Skip to main content

Cara ke Pulau Tioman

Category

Cara ke Pulau Tioman anda boleh menaiki feri sama ada dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jika anda menaiki bas, lebih sesuai anda mengunakan Jeti Mersing, manakala jika anda meniki kereta lebih sesuai mengunakan Jeti Tanjung Gemok. 

Jadual perjalanan feri Jeti Mersing lebih banyak darpada Jeti Tanjung Gemok. Setengah resort hanya mengunakan salah satu jeti sahaja manakala resort yang lain ada yang mengunakan ke dua-dua jeti tersebut. Jeti mana yang harus anda pilih juga bergantung kepada dari mana anda datang. Hubungi kami untuk khidmat nasihat..


JETI MERSING
Jeti MersingPerjalanan feri: Sekitar 2 jam
Parking kereta - ada: RM15 sehari
Jika anda menaiki bas ke Jeti Mersing, terminal bas hanyalah 10 minit perjalanan ke Jeti Mersing. Selepas itu, anda menaiki feri ke Pulau Tioman.

Waktu feri dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman ialah pukul 07:30 pagi & 10:30 pagi

Manakala waktu feri dari Pulau Tioman ke Jeti Mersing ialah pada pukul 07:30 pagi  

Jika anda menaiki bas ke mersing dan sampai lewat petang, anda boleh juga bermalam dulu di Mersing dan mengambil feri keesokan pagi. 

Ada terdapat hotel-hotel bajet di sana. Jika anda membawa kereta, ada ruangan parking di sana.

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan turun di Terminal Bas Mersing. Perjalanan dengan bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Mersing mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam perjalanan.

Jika anda dari Johor, anda bertolak mengunakan Terminal Bas Larkin dan memakan masa hanya 2 setengah hingga 3 jam perjalanan.

Jika anda naik kapal terbang (Senai) - perjalanan dengan teksi ke Jeti Mersing dalam 2 jam

Apabila sampai di Jeti
Datang sekurang-kurangnya 1 jam awal dari masa feri bertolak
Pergi ke kaunter Bluewater Feri Express
Berikan No Booking & ambil Bording Pass
Naik feri dan turun di Jeti yang berkeaan (bergantung kepada resort anda)


JETI TANJUNG GEMOK / TELOK GADING
Jeti Tg. GemokPerjalanan feri: Sekitar 2 jam
Parking kereta - ada
Jika anda dari Kuala Lumpur atau Lembah Klang, jeti yang paling dekat ialah Jeti Tanjung Gemok.

Jadual feri bertolak dari Tanjung  Gemok ke Pulau Tioman ialah 08:00 pagi & 12:00 Tengahari

Manakala feri bertolak dari Pulau Tioman ke Jeti Tanjung ialah 11:00 pagi & 03:00 Petang

Jika anda dari Kuala Lumpur

1) Lebuhraya Pantai Timur

Kuala Lumpur - Kuantan - Pekan - Rompin - Tanjung Gemok
Anggaran masa perjalanan sekitar 4 jam

Kuala Lumpur - Seremban - bahau - Muadzam Shah - Rompin - Tanjung Gemok
Anggaran masa perjalanan sekitar 3 jam setengah

Jika anda dari Melaka, boleh guna jalan bahau - Muadzam Shah - Rompin - Tanjung Gemok

2) PLUS

Tangkak - Segamat - Muadzam Shah - Rompin - Tanjung Gemok

Jika dari Kuantan
Kuantan - Pekan - Rompin - Tanjung Gemok


Jika anda datang sehari awal untuk tidak tergesa-gesa mengambil feri waktu pagi keesokan harinya, anda boleh bermalam di hotel yang berdekatan dengan Jeti Tanjung Gemok.

Antara hotel yang paling dekat ialah Hotel Jeti Tanjung Gemok. Hotel Seri Malaysia juga ada tidak berapa jauh dari situ.


Apabila sampai di Jeti
Datang sekurang-kurangnya 1 jam awal dari masa feri bertolak
Pergi ke kaunter Bestari Gemilang Shipping
Berikan No Booking & ambil Bording Pass
Naik feri dan turun di Jeti yang berkeaan (bergantung kepada resort anda)

Di sini anda tidak perlu risau pasal makan kerana terdapat banyak kedai makan di sekitar Jeti Tanjung Gemok. Jika anda mahu makan ikan bakar juga ada yang tidak berapa jauh dari situ. Tandas awam juga bersih dan cantik. Ruangan parking kereta juga ada di situ (di dalam kawasan Jeti dan di luar).

Anda harus mengatur jadual & masa perjalanan dengan baik, ini kerana kemungkinan bila anda sampai di sana dan hendak membeli tiket, kemungkinan tiket feri sudah habis dan anda terpaksa menunggu lama dan membazir masa. Jadual perjalanan feri pula bergantung kepada air pasang surut.

Oleh itu, jadual perjalanan feri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Perjalan ke Pulau Tioman sekitar 2 jam dari Jeti Mersing & 2 jam lebih dari Jeti Tg. Gemok.

Untuk mengelakan terjadi seperti itu, anda boleh membuat booking dengan kami dan kami akan aturkan semuanya untuk anda. Jika anda membuat booking dengan kami, kami akan book tiket feri kepada anda siap-siap.

Bila anda sampai di sana, cuma bagi tahu nama anda untuk mendapatkan tiket feri. Bila anda sampai di hentian yang berkaitan (sesuai dengan tempat anda menginap), wakil kami akan menunggu di sana dan membawa anda ke chalet yang berkaitan. Lihat pakej ke Pulau Tioman

Feri akan berhenti di beberapa perhentian seperti berikut:-

  • Kampung Genting
  • Kampung Paya
  • Kampung Tekek
  • Kampung Air Batang
  • Panuba Jetty
  • Kampung Salang

Di hentian mana anda perlu berhenti bergantung kepada di mana anda hendak pergi/menginap. Jika anda tidak berapa pasti - tanya sahaja pada crew feri. Atau jika anda ambil pakej dengan kami, kami akan beritahu anda di mana anda perlu berhenti berdasarkan di mana/di chelat mana anda menginap.


Lihat