Skip to main content

10H7M Panorama Indah Switzerland

Category

10H7M Panorama Indah Switzerland - Atucara Lawatan

Zurich – Andermatt – Brig – Tasch – Zermat – Interlaken – Lauterbrunnen – Engelberg – Lucern

HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI – ZURİCH (MAKAN DALAM KAPAL) 
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Zurich dengan Emirates Airline. Transit di Dubai kira-kira 3 jam sebelum berlepas ke Zurich.

HARI 2: ZURİCH (MAKAN MALAM) 
Tiba di Zurich dan dijemput oleh pemandu pelancong. Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland. Peserta akan dibawa melihat gereja yang terkenal disini iaitu The Grossmünster dan Fraumünster, kemudian lawatan diteruskan ke Bahnhofstrasse, iaitu pusat bandar Zürich. Peserta akan diberi masa untuk membeli-belah. Kemudian, peserta akan dibawa naik cruise di Tasik zurich, melepasi vila tepi tasik yang besar dan lido yang popular selama sejam. Peserta disajikan pemandangan bandar Swiss dan pergunungan Alp’s yang menakjubkan dari tasik. Makan malam dan bermalam di hotel.

Lawatan Pilihan: Bot Pelancong Zurich - Setiap Orang 40 Euro

HARI 3: ZURİCH – ANDERMATT – BRİG (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM) 
Sarapan pagi; Peserta akan dibawa ke kedai coklat untuk membeli coklat yang terbaik di Swiss. Bertolak ke Andermatt. Andermatt merupakan sebuah kampung yang terletak di Lembah Ursern di Pergunungan Alps Switzerland. Peserta akan merasai pengalaman menaiki kereta api dari Realp ke Oberwald. Tiba di Brig. Brig merupakan sebuah bandar yang terletak di Wilayah Valais, selatan Switzerland. Melawat kota Brig. Makan malam dan bermalam di hotel (Brig).

HARI 4: BRİG – TASH – ZERMAT (TRAİN) – BRİG (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM) 
Sarapan pagi; Bertolak ke Tash dan seterusnya ke Zermat dengan menaiki keretapi dan peserta akan disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang indah. Zermatt yang terletak di wilayah Valais, selatan Switzerland merupakan sebuah pusat peranginan yang terkenal dengan aktiviti ski dan pendakian. Selepas aktiviti di Zermatt, peserta akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api ke Tash. Peserta dibawa pulang ke hotel untuk berehat dan bermalam.  

Lawatan Pilihan: Gunung Matterhorn “Toblerone” - Setiap Orang 140 Euro 
The Matterhorn ialah gunung Alps, melintasi kawasan tadahan air utama dan sempadan antara Switzerland dan Itali. Ia adalah puncak piramid yang besar dan hampir simetri di kawasan Monte Rosa yang diperluas di Pennine Alps, yang puncaknya setinggi 4,478 meter, menjadikannya salah satu puncak tertinggi di Alps dan Eropah

HARI 5: BRIG – BERN – ZURİCH (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM) 
Sarapan pagi; Ddalam perjalanan ke Bern, peserta akan berpeluang untuk melawat Tasik Blausee. Kemudian melawat Bern. Bern merupakan ibu kota Switzerland dan dibina mengelilingi Sungai Aare. Lawatan dimulakan dengan melawat The Zytglogge, iaitu mercu tanda menara zaman pertengahan di Bern. Kemudian lawatan akan diteruskan ke Cathedral Bern, bangunan Parlimen Istana Persekutuan dan Von Bern, pusat bandar lama zaman pertengahan Bern. Makan tengahari dan solat. Peserta dibawa pulang untuk berehat dan bermalam di Zurich. 
Lawatan Pilihan: Taman Negara Tasik Blausee: Setiap Orang 30 Euro

HARI 6: BRİG – INTERLAKEN – LAUTERBRUNNEN – ZURİCH (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM) 
Sarapan pagi; Bertolak ke Interlaken. Interlaken merupakan sebuah bandar peranginan tradisional yang terletak di kawasan pergunungan Bernese Oberland. Perjalanan diteruskan ke Lauterbrunnen yang merupakan sebuah kawasan perbandaran di Pergunungan Alps Switzerland. Di Lauterbrunnen, peserta boleh menyertai lawatan pilihan ke Jungfrau. Peserta kemudian akan dibawa ke Zurich untuk berehat dan bermalam.

Lawatan Pilihan: Jungfrau: Setiap Orang 180 Euro 
Jungfrau, pada 4,158 meter adalah salah satu puncak utama Pergunungan Bernese Alps, terletak di antara wilayah utara Bern dan wilayah selatan Valais, di tengah-tengah antara Interlaken dan Fiesch. Untuk Jungfrau anda akan menggunakan kereta api dan kereta kabel.

HARI 7: ZURİCH – ENGELBERG – LUCERNE – ZURİCH (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM) 
Sarapan pagi; Peserta dibawa ke Engelberg yang merupakan sebuah bandar alpine di tengah kota Switzerland. Selepas lawatan di Engelberg, peserta boleh menyertai lawatan pilihan ke Titlis Mountain. Makan tengahari. Lawatan diteruskan ke Lucerne, sebuah bandar yang padat dengan penduduk di Switzerland dan terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang terpelihara dan terletak di tengah-tengah pergunungan yang dilitupi salji di Lake Lucerne. Melawat Altstadt (Kota Lama), yang berwarna-warni. Pulang ke hotel untuk berehat dan bermalam.  

Lawatan Pilihan: Gunung Titlis: Setiap Orang 120 Euro 
Titlis ialah sebuah gunung di pergunungan Alps, yang terletak di sempadan wilayah Obwalden dan Bern.Berada pada ketinggian 3,239 dari aras laut, Gunung Titlis merupakan salah satu puncak tertinggi di Switzerland yang mudah dilawati. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya ialah menaiki kereta kabel, meluncur ski, melalui jambatan gantung- - Titlis Cliff Walk. 

HARI 8: ZURICH – RHINE FALL – MEMBELI-BELAH – ZURICH 
Sarapan pagi; Peserta dibawa melawat Air Terjun Rhine. Air Terjun Rhine yang terletak di Switzerland dan merupakan antara yang paling terindah di Europe. Air terjun ini terletak di High Rhine di sempadan antara kanton Schaffhausen dan Zürich. Jika ada masa lapang, anda boleh mengikuti lawatan pilihan bot. Pulang ke hotel.

Lawatan Pilihan: Bot Pelancong Rhine Fall: Setiap Orang 30 Euro 
Lawatan Pilihan: Heide Village: Setiap Orang 20 Euro (mengikut bilangan peserta yang menyertai)

HARI 9: ZURİCH – DUBAI – KUALA LUMPUR (MAKAN DALAM KAPAL) 
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar, aktiviti bebas sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich (ZRH) untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui transit Abu Dhabi.

HARI 10: DUBAI - KUALA LUMPUR 
Tiba di Kuala Lumpur.

Nota: Jadual perjalanan boleh dipinda oleh pemandu pelancong kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dilawati tetap sama


HOTEL:-
Zurich – Ibis Airport Messe Hotel atau setaraf.
Brig – Central Hotel atau setaraf


TERMASUK:-

  • Tiket penerbangan pergi balik Emirates Airlines kelas ekonomi termasuk surcaj dan cukai penerbangan.
  • 30kg bagasi + 7kg bagasi kabin
  • 3* hotel atau setaraf dengan sarapan pagi antarabangsa
  • Makanan halal atau mesra Muslim Half board seperti yang dinyatakan di dalam jadual perjalanan
  • Cukai bandar di Zurich
  • Bayaran masuk: Tasch – Zermatt – Kereta api Tasch.
  • Bas pelancongan berhawa dingin dan selesa
  • Upah pemandu pelancong dan pemandu bas  
  • Diiringi oleh ketua pelancong yang terlatih dan profesional

TIDAK TERMASUK:-

  •  Insurans perjalanan - Sila hubungi pegawai kami untuk khidmat nasihat dan pembelian polisi insurans perjalanan yang sesuai
  • Makan tengah hari, minuman, tiket masuk ke tempat lawatan dan lawatan selain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • Tiket masuk ke tempat yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan dan tempat yang dilalui semasa lawatan bandar.
  • Surcaj tambahan untuk masa perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (jika berkenaan)
  • Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, snek, bar mini dan perkhidmatan porter jika tidak disediakan.
  • Caj tambahan untuk kapasiti membawa bagasi berlebihan
  • Aktiviti dan bayaran lain kecuali dinyatakan dalam jadual perjalanan.

NOTA

  1. Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  2. Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  3. Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.

POLISI / TERMA: -

  • Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
  • Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan kami tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.
  • Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
  • Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran / takaful perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan (Boleh ambil dengan kami: ETIQA TAKAFUL)
  • Sila rujuk polisi penuh yang telah disediakan di laman web syarikat kami.
  • Kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.
  • Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.  

POLISI PEMBAYARAN:-

  • CWB: Kanak-kanak dengan tilam tambahan
    CNB: Kanak-kanak tanpa tilam tambahan
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

Lihat HARGA PAKEJ & JADUAL PERJALANAN