Pakej Jakarta+Puncak+Bandung: 4 Hari/3 Malam
Category
Pakej Jakarta+Puncak+Bandung: 4 Hari/3 Malam - Atucara
Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Hari terakhir, sempat jalan-jalan di Kota Jakarta dan shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.
Hari-01 : JAKARTA+PUNCAK (Makan Tengahari/Makan Malam)
Soekarno Hatta Airport, Jakarta. Anda akan di sambut oleh wakil kami di sana.
Taklimat ringkas dan langsung ke Puncak dan makan tengahari di dalam perjalanan (R & R) atau di Puncak.
Check-in hotel di Puncak dan berehat seketika
Melihat pemandangan Puncak dan melawat tempat-tempat menarik di Puncak seperti di Bogor, Taman Safari Park dan Masjid Kubah Emas.
Makan Malam
Hari-02 : PUNCAK+BANDUNG (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
Selepas sarapan di Hotel, terus ke Bandung dan check-in hotel di Bandung.
Destinasi seterusnya ke Kawah Putih
Makan Tengahari
Membeli belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga dan banyak lagi
Makan Malam
HARI-03 : BANDUNG+JAKARTA (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
Sarapan di hotel
Membeli-belah di PASAR BARU…ke destinasi “wajib Membeli belah“ jika ke Bandung…..
Makan Tengahari di restoran padang
Membeli belah di Jalan Cibaduyut iaitu tempat barangan kulit asli dengan harga berpatutan. Selepas itu membeli ole-ole di Kartika Sari untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Sebelah petangnya, terus ke Jakarta dan makan malam serta bermalam di Jakarta
HARI-04 : JAKARTA (Sarapan/Makan Tengahari)
Selepas sarapan, bersiar-siar di sekitar kota Jakarta dan melihat tempat-tempat menarik seperti Monas, Merdeka Square, Masjid istiqlal, Taman Mini (Bergantung masa)
Selepas Makan Tengahari, terus Membeli belah di MANGGA DUA, TANAH ABANG (bergantung masa)
2 atau 3 jam sebelum berlepas pulang perlu berada di Airport
PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan selama 3 malam
- Pengangkutan selama 4 hari
- Pemandu pelancong & tip pemandu
- 3 sarapan, 4 makan tengahari dan 3 makan malam
- Tiket kemasukan ke Tangkubang Parahu, Cieter Hot Spring dan Ladang Strawberry
TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan - semak harga tiket
- Perbelanjaan peribadi
Sila isi Borang Sebutharga di bawah untuk mendapatkan sebutharga