Skip to main content

Cara ke Pulau Redang

Category

Untuk Cara ke Pulau Redang, anda boleh mengunakan sama ada Jeti Taman Tamadun Islam atau Jeti Merang. Bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan anda. 

Sesetengah resort hanya mengunakan sama ada Jeti Taman Tamadul Islam atau Jeti Merang sahaja. Manakala sesetengah resort pula boleh mengunakan ke dua-dua jeti tersebut. 

Jika anda mengunakan pakej kami, kami akan memberikan anda info-info berkenaan dengan perkara tersebut dan kos tiket feri sudah termasuk di dalam pakej lawatan.

Jika anda mengunakan penerbangan atau mengunakan bas ke Kuala terangganu, anda boleh mengambil kereta sewa untuk ke jeti. 

Kami boleh juga mengaturkan kenderaan untuk anda dari lapanganterbang atau dari terminal bas ke jeti (dengan sedikit kos tambahan).


Cara ke Pulau Redang melalui Jeti Tamadun Islam (TTI)

Jeti Taman Tamadun Islam

Jeti Tamadul Islam terletak berdekatan dengan Masjid Kristal.

Bila sampai di sana, pergi ke Kaunter Sejahtera Ferry.

Seorang wakil boleh pergi ke kaunter & bagi tahu nama anda & bagi tahu tempahan di resort mana. 

Anda perlu membayar caj services RM5 dewasa, RM2 kanak2 & tiket marine park RM5 dewasa, RM2 kanak2.

Selepas itu staff feri akan memberikan tiket deri anda. 

Setelah itu, anda boleh menunggu di ruangan menunggu sehingga pihak feri panggil untuk naik feri & berlepas ke Pulau Redang. 

Waktu berlepas feri ialah pukul 09:00 pagi & perjalanan feri sekitar 1 jam 45 minit

Dari Taman Tamadun Islam, feri akan berhenti di Jeti Kampung (sekiranya cuaca tidak begitu bagus). 

Sekiranya cuaca bagus, feri akan terus ke Pulau Redang. 

Bot transfer akan membawa anda dan berhenti di depan pantai Redang Beach

Dari situ, anda boleh berjalan ke resort tempahan anda.


Cara ke Pulau Redang melalui Jeti Merang

Jeti Merang

Jika anda dari Kuala Terangganu atau dari Terminal Bas Kuala Terangganu, anda boleh mengunakan Jeti Merang. 

Perjalanan dengan kereta mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam sahaja. 

Jarak dari Jeti Merang ke Pulau Redang  sekitar 30KM sahaja.

Dari lapangan Terbang Kuala Terangganu
Perjalanan dengan kereta ke Jeti Merang sekitar 30 minit. Dari Jeti Merang, perjalanan bot ke Pulau Redang ialah sekitar 1 jam.

Parking kereta di Jeti Merang

Anda boleh parking kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan di situ. 

Kos parking RM10 sehari. Jarak kawasan parking ke Jeti Merang adalah lebih kurang 200M sahaja. 

Parking di sini ada orang yang menjaga 24 jam.

Jadual Feri Jeti Merang

Jeti Merang - Pulau Redang
08.00am, 09.30am, 10.30am, 01.00pm, 03.00pm

Pulau Redang - Jeti Merang
08.45am, 10.15am, 11.15am, 01.15pm, 03.45pm

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu

MAS, Air Asia dan Firefly mempunyai jadual penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu. 

Anda haruslah mengatur masa perjalanan anda dengan baik untuk mengelakan sebarang kelewatan untuk mengambil feri. 

Jika anda mengambil pakej dari kami, kami boleh mengaturkan kenderaan untuk transfer dari lapangan terbang ke Jeti. 

Biasanya perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu ke Jeti Shahbandar sekitar 30 minit, manakala ke Jeti Kerang sekitar 40 minit.

Menaiki bas

Jika anda menaiki bas, adalah lebih baik anda mengambil bas malam dan sampai di jeti pada waktu pagi. 

Bas dari TBS ke Kuala Terangganu mengambil masa perjalanan sekitar 6 jam lebih. 

Oleh itu anda mempunyai masa jika mengambil bas malam sebelumnya dan sampai awal pagi di terminal bas Kuala Terangganu.


Pautan :-

Pakej Pulau Redang
Redang Lagoon
Delima Redang
Redang Mutiara
Redang Reef
Redang Holiday
Redang Pelangi
Redang Mutiara Beach Resort
Redang Holiday Beach Resort
Laguna Redang
Coral Redang Island Resort