Jakarta
Trans Java Tour 9D8N
Menjelajah Pulau Jawa dengan pakej Trans Java Tour 9D8N. Anda akan dibawa melawati Jakarta, Bandung, Pekalongan, Semarang, Jogjakarta:, Gunung Merapi, Probolingo, Bromo, Batu dan Surabaya. Dengan pakej ini, anda dapat meneroka Pulau Jawa dan pulang dengan kenangan yang manis.
Jakarta ke Bandung dengan train
Jakarta ke Bandung dengan train cepat.
Perjalanan keretapi laju Jakarta ke Bandung hanya mengambil masa 45 minit. Berbanding jika mengunakan kenderaan yang mengambil masa sekitar 3 jam. Itu pun jika keadaan jalan tidak sesak. Jika anda mahu cepat ke Bandung, maka bolehlah anda mencubanya. Harga tiket kelas kedua sehala sekitar RM70 atau sekitar Rp250,00. manakala harga tiket kelas vip ialah sekitar RM105 atau Rp350,000 .
Pakej Lawatan Jakarta+Bandung 4H/3M
Pakej Lawatan Jakarta+Bandung 4H/3M merupakan pakej yang popular. Jangka masa lawtan 4 hari 3 malam adalah waktu yang ideal untuk Melawat Jakarta+Bandung. Ianya tidak terlalu singkat dan tidak terlalu lama.
Pakej Jakarta+Bandung 5H/4M
Pakej Jakarta+Bandung [5h4m] merupakan pakej lawatan yang ideal untuk lawatan ke dua-dua tempat iaitu lawatan ke Jakarta dan Bandung. Anda mempunyai masa yang cukup untuk lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandung dan Jakarta sekaligus.
Pakej Jakarta+Puncak+Bandung: 4 Hari/3 Malam
Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Hari terakhir, sempat jalan-jalan di Kota Jakarta dan shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.
Pakej Jakarta+Puncak+Bandung 5h4m
Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Pada hari ke empat, shopping di bandung dan bertolak ke Jakarta. Hari terakhir, shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.