Skip to main content

Uzbekistan 9H7M

Category

Uzbekistan terletak di Asia Tengah. Ia dikelilingi oleh lima negara daratan: Kazakhstan di utara; Kyrgyzstan ke timur laut; Tajikistan ke tenggara; Afghanistan di selatan; dan Turkmenistan di barat daya. 

Uzbekistan tidak mempunyai pantai dan pernah dulunya berada di bawah Kesatuan Soviet Russia. Uzbekistan mengisytiharkan kedaulatan negaranya pada 20 Jun 1990. 

Ibu kota dan bandar terbesarnya ialah Tashkent. Iklim Uzbekistan secara umumnya ialah iklim benua, dengan kadar penurunan hujan tahunan yang rendah pada 100 - 200 milimeter. 

Suhu musim panas purata lazimnya ialah 40 °C manakala suhu purata musim sejuk ialah -23 °C. Bahasa Uzbek adalah bahasa majoriti, manakala bahasa Rusia dituturkan dan difahami secara meluas. 

Islam adalah agama utama, kebanyakan orang Uzbekistan adalah Muslim Sunni. Uzbekistan banyak menyimpan sejarah tamadun Islam dan boleh dikatakan antara bumi Anbiya. 

Uzbekistan pernah menjadi nadi utama perdagangan dalam sejarah laluan suteran di antara China dan Mediterranean. 

Mempunyai beberapa masjid lama yang berusia ratusan tahun. Rinbuan manuskrip ketamamadunan Islam ada terdapat di Muzium Amir Timur. 

Manakala di Kompleks Imam Khazrati atau Hast Iman menempatkan Al-Quran tulisan tangan pertama. Antara ilmuan dan cendikiawan Islam dilahirkan disini seperti Mohammad Bin Shahrukh yang merupakan pakar matematuk & astronomi. Pastinya anda akan teruja untuk melawat negara yang istimewa ini.

Atucara lawatan Uzbekistan 9H7M

HARI 1 : KUALA LUMPUR - TASHKENT (MOB/MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam Sebelum penerbangan. 21:35 Tiba di Tashkent dan disambut oleh pemandu pelancong. Daftar masuk hotel, makan malam & bermalam di Tashkent.

HARI 2: TASHKENT (S/MT/MM)
Sarapan pagi, bertolak ke Pergunungan Chimgan (100 km) dengan permandangan kampung tempatan, taman dan sungai di sepanjang jalan. Terus ke Beldersay Gorge dan Kumbel Peak. 

Makan tengah hari, pulang ke Tashkent, masa lapang untuk membeli-belah & makan malam Bermalam di Tashkent.

HARI 3 : TASHKENT - BUKHARA (S/MT/MM)
Sarapan pagi dan bergerak ke Bukhara dari Tashkent dengan kereta api atau penerbangan. Panoramic tour, Melawat Makam Ismail Samany, Makam Chasma Ayub, Masjid Bolo Hauz, dan Bukhara Citadel Ark. 

Melawat Kompleks Poi Kalon, Masjid Kalon, Menara Kalon & Madrasah Arab Mir. Beli-belah di Domes Bukhara Old City, dan Lyabi Hauz. Makan malam & bermalam di Bukhara.

HARI 4: BUKHARA (S/MT/MM)
Sarapan pagi, Mula melawat Makam Syeikh Bahauddin Naqshabandi, singgah di Gijduvan dan terus melawat Makam Imam Bukhari. 

Makan malam & bermalam di Bukhara.

HARI 5 : BUKHARA - SAMARKAND (S/MT/MM)
Sarapan pagi dan check out. 

Bergerak ke Samarkand (290 km), semasa perjalanan singgah di Gijduvan untuk pelajar tembikar dan lawatan Dataran Registan. 

Bermalam di Samarkand.

DAY 6 : SAMARKAND (S/MT/MM)
Sarapan pagi. Mula melawat bandar tertua Samarkand, Shakhi Zinda, Necropolis, Gur Emir, membeli-belah di Bazar Siab, Masjid Bibikhonmun dan balai cerap Mirzo Ulugbek (sebelah luar). 

Makan malam dan bermalam di Samarkand.

DAY 7 : SAMARKAND - TASHKENT (S/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar. 

Bergerak ke Tashkent dengan kereta api / Bus (320km). 

Teruskan ke lawatan bandar Tashkent ke Dataran Amir Temur. Makan malam dan bermalam di Tashkent.

DAY 8 : TASHKENT- KUALA LUMPUR (S/MT/MM)
Sarapan pagi, daftar keluar hotel. Mulakan lawatan ke Lawatan di Muzium Amer Temur. 

Makan tengah hari di Plov Center. 

Kunjungi Masjid Kecil dan Kompleks Khasti Imam yang terdiri daripada Madrasah Barak Khan dan Museum of Quran di mana Al-Quran Othman abad VII yang asli yang ditulis pada kulit rusa dipelihara. 

Membeli-belah di Bazar, dan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan berlepas 23.55 ke Kuala Lumpur.

DAY 9: KUALA LUMPUR (MOB)
09:35 Tiba di Kuala Lumpur Malaysia.

MOB: Makan dalam pesawat, S: Sarapan, MT: Makan Tengahari, MM: Makan Malam


TIDAK TERMASUK:
* Perbelanjaan peribadi
* Minuman tambahan semasa makan
* Cable Car Chimgan USD 20


JADUAL PERJALANAN

Tarikh

Sector / Flight

Hari

Seat

12 Jan 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

16

19 Jan 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

16

26 Jan 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

21

02 Feb 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

16

09 Feb 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

21

16 Feb 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

16

23 Feb 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

21

01 Mar 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

21

08 Mar 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

16

15 Mar 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

16

22 Mar 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

21

29 Mar 2024

KUL-TAS: OD751
TAS-KUL: OD752

Jumaat

21


POLISI PEMBATALAN:
* Tiada pulangan deposit sekiranya peserta ingin membatalkan pakej.
* TETAPI peserta diberi pilihan untuk mengubah/menukar tempahan, berdasarkan pilihan berikut :
   - Peserta dibenarkan untuk menukar tarikh pakej (1 kali sahaja) *perubahan tarikh hanya dibuat dalam tempoh
   12 bulan daripada tarikh perjalanan.
   - Pertukaran dengan peserta lain (hanya apabila tiket penerbangan antarabangsa/domestik belum dibuat)
   - Sebarang perubahan/pertukaran (pilihan di atas) perlu dibuat sekurang-kurangnya, 90 hari sebelum  
     perjalanan bermula.
* 50% daripada bayaran akan dikembalikan jika tiket penerbangan belum diterima oleh peserta.
* Sekiranya tiket penerbangan telah dibeli, keseluruhan kos penerbangan perlu dibayar sepenuhnya oleh  
   peserta.
* 45 hari sebelum perjalanan, bayaran penuh yang telah dibuat, Tidak Akan Dikembalikan.


TERMA & SYARAT:
* Sebarang perubahan harga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa (atas faktor kestabilan & ekonomi
negara).
* Pihak syarikat BERHAK untuk membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej. Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku contohnya seperti perubahan pada waktu penerbangan disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya.
* Sebarang perubahan yang diminta oleh peserta melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh peserta. Sebarang perubahan waktu penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami. Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB jika berlaku perubahan waktu / penangguhan jadual penerbangan.
* Pihak syarikat TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya peserta di didapati positif covid-19 atau menghadapi apa jua masalah kesihatan sebelum / semasa / selepas trip berlangsung. Sebarang kos-kos yang terlibat adalah tanggungan peserta atau tuntutan  boleh dilakukan berdasarkan polisi 'travel insurance' yang
di beli sendiri oleh peserta.
* Apabila deposit telah dibuat, dengan ini peserta bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.


HOTEL 4 BINTANG:
* Tashkent: Daniel Hill Hotel or similar
* Samarkand: Asia Samarkand or similar
* Bukhara: Caravan Plaza or similar


LIHAT HARGA PAKEJ

Lokasi anda

Tags