Skip to main content

Nik Nurul Hafiza Binti Ayob

Nik Nurul Hafiza Binti Ayob, Kota Baru, Kelantan
Pakej Turkey

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Malaysia. Trip ke Turki pada 29 Mei hingga 6 Jun amat bermakna buat saya. Percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana berpeluang menjejakkan kaki di bumi Istanbul dan menikmati pengalaman baharu yang cukup indah.

Saya juga bersyukur dapat bertemu rakan-rakan baharu yang baik, sporting dan sentiasa menceriakan suasana. Sepanjang berada di sana, kami sentiasa bergelak ketawa dengan pelbagai telatah kumpulan yang happening, di samping saling membantu antara satu sama lain.

Tidak lupa juga kepada Tour Leader yang sangat membantu, sabar dan sentiasa melayan segala kerenah kami sepanjang perjalanan. Jutaan terima kasih kepada Kembara Murni Travel & Tour, khususnya En. Zailir, atas layanan dan pengurusan yang sangat baik.

Semoga segala kenangan manis ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Insya-Allah, jika ada rezeki, kita akan berjumpa dan mengembara bersama lagi pada masa akan datang.

Terima kasih atas pengalaman yang tidak ternilai. 🇹🇷❤️

Category