Pakej Jakarta+Puncak+Bandung 5h4m
Category
Pakej Jakarta+Puncak+Bandung 5h4m - Atucara Lawatan
Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Pada hari ke empat, shopping di bandung dan bertolak ke Jakarta. Hari terakhir, shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.
HARI 01 : TIBA JAKARTA - PUNCAK HIGHLAND (MT/MM)
Anda sampai di lapangan terbang Antarabangsa Soekarno Hatta & dijemput oleh pemandu / pemandu pelancong kami. Kemudian terus ke Puncak Highland melalui Lebuh Raya Jagorawi. Makan tengah hari akan dihidangkan di restoran tempatan. Tiba di Puncak highland dan melawat THE LITTLE VENICE, MASJID ATTAAUN, Ladang Teh Gunung Mas, membeli-belah di kilang DSE dan RADJA. Selepas itu daftar masuk hotel di Puncak. Makan malam akan dihidangkan di restoran tempatan
HARI 02 : PUNCAK - BANDUNG (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, meneruskan perjalanan ke Bandung melalui Cianjur akan mengambil masa lebih daripada 3 jam. Perjalanan akan berhenti di Pasar Cianjur dan anda boleh membeli beberapa produk makanan tempatan seperti buah-buahan kering, keropok, makanan ringan dan lain-lain. Tiba di Bandung dan terus bersiar-siar di bandar Bandung & melawat MASJID AL-JABBAR, merupakan masjid yang indah di Bandung. Melewati pemandangan ke BANGUNAN PERSIDANGAN ASIA AFRIKA, ALUN ALUN BANDUNG, KAWASAN BRAGA, GEDUNG SATE. Seterusnya membeli-belah di JALAN RIAU / JALAN DAGO. Selepas itu bergerak ke hotel untuk daftar masuk di Bandung (selepas makan malam)
HARI 03 : BANDUNG LEMBANG TOUR (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan selepas itu jelajah Bandung dengan melawat THE LODGE OF MARIBAYA, LEMBANG FLOATING MARKET. Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas makan tengahari lawatan diteruskan ke LEMBANG FARM HOUSE (HOBBIT HOUSE). Shopping ke RUMAH MODE FACTOEY OUTLET. Selepas makan malam, balik ke hotel.
HARI 04 : BANDUNG SHOPPING - JAKARTA (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, membeli-belah di Bandung - ke PASAR BARU TRADE CENTRE. Makan tengahari di Restoran tempatan dan selepas itu terus balik ke Jakarta melalui lebuh raya. Tiba di Jakarta dan daftar masuk hotel di Jakarta selepas makan malam
HARI 05 : JAKARTA SHOPPING - BERLEPAS (S)
Sarapan pagi di hotel, shopping ke THAMRIN CITY. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang..
S: Sarapan, MT: Makan Tengahari, MM: Makan Malam
HARGA TERMASUK:
* Penginapan di hotel berdasarkan hotel di atas dengan sarapan pagi
* Pengangkutan sepanjang lawatan
* Bayaran letak kereta, bayaran tol, petrol
* Atucara lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
* Bayaran masuk seperti yang ditunjukkan dalam program
* MAKANAN HALAL fullboard
* Pemandu / Pelancong Pelancong (untuk group)
* Air mineral
HARGA TIDAK TERMASUK
* Tiket penerbangan
* Lawatan pilihan
* Perbelanjaan peribadi
* Tipping untuk pemandu / pemandu pelancong
* Insurans /Takaful Perjalanan: Boleh dapatkan daripada kami: ETIQA TAKAFUL
Sila isi Borang Sebutharga di bawah untuk mendapatkan sebutharga