbangan yang kami berikan pada Borang Sebutharga / Quotation adalah berdasarkan kepada harga semasa Sebutharga / Quotation itu dikeluarkan. Sepertimana yang anda sedia maklum iaitu harga tiket boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu semasa kami membuat penempahan tiket dan sekiranya terdapat kenaikan harga, maka kami akan maklumkan kepada anda dan anda perlu menambah kos kenaikan harga tersebut. Kami juga tidak bertangungjawab sekiranya tiket habis dijual dan sebagainya atau sebarang sebab yang diberikan oleh syarikat penerbangan.

Bukti penempahan tiket akan kami berikan kepada anda selewat-lewatnya dalam masa 2 hari bekerja.

Sekiranya jumlah peserta melebihi 9 orang, mungkin perlu membuat Tempahan Tiket Berkumpulan (group booking). Harga group booking biasanya tidak sama dengan harga yang dilihat di dalam laman web syarikat penerbangan. Untuk groop booking tiket, kami akan memaklumkan kepada anda jumlah kos tiket setelah kami mendapat harga daripada syarikat penerbangan.

Memberi maklumat yang tepat
Peserta atau ketua peserta juga perlu memberikan Nama Penuh dan maklumat-maklumat peserta yang lain dengan tepat sepertimana yang tercatat di dalam dokumen pengenalan diri (passport).

Sebarang kesilapan ejaan nama dan sebagainya yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat adalah menjadi tanggungjawab peserta dan peserta perlu menagung kos pembetulan tersebut.

Kos tambahan berserta caj perkhidmatan di kenakan / di kehendaki untuk sebarang penambahan / pindaan/ pembatalan pada tiket penerbangan atau sebagainya. Sebarang permintaan istimewa di dalam penerbangan tertakluk dan bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan sebarang kos adalah atas tanggungan peserta.

Perubahan yang dibuat oleh syarikat penerbangan
Tiket penerbangan yang telah di beli / di keluarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dari pihak syarikat penerbangan dan sebarang permintaan penambahan / pembatalan dan sebagainya adalah bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan pihak kami tidak terikat untuk sebarang urusan sebegini.

Sekiranya berlaku perubahan masa penerbangan (delay / reschedule earlier) yang dibuat oleh syarikat penerbangan juga adalah di luar bidang kuasa kami.

Penempahan Bagasi, Peralatan Sukan, Tempat Duduk & Makanan Dalam Pesawat
Sebelum membuat penempahan tiket penerbangan, anda dinasihati memberitahu kami jumlah kg bagasi yang anda hendak beli dan peralatan sukan (jika ada).

Begitu juga dengan penempahan pemilihan tempat duduk dan penempahan makan dalam pesawat.

Penempahan bagasi & penempahan tempat duduk yang dibuat selepas penempahan tiket biasanya akan lebih mahal.

Nota: Untuk destinasi tertentu, makan dalam pesawat sudah termasuk di dalam harga tiket


Penginapan

Pihak kami / agen yang di lantik berhak meminda / mengubah / menukarkan tempat penginapan (tanpa atau dengan notis) sekiranya perlu dan tidak dapat di elakkan seperti tiada kekosongan bilik atau sebagainya.

Sarapan pagi untuk 1 bilik di sediakan untuk dua peserta sahaja untuk sehari. Sekiranya anda menginap lebih dari 2 orang untuk satu bilik dan sekiranyan pihak hotel meminta tambahan kos sarapan, maka kos tersebut adalah menjadi tangungjawab peserta.

Lain-lain perkhidmatan yang di guna pakai oleh peserta seperti fax, internet, telepon atau sebagainya adalah atas tanggungjawab sendiri untuk membuat pembayaran.

Pihak kami tidak akan membuat pertukaran hotel, bilik atau sebagainya sekiranya peserta tidak berpuas hati dengan pilihan hotel yang kami sediakan, namun jika di sebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat di elakkan, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan peserta (bergantung budi bicara pihak kami / kekosongan bilik)


Pengangkutan

Pihak kami berhak menukar jenis pengangkutan sekiranya perlu seperti jika terdapat kerosakan, kemalangan atau perkara yang tak dapat di elakkan (dengan / tanpa notis kepada peserta). Namun pihak kami akan memastikan keselesaan peserta sepanjang percutian.


Sarapan, Makan tengahari, Makan Malam

Pada dasar asas, semua pakej mempunyai sarapan di hotel (kecuali dinyatakan berlainan pada pake-pakej tertentu - sila rujuk surat tawaran / invoice anda).

Makan Tengahari & Makan Malam dilakukan di restoran tempatan (kecuali dinyatakan berlainan di dalam pakej anda. Sila rujuk surat tawaran / invoice anda).

Semua tempat makan & jenis makanan sudah ditetapkan mengikut pakej. Sekiranya anda mahu membuat tempahan makanan atau minuman yang bukan di dalam pakej, kos tersebut adalah ditanggung anda sendiri.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan menu atau tempat makan yang di dalam pakej, tiada pengembalian wang / refund.


Aktiviti selepas waktu operasi

Peserta boleh membuat aktiviti tersendiri selepas waktu yang pihak kami aturkan (8.00 pagi - 8.00 malam). Sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan atau isu-isu keselamatan ianya adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.

Peserta boleh mendapatkan khidmat pemandu kami dan kos tambahan bergantung perbincangan antara peserta dan pemandu kami.


Tangungjawab peserta

Pihak kami menguruskan urusan penempahan penginapan, pengangkutan, urusan makanan, pengurusan acara dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang di benarkan oleh pihak berkuasa.

Mana-mana yang diluar bidang kuasa kami adalah menjadi tanggungjawab peserta seperti di bawah

1) Tiket-tiket penerbangan, “voucher” dan dokumen-dokumen lain yang bersangkutan adalah di luar bidang kuasa pihak kami dan bergantung kepada syarat-syarat dari pihak-pihak yang berkenaan.

2) Semua peserta yang terlibat dalam  siri yang di anjurkan oleh pihak kami adalah tertakluk kepada tanggungjawab sendiri di mana pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, akibat di rompak, di culik, kematian, kemalangan dan sebagainya.

3) Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya peserta melakukan kesalahan / terlibat seperti salah memberi maklumat, terlepas penerbangan atau mengubah sendiri jadual lawatan (itinerary).

4) Penambahan kos yang tak dapat di elakkan di sebabkan kelewatan, pertukaran haluan penerbangan, peperangan, kuarantin atau sebab-sebab lain.

5) Tambahan hari untuk penginapan di sebabkan kelewatan / pembatalan penerbangan yang di lakukan / dibuat oleh pihak syarikat penerbangan atau pihak-pihak berkenaan.

6) Sebarang kerosakan, kehilangan barang-barang atau bagasi, kemalangan atau lain-lain dan itu menjadi tanggungjawab peserta untuk membuat tuntutan dari pihak berkenaan seperti syarikat Insuran / syarikat penerbangan dan sebagainya.

7) Sebarang masalah yang timbul di Imigresen (dalam & luar negara) yang di sebabkan oleh peserta melanggar undang-undang Imigresen seperti membawa barang larangan, dadah,  senjata api dan sebagainya adalah menjadi tanggungajawab peserta. Begitu juga sekiranya peserta membuat pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagainya.

8) Sebarang masalah yang timbul di sebabkan peserta melanggar undang-undang negara yang di lawati seperti kesalahan mencuri, menipu dan sebarang kesalahan serius yang lain adalah menjadi tanggungjawab peserta.

9) Sebarang kesalahan / melanggar undang-undang mana-mana negara / mana-mana pihak yang tidak tercatat  di atas oleh pihak peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.

Semua agenda percutian & pengurusan acara dari pihak kami seperti harga pakej percutian, perkhidmatan, syarat-syarat percutian adalah tepat pada masa ianya dikeluarkan / cetakan dan perubahan boleh di lakukan oleh pihak kami pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Tags